
Nabi
Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam, putra dari Yarid bin
Mihla’iel bin Qinan bin Anusy bin Shiyth bin Adam a.s. yang menjadi
keturunan pertama yang diutus menjadi nabi setelah Adam dan Shiyth.
Menurut kitab tafsir, beliau hidup 1.000 tahun setelah Nabi Adam wafat.
Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk menciptakan alat-alat untuk
mempermudah pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematika,
astronomi, dan lain sebagainya. Menurut suatu kisah, terdapat suatu masa
di mana kebanyakan manusia akan melupakan Allah sehingga Allah
menghukum manusia dengan bentuk kemarau yang berkepanjangan. Nabi Idris
pun turun tangan dan memohon kepada Allah untuk mengakhiri hukuman
tersebut. Allah mengabulkan permohonan itu dan berakhirlah musim kemarau
tersebut dengan ditandai turunnya hujan.
Nabi Idris
diperkirakan bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk menegakkan
agama Allah, mengajarkan tauhid, dan beribadah menyembah Allah serta
memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikutnya supaya selamat dari
siksa dunia dan akhirat.
Menurut buku berjudul The Prophet of
God Enoch: Nabiyullah Idris, Idris adalah sebutan atau nama Arab bagi
Enoch, nenek moyang Nabi Nuh. Beliau dinyatakan di dalam Al-Quran
sebagai manusia pilihan Allah sehingga Dia mengangkatnya ke langit. Ibnu
Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahwa Nabi Idris wafat saat
beliau sedang berada di langit keempat ditemani oleh seorang malaikat.
Beliau hidup sampai usia 82 tahun
1. Nabi Idris Kedatangan Tamu
Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau
dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus)
kitab Allah SWT.
Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju
kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya,
beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian
pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa
meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah
dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut
sangat rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian Malaikat Maut
bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris
as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.
Nabi Idris as.
mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah
tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris,
lalu beliau menikmati makanan tersebut.
Kemudian baginda
beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang
menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati
makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai
tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat
itu menolaknya.
Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya,
sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit
matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu.
Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama
saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab:
Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”
Maka berjalanlah keduanya
melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di
situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat
Maut berkata kepada Nabi Idris as.: “Wahai Idris, adakah tuan izinkan
saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab:
Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang
halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”
2. Malaekat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris atas permintaannya.
Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka.
Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat
hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan
pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan
sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan
hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya? Saya adalah Malaikat Maut.”
“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?” “Benar ya Idris.”
“Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”
“Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya
cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku
ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”
“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”
“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu
agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar
Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah
Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”
Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”
Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa
Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris
pun merasakan kematian ketika itu.
Di waktu Malaikat Maut
melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan
hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan
kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris
pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.
3. Malaekat Izrail membawaNabi Idris ke Syurga dan ke Neraka
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai
saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? Bila seekor
binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu
seribu kali lebih sakit daripadanya. Padahal-kelembutan yang saya
lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah
saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan. Wahai Malaikat Maut,
saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh
berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT
lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu.
Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari
Allah SWT.”
Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut
agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua
ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang
diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti
rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara,
timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang
mendidih dan lain-lain.
Setelah merasa puas melihat keadaan
Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata
kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang
lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga.
Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah
bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi
ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke
dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.
Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.
Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga
dan mereka berhenti di pintu tersebut. Dari situ Nabi Idris dapat
melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala
macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya.
Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang
mengalir dan lain-lain.
Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai
saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya
telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada
Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat
meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api
Neraka?”
Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian
Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus
keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan
kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari
Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada
Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di
dalam Syurga.
Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”
Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga
Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat
Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud:
“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda :
Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui
RSS feed! atau
Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili
Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih