Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label Addin. Show all posts
Showing posts with label Addin. Show all posts

Sunday, 19 February 2017

10 Orang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : 
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : 
"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." 

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Saturday, 18 February 2017

Tatacara Solat Duduk Di Atas Kerusi


Bagi sesiapa yang mempunyai kepayahan untuk solat secara berdiri disebabkan oleh penyakit ataupun perkara selainnya, berikut dinyatakan beberapa tatacara yang boleh dilakukan untuk solat dalam keadaan tersebut:
Secara asasnya, jika seseorang itu mampu berdiri untuk solat dan tidak mampu untuk rukuk dan sujud, hendaklah dia berdiri terlebih dahulu. Kemudian baru dirinya duduk dan melakukan rukuk dan sujud.
Pada asasnya, yang paling utama adalah solat duduk di atas lantai. Sekiranya tidak mampu, maka dibolehkan untuk solat secara duduk di atas kerusi.
Sekiranya seseorang solat duduk di atas kerusi dan tidak mampu untuk berdiri ketika takbiratul ihram, maka dia boleh untuk melakukannya secara duduk.
Dalam kes ini, perbuatan rukuk dan juga sujud dilakukan secara isyarat sahaja. Iaitu beliau mengisyaratkan kepalanya dengan tunduk sedikit semasa rukuk dan juga menundukkan kepalanya lebih sedikit dari kadar tunduknya semasa rukuk apabila beliau bersujud.


Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Friday, 17 February 2017

Meninggikan Suara Berzikir Selepas Solat



�Dalam Sahihain dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata:
ُكنَّا نَعْرِفُ انْقِضَاءَ الصَّلاَةِ فِي عَهْدِ النَّبِي عَلَيْهِ السَّلاَمُ بِرَفْعِ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ
“Ertinya: Dahulu kami mengetahui selesai solat pada zaman Nabi dengan suara zikir yang kuat”.
إن رفع الصوت بالذكر حين ينصرف الناس من المكتوبة كان على عهد النبي صلى الله عليه وسلم وأنه قال أيضا: كنت أعلم إذا انصرفوا بذلك إذا سمعته

�"Dari Ibnu Abbas ra. : "Sesungguhnya zikir dengan suara keras setelah selesai solat wajib, adalah biasa pada masa Rasulullah. Ibnu Abbas ra. berkata, "Aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat, kalau suara mereka telah kedengaran". [Hadis riwayat al-Bukhari #805 dan Muslim #563].�
Berkata Imam al-Nawawi dalam Sharh Muslim bahawa ini adalah dalil yang menyatakan bahawa sebahagian ulama' salaf mengata mustahab atau digalakkan meninggikan suara dengan takbir dan zikir selepas solat fardu. Ini juga merupakan pendapat Ibn Hazm al-Zhahiri. Mazhab Syafie menyatakan bahawa dikuatkan suara didalam zikir dengan tujuan mengajar.
Begitu juga dengan kata2 Ibn Taimiyyah yang dicatatkan didalam Kashaf al-Qinaa' (1/366).

‎ قال الشيخ [أي ابن تيمية] : ويستحب الجهر بالتسبيح والتحميد والتكبير عقب كل صلاة�

"Berkata al-Shiekh (iaitu Ibn Taimiyyah) adalah digalakkan menguat/keraskan suara dengan tasbih,tahmid dan Takbir selepas setiap solat fardu". (lihat juga : al-Fatawa al-Kubra [5/336]).

Berkata Imam Asy-Syafie dalam kitab Al-Umm bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menguatkan suaranya ketika berzikir adalah untuk mengajar orang-orang yang belum melakukannya.
Kesimpulannya: tak perlu bergaduh dalam perkara cabang dan kecil seperti ini. Selama mana ada dalil, jalan terbaik adalah berlapang dan menghormati pegangan masing-masing.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Wednesday, 15 February 2017

Bilakah Waktu Sebenar Mandi Haid?



Cuba perhatikan 6 tips dibawah :-
1. Apabila darah haid terhenti pada waktu Zohor, bolehlah menangguhkan mandi sehingga waktu Asar. Apabila masuk waktu Asar segeralah mandi dan wajiblah sembahyang Asar dan selepas itu mengqada sembahyang Zohor.
2. Apabila darah haid berhenti pada waktu Asar, wajiblah mandi walaupun masa yang ada itu hampir masuk Maghrib. Kalaulah jarak waktu darah kering dengan waktu masuk Maghrib itu ditakdirkan sempat mengangkat takbiratul-ihram maka ia dikira kering dalam waktu Asar. Oleh itu, wajib mandi dengan segera dan selepas sembahyang Maghrib wajiblah diqada sembahyang Zohor dan Asar.
3. Apabila darah haid kering pada waktu maghrib, bolehlah ditangguhkan mandi sehingga ke waktu Isyak.Apabila masuk waktu Isyak, segeralah mandi dan sembahyang Isyak kemudian mengqadakan sembahyang Maghrib.
4. Apabila darah haid kering waktu Isyak, wajiblah mandi pada waktu itu. Kalaulah waktu kering itu sudah hampir ke waktu Subuh sekira-kira sempat dilakukan takbirratul-ihram, ia dikira kering dalam waktu Isyak. Maka, wajiblah mandi dan kemudian qada sembahyang Maghrib dan Isyak dalam waktu Subuh.
5. Apabila darah haid kering pada waktu Subuh, wajiblah mandi dengan segera. Wajib disegerakan mandi untuk membolehkan Subuh ditunaikan dalam waktunya. Tapi, kalau terlewat mandi sedangkan keringnya dalam waktu Subuh, wajiblah diqadakan sembahyang Subuh itu.
6. Apabila kering darah selepas waktu Subuh, bolehlah dilewatkan mandi sehingga sebelum masuk waktu Zohor. Bagaimanapun, disunatkan mandi segera bagi membolehkan saudari sentiasa dalam keadaan suci.


Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Panduan Solat Ketika Terperangkap Dalam Kesesakan Lalulintas Khususnya Solat Maghrib.



Ada 2 pilihan:
Pertama: 
Dengan melakukan secara jamak takhir iaitu dengan berniat solat magrib di jamakkan dengan isyak dikerjakan pada waktu isyak. Tak boleh diqasarkan kerana kita bukan bermusafir. Diharuskan jamak disebabkan keadaan dharurat (terpaksa). Bukan melakukan solat maghrib secara qada’. Cara ini dinasihatkan tidak dijadikan amalan berterusan. Berusaha sedaya untuk mengerjakan secara biasa terlebih dahulu. Cara solat secara jamak adalah berdasarkan perbuatan Rasulullah saw yang pernah jamak solat tanpa ada alasan musafir atau hujan.
Dalam hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:

صَلَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ: فَسَأَلْتُ سَعِيدًا، لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ؟ فَقَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ كَمَا سَأَلْتَنِي، فَقَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أَحَدًا مِنْ أُمَّتِه

“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.Dalam riwayat Muslim yang lain, lafaznya:

جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ

“RasululLah s.a.w solat Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak secara jamak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana hujan”.
Hadis ini menunjuk solat jamak telah Nabi s.a.w tunaikan bukan hanya disebabkan hujan ataupun ketakutan, juga disebabkan hal-hal yang lain.

Kedua : 
Solat maghrib dalam kenderaan yang sedang bergerak. Seandainya ada ruang untuk berhenti kenderaan bersolat di tempat yang selesa seperti surau itu adalah yang terbaik. Di negara Arab menjadi kebiasaan bagi mereka bersolat di tempat lapang yang selamat.

Cara-Caranya: SOLAT DALAM KENDERAAN
Seseorang yang sedang bermusafir atau terperangkap di jalan raya dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti. Tetapi dengan syarat sudah ada wuduk.
Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan (ketika musafir) setelah cukup syarat-syaratnya.

PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN
1. Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan
2. Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.
3. Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram
4. Bacaan surah dalam solat adalah sama seperti solat biasa
5. Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.
6. Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.
7. Duduk di antara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal seperti biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.
8. Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukar arah.


Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Saturday, 16 June 2012

Bersama Allah Untuk Ketenangan Abadi


Bagi Orang-Org Yang Dah Mengalaminya.. Duduk Bersama Dgn Allah Bukan Saja Seronok.. Hati Kita Akan Sentiasa Tenang.. Walau Apa Jua Masalah Yang Datang.. Tambah Lgi Klu Hati Kita Dah Fana Bersama Allah.. Seolah Olah Dunia Dah Takde Buat Kita.. Yang Ada Hanya Allah Saja Di Hati Kita... Beruntunglah Bgi Orang-Orang Yg Terpilih Mendapat Hidayahnya... Aminn..

Percayalah Kawan2, Pilihlah Allah Untuk Ketenangan Diri Anda Bukan Hiburan2 Yang Merosakkan Diri Anda Dan Orang Disekeliling Anda..


Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita


1. Bulu Kening – Menurut Bukhari, Rasullulah Melaknat Perempuan Yang Mencukur Atau Menipiskan Bulu Kening Atau Meminta Supaya Dicukurkan Bulu Kening.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki Dan Semacam Hantu Loceng – Dan Janganlah Mereka (Perempuan) Membentakkan Kaki (Atau Mengangkatnya) Agar Diketahui Perhiasan Yang Mereka Sembunyikan – (Petikan Dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan Kaki Dan Menghayunkan/ Melenggokkan Badan Mengikut Hentakan Kaki Terutamanya Pada Mereka Yang Mengikatnya Dengan Loceng…Sama Juga Seperti Pelacur Dizaman Jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa Sahaja Wanita Yang Memakai Wangi-Wangian Kemudian Melewati Suatu Kaum Supaya Mereka Itu Mencium Baunya, Maka Wanita Itu Telah Dianggap Melakukan Zina Dan Tiap-Tiap Mata Ada Zinanya Terutamanya Hidung Yang Berserombong.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah Dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah Mereka (Perempuan) Melabuhkan Kain Tudung Hingga Menutupi Bahagian Hadapan Dada-Dada Mereka.
(Petikan Dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah Melaknat Perempuan Yang Mengikir Gigi Atau Meminta Supaya Dikikirkan Giginya – (Petikan Dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat Perempuan Yang Menjarangkan Giginya Supaya Menjadi Cantik, Yang Merubah Ciptaan Allah.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim.)

6. Muka Dan Leher – Dan Tinggallah Kamu (Perempuan) Di Rumah Kamu Dan Janganlah Kamu Menampakkan Perhiasan Mu Seperti Orang Jahilliah Yang Dahulu. Keterangan : Bersolek (Make-Up) Dan Menurut Maqatil Sengaja Membiarkan Ikatan Tudung Yang Menampakkan Leher Seperti Orang Jahilliyah.

7. Pakaian Yang Nipis (Jarang) – Asma Binte Abu Bakar Telah Menemui Rasullulah Dengan Memakai Pakaian Yang Tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya Seorang Gadis Yang Telah Berhaid Tidak Boleh Baginya Menzahirkan Anggota Badan Kecuali Pergelangan Tangan Dan Wajah Saja (Petikan Dari Hadis Riwayat Muslim Dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya Kepala Yang Ditusuk Dengan Besi Itu Lebih Baik Daripada Menyentuh Kaum Yang Bukan Sejenis Yang Tidak Halal Baginya.
(Petikan Dari Hadis Riwayat At Tabrani Dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan Katakanlah Kepada Perempuan Mukmin Hendaklah Mereka Menundukkan Sebahagian Dari Pemandangannya. (Petikan Dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad Saw, Jangan Sampai Pandangan Yang Satu Mengikuti Pandangan Lainnya. Kamu Hanya Boleh Pandangan Yang Pertama Sahaja Manakala Pandangan Seterusnya Tidak Dibenarkan Hukumnya Haram.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud Dan Tirmidzi.)

10. Mulut (Suara) – Janganlah Perempuan-Perempuan Itu Terlalu Lunak Dalam Berbicara Sehingga Berkeinginan Orang Yang Ada Perasaan Serong Dalam Hatinya, Tetapi Ucapkanlah Perkataan-Perkataan Yang Baik (Petikan Dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda Saw, Sesungguhnya Akan Ada Umat Ku Yang Minum Arak Yang Mereka Namakan Dengan Yang Lain, Iaitu Kepala Mereka Dilalaikan Oleh Bunyi-Bunyian (Muzik) Dan Penyanyi Perempuan, Maka Allah Akan Tenggelamkan Mereka Itu Dalam Bumi.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan Katakanlah Kepada Perempuan-Perempuan Mukmin, Hendaklah Mereka Menundukkan Pandangan Mereka Dan Menjaga Kehormatan Mereka.
(Petikan Dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila Seorang Perempuan Itu Solat Lima Waktu, Puasa Di Bulan Ramadan, Menjaga Kehormatannya Dan Mentaati Suaminya, Maka Masuklah Ia Ke Dalam Syurga Daripada Pintu-Pintu Yang Ia Kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada Seorang Perempuanpun Yang Membuka Pakaiannya Bukan Di Rumah Suaminya, Melainkan Dia Telah Membinasakan Tabir Antaranya Dengan Allah.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud Dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa Memakai Pakaian Yang Berlebih-Lebihan Terutama Yang Menjolok Mata , Maka Allah Akan Memberikan Pakaian Kehinaan Di Hari Akhirat Nanti.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii Dan Ibn Majah.)
Petikan Dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai Nabi-Nabi Katakanlah Kepada Isteri-Isterimu, Anak Perempuanmu Dan Isteri-Isteri Orang Mukmin, Hendaklah Mereka Memakai Baju Jilbab (Baju Labuh Dan Longgar) Yang Demikian Itu Supaya Mereka Mudah Diken Ali . Lantaran Itu Mereka Tidak Diganggu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya Sebilangan Ahli Neraka Ialah Perempuan-Perempuan Yang Berpakaian Tetapi Telanjang Yang Condong Pada Maksiat Dan Menarik Orang Lain Untuk Melakukan Maksiat. Mereka Tidak Akan Masuk Syurga Dan Tidak Akan Mencium Baunya. (Petikan Dari Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim) Keterangan : Wanita Yang Berpakaian Tipis/Jarang, Ketat/ Membentuk Dan Berbelah/Membuka Bahagian-Bahagian Tertentu.

13. Rambut – Wahai Anakku Fatimah! Adapun Perempuan-Perempuan Yang Akan Digantung Rambutnya Hingga Mendidih Otaknya Dalam Neraka Adalah Mereka Itu Di Dunia Tidak Mahu Menutup Rambutnya Daripada Dilihat Oleh Lelaki Yang Bukan Mahramnya.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim.)

Riwayat Imran Bin Hushain Radhiyallahu 'Anhu:
Bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Bersabda: Sesungguhnya Penghuni Syurga Yang Paling Sedikit Adalah Kaum Wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Dari Abdullah Bin Umar Radhiyallahu 'Anhu Katanya: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Telah Bersabda: “Wahai Kaum Wanita! Bersedekahlah Kamu Dan Perbanyakkanlah Istighfar Iaitu Memohon Ampun. Kerana Aku Melihat Kaum Wanitalah Yang Lebih Ramai Menjadi Penghuni Neraka.” Seorang Wanita Yang Cukup Pintar Di Antara Mereka Bertanya: “Wahai Rasulullah, Kenapa Kami Kaum Wanita Yang Lebih Ramai Menjadi Penghuni Neraka?” Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Bersabda: “Kamu Banyak Mengutuk Dan Mengingkari Suami. Aku Tidak Melihat Mereka Yang Kekurangan Akal Dan Agama Yang Lebih Menguasai Pemilik Akal, Daripada Golongan Kamu. Wanita Itu Bertanya Lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah Maksud Kekurangan Akal Dan Agama Itu? “Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Bersabda: “Maksud Kekurangan Akal Ialah Penyaksian Dua Orang Wanita Sama Dengan Penyaksian Seorang Lelaki. Inilah Yang Dikatakan Kekurangan Akal. Begitu Juga Wanita Tidak Mendirikan Sembahyang Pada Malam-Malam Yang Dilaluinya Kemudian Berbuka Pada Bulan Ramadhan Kerana Haid. Maka Inilah Yang Dikatakan Kekurangan Agama”

(Hadis Riwayat Muslim)

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Friday, 8 June 2012

Kenapa Kita Perlu Berzikir?


Allah SWT berfirman dalam surah al-Fath ayat 9 yang bermaksud : "Supaya kamu semua beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, MENGUATKAN AGAMA-NYA, DAN BERTASBIHLAH kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.."....

BERTASBIH di sini bermaksud kita berzikir kepada Allah.... Zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah dan segala yang lain kecil belaka.... Namun apabila umat kurang menyebut nama-Nya, mereka mulai MELUPAI ALLAH... Ketika itu hati pun LALAI dari merasakan kebesaran dan keagungan-Nya... Akibatnya hukum-hakam ALLAH di abaikan, dan terjadinya maksiat yang berleluasa... Apabila ini terjadi, jangan di tangisi jika Allah ‘lupakan’ kita... Pada hakikatnya Allah tidak pernah sesekali melupakan hamba-Nya.... Cuma Allah mencampakkan sedikit rasa penyesalan di dalam hati hamba-hamba-Nya...
Allah hanya menjadi PEMBELA KEPADA HAMBA-NYA YANG BERTAQWA... Orang yang bertaqwa adalah orang yang banyak mengingati-Nya...

Saidina Umar Al Khattab r.a. pernah mengingatkan bahawa, dia lebih bimbangkan DOSA-DOSA yang di lakukan oleh tentera Islam, berbanding kekuatan dan perancangan musuh... Dengan dosa, AKAN TERHALANG BANTUAN ALLAH KEPADA KITA... Persoalannya: Kenapa orang masih melakukan dosa? Jawabnya, kerana kita semakin lupakan Allah... Kita semakin menjauhkan diri dari Allah... Jadi untuk menggelakkan diri dari terjerumus dari kancah yang penuh dosa, kita perlu elakkan dari melakukan perbuatan yang mendatangkan dosa kepada Allah....

Masakan orang yang selalu mengingati Allah akan melakukan perbuatan dosa dan khianat? Jika terlanjur sedikit pun, golongan yang selalu mengingati Allah akan cepat-cepat beristighafar... ORANG YANG SEBEGINILAH YANG AKAN ALLAH BANTU dalam apa sahaja yang mereka lakukan dan perjuangkan....

Macam mana kita nak tegakkan agama Allah? Kita tidak perlu lihat sejauh langit... Semuanya bermula dari diri kita sendiri... Dengan kita PATUH DAN TAAT AKAN HUKUM ALLAH, dengan bangun malam, dengan solat subuh berjemaah di masjid sebagai tunjang utama peribadatan.... ATUR KELUARGA MENGIKUT SYARIAT.... Jauhkan dari pendedahan aurat... Perangi pergaulan bebas dalam kehidupan diri dan keluarga... Paculah kemajuan ekonomi, tapi jangan sampai lupa hukum Allah.... Berpolitiklah, tapi jangan melakukan FITNAH, HASAD DENGKI dan ADU-DUMBA demi kepentingan peribadi...

Kalau benar cintakan Allah.. ingatlah.. “CINTA ITU BUKAN DENGAN KATA-KATA SAHAJA, tetapi cinta itu DIREALISASIKAN dengan perbuatan dan tindakan...."

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Thursday, 7 June 2012

5 Amalan Memberi Cahaya DI Dunia Dan Di Akhirat

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata :

1- Percintaan dunia adalah gelap dan lampunya adalah TAQWA....

2- Segala rupa maksiat adalah gelap dan lampunya adalah TAUBAT....

3- Kubur adalah gelap dan lampunya adalah LAA ILAAHA ILLALLAH....

4- Akhirat adalah gelap dan lampunya adalah AMAL-AMAL SOLEH....

5- Jambatan Sirat adalah gelap dan lampunya adalah YAKIN.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Wednesday, 6 June 2012

Saintis Dunia Mengakui Cara Tidur Rasulullah S.A.W Adalah Baik Untuk Kesihatan


Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.


Berwuduklah sebelum tidur
Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.

Islam juga melarang tidur secara meniarap











“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)



Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.

Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.

Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Tuesday, 5 June 2012

15 Sebab Allah Turunkan Bala


Daripada Saidina Ali bin Abi Thalib ra Rasulullah saw bersabda:

Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara ditinggikan di dalam masjid.
9. Orang menjadi ketua bagi satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain...

"Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.

Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.."

ABU

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Monday, 4 June 2012

Pahala Untuk Mereka Yang Mengajak Kepada Kebaikan



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا. (مسلم وأبو داود والترمذي)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ. (البخاري والترمذي

Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka.
(Bukhari dan Tirmizi)

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Saturday, 2 June 2012

Surat Dari Kekasih Untuk Mu Yang Selalu Ku Cintai


Saat kau bangun di pagi hari,
Aku memandangkan dan berharap engkau akan berbicara,
Kepada-Ku……..
Bercerita, meminta pendapat-Ku, mengucapkan sesuatu untuk-Ku
Walau pun hanya sepatah kata….

Atau berterima kasih kepada Ku,
Atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidup mu semalam
Kelmarin atau waktu yang lalu….
Tetapi Ku lihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri
Untuk pergi bekerja….
Tak sedikit pun kau menyedari Aku dekat dengan mu..

Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap
Aku tahu akan ada sedikit waktu bagi mu untuk berhenti
Dan menyapa Ku, tetapi engkau terlalu sibuk…
Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apa pun…
Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kaki mu
Aku berfikir engkau akan datang kepada Ku….
Tetapi kau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman
Untuk sekadar berbincang-bincang….

Aku melihat ketika engkau pergi bekerja dan
Aku menanti sabar sepanjang hari
Namun dengan semua kegiatan mu,
Ku fikir kau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu
Kepada Ku….

Sebelum makan siang, Aku melihat mu memandang ke sekeliling
Mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepada Ku…
Itulah sebabnya mengapa engkau tidak sedikit pun menyapa Ku…

Engkau memandang tiga atau empat meja di sekitar mudan
Melihat beberapa teman mu berbicara dan menyebut nama Ku
Dengan lembut sebelum manyantap makanan yang Ku berikan….
Tetapi engkau tidak melakukannya……….

Ya, tak apalah, masih ada waktu yang tesisa dan
Aku masih berharap engkau akan datang kepada Ku….
Meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatan
Seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan
Setelah tugas mu selesai, engkau menyalakan TV…

Aku tidak tahu apakah kau suka menonton TV atau tidak
Hanya saja engkau selalu ke sana dan menghabiskan
Banyak waktu setiap hari di depannya…
Tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara
Yang ditampilkan….
Hingga wakyu-waktu untuk Ku dilupakan….

Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati
Makananmu tetapi sesekali engkau lupa menyebut
Nama Ku….
Dan berterima kasih atak makanan yang telah Ku berikan….

Saat tidur Ku fakir kau merasa terlalu letih
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluarga mu
Kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa
Sepatah kata pun namaKu kau sebut
Tidak apa-apa kerana mungkin engkau masih belum menyedari
Bahawa Aku selalu hadir untukmu….
Aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari……
Aku bahkan ingin mengajarkabn bagaimana bersabar
Terhadap orang lain…..

Aku sangat menyayangimu, setiap hari Aku menantikan
Sepatah kata darimu, ucapan isi hatimu….
Namun tak kunjung tiba…

Baiklah…engkau bangun kembali dan kembali Aku
Menanti dengan kasih bahawa hari ini kau akan
Memberikan Ku sedikit waktu untuk menyapa Ku…..
Tapi yang Ku tunggu….Ah tak juga kau menyapaKu…
Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh berlalu…
Dan kau masih mengacuhkan Aku
Tiada sepatah kata, tiada seucap doa,tiada pula harapan
Dan keinginan untuk bersujud kepada Ku……

Apakah salah Ku kepada mu……? Rezeki yang Aku limpahkan…
Penglihatan yang Ku berikan, harta yang Ku relakan untuk mu
Makanan yang Ku hidangkan, keselamatan yang Ku kurniakan….
Kebahagiaan yang Ku anugerahkan….
Apakah hal itu tidak membuat ingat kepada Ku!!!?????

Percayalah………Aku selalu mengasihi Mu……
Berharap suatu ketika nanti engkau akan menyapaKu..
Memohon perlindungan Ku,bersujud menghadap Ku…
Kembali kepada Ku…….

Yang selalu menyertaimu setiap saat,

ALLAH S.W.T

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Saturday, 5 May 2012

Hukum Bermain Gitar Dalam Islam


Sebagai pengenalan, perlu diingatkan bahawa asal sesuatu hukum adalah harus. Namun, ia boleh berubah menjadi haram atau dibolehkan mengikut dalil yang menyokongnya.

Nyanyian adalah diharuskan bagi golongan yang pertengahan(orang yang tidak dikuasai rasa cinta asyik yang mendalam terhadap Allah dan tidak juga dikuasai oleh hawa nafsu yang memuncak). Hal ini kerana, bagi orang yang terlalu asyik dengan Allah, nyanyian adalah baik untuknya manakala bagi orang yang mudah terpengaruh dengan desakan hawa nafsu, nyanyian adalah haram untuknya.

Namun demikian, jika nyanyian dijadikan sebagai kebiasaan sehingga banyak waktunya dihabiskan untuk itu, maka dia tergolong dalam kalangan orang bodoh yang kesaksian mereka ditolak.

Mengenai hukum penggunaan gitar dalam Islam, Imam Al-Ghazali menganggap bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali(autar) dan yang ditiup dengan mulut(mazamir) adalah sebahagian daripada punca pengharamannya. Beliau beranggapan sedemikian kerana berasaskan kepada kenyataan bahawa ada dalil syarak yang telah melarangnya.

Hujah yang telah beliau kemukakan adalah :

Syarak tidak mengharamkannya(alat-alat muzik tersebut) kerana zat alat itu sendiri. Sebabnya ialah, jika ia diharamkan kerana keseronokan yang ada padanya, nescaya semua benda lain yang menjadikan manusia merasa seronok juga tidak boleh.

Akan tetapi yang diharamkan itu ialah arak. Oleh kerana pada ketika itu orang ramai pada mulanya sudah begitu ketagih dan sukar untuk membuang tabiat tersebut, mereka terpaksa memecahkan tong-tong arak dan sebagainya. Justeru, setiap apa yang menjadi lambang dan simbol kepada peminum arak juga diharamkan iaitulah autar dan mazamir.

Pengharaman kedua-dua alat ini adalah ekoran daripada hukum pokoknya iaitu arak. Hukum haramnya sama lah seperti hukum berkhalwat dengan wanita ajnabi kerana mengikut hukum pokoknya iaitu zina. Kerana perbuatan khalwat ini adalah gerbang dan mukaddimah ke arah maksiat keji tersebut.

Oleh itu, alat muzik autar dan muzamir ini diharamkan ekoran daripada pengharaman arak dengan 3 sebab:

Muzik tersebut merangsang orang yang mendengar untuk meminum arak. Dan dengan meminum arak itu pula,perasaan seronok mendengar alat muzik itu tadi akan menjadi lebih memuncak.
Bagi seseorang yang baru berhenti minum arak pula, mendengar alat muzik ini akan menggamit ingatannya kepada sejarah silam iaitu tentang tempat dan pesta minumnya dulu. Ingatan ini akan membangkitkan rasa rindunya dan seterusnya akan membawanya semula ke tabiat lama.
Berhimpun dan berkumpul mendengarnya adalah menjadi adat kebiasaan golongan fasik. Sepertimana yang kita sedia tahu, Kita dilarang menyerupai golongan fasik. Ini kerana, “sesiapa yang menyerupai sesuatu puak atau golongan yang negatif, maka dia akan dianggap sebahagian daripada golongan tersebut.”

Setelah Imam Al-Ghazali membuat huraian tersebut, beliau kemudian menyatakan:

Dengan ini jelaslah bahawa sebab pengharamannya bukanlah kerana ia sesuatu yang baik dan menyeronokkan. Sebaliknya, rumusan yang diperolehi melalui sumber syarak membuktikan bahawa semua perkara yang baik adalah halal kecuali jika ia membawa kerosakan kepada manusia.

Bersesuaian dengan firman Allah,

“katakanlah(wahai Muhammad): Siapakah yang (berani ) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezki yang dikurniakanNya?”

(Al-A’raf:32)

Kesimpulan

Segala apa yang telah diterangkan diatas merupakan hujah yang telah dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali bagi menjelaskan sebab beliau mengharamkan penggunaan alat muzik yang bertali dan yang ditiup dengan mulut.

Hakikatnya, tiada satu nas(hadis) pun yang sahih dan jelas melarang penggunaan alat muzik ini. Namun begitu, beliau (semoga Allah meredhainya) telah menerima hadis-hadis yang diriwayatkan dalam isu ini dengan dada yang terbuka dan kemudian beliau cuba menafsirkannya sepertimana yang telah dihuraikan di atas.

Jika beliau meneliti dengan lebih mendalam mengenai sanad-sanad hadis yang diriwayatkan itu, tentu beliau tidak perlu bersusah payah mencari sebab musabab kepada hukum haram alat-alat muzik tersebut . Namun begitu, apa yang beliau sebutkan ini amat berguna bagi orang yang tidak menerima hakikat bahawa hadis-hadis tersebut adalah dhaif. Semoga Allah memberkati usaha beliau.

Sekian. Sedikit perkongsian mengenai isu alat muzik di dalam Islam. Jika ada sebarang kekurangan atau kesalahan harap dapat diperbetulkan. Wallahua’lam.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Tuesday, 17 April 2012

Barat Menipu Sejarah Kegemilangan Islam


Perkembangan Islam di China disorok, penipuan Joseph Needham diiktiraf

"SEPARUH daripada penulisan sejarah adalah dengan menyembunyikan kebenaran." Pandangan Pemenang Anugerah Nebula 2005 (Skrip Terbaik - Serenity), Joss Whedon pasti tercerna daripada kekaburan yang dibawa pensejarahan Barat mengenai penyimpangan dalam teks, karya atau fakta sejarah.
Apatah lagi penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan fakta wujud secara berleluasa dalam dokumen, teks serta karya sejarah yang ditulis orientalis mahupun pengarang Barat.

Tujuan orientalis dan pengarang Barat hanyalah satu, iaitu menghilang dan menggelapkan pengaruh Islam khususnya terhadap kebangkitan dan kekuasaan imperialisme mereka, sekali gus mengabsahkan hegemoni mereka.

Lebih menyedihkan pandangan yang kononnya bersifat sejarawi itu, diekori oleh sejarawan dan pengarang dari Asia atau dunia Islam sehingga menerimanya sebagai fakta sejarah yang satu-satunya sah lagi benar.

Hasilnya, sejarah Islam dan tamadun lain di Timur bukan saja ditulis dan dibukukan oleh orientalis serta pengarang Barat, bahkan dibentuk dan dimuatkan berdasarkan kerangka pandangan alam mereka.

Tidak hairanlah banyak sumbangan Islam dan Timur terhadap kebudayaan dan peradaban Barat menjadi wap yang hilang di langit sejarah dunia sehingga yang tinggal adalah sejarah yang dibentuk berdasarkan bekas yang ditinggalkan oleh orientalis dan pengarang mereka.
Gejala minda tertawan ini dikemukakan Pensyarah Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail ketika mengupas Diskusi Intelek: Cheng Ho, Cina, Alam Melayu dan Perkaitannya di Panggung Percubaan UPM, Serdang, baru-baru ini.

Dr Mat Rofa berkata, tiga dinasti di China mempunyai hubungan erat dengan Islam, iaitu Dinasti Song, Yuan dan Ming, tetapi sejarah dinasti itu kurang dicatat dalam teks sejarah China.

“Malah, ramai yang tidak tahu pengaruh Islam dalam pemerintahan dinasti di China sudah sampai kepada tahap menjadi agama yang dianuti maharajanya, apabila Zhu Yuanzhang menjadi Maharaja Islam yang pertama.

“Bagaimanapun, apabila Dinasti Ming kalah di tangan Dinasti Manchu, kerajaan mengharamkan rakyat daripada belajar sejarah dinasti Islam itu,” katanya pada diskusi anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM itu.

Tidak hairanlah, Dr Mat Rofa berkata, sumbangan besar dunia Islam tidak diketahui oleh umum seperti penciptaan peluru yang dikatakan sebagai sumbangan tamadun China sebenarnya dicipta oleh saintis Islam yang dibawa dari dunia Islam.

“Malah pelayaran Laksamana Cheng Ho atau Zheng He sendiri banyak diselewengkan sehingga ada sejarawan yang menohmah pelayarannya adalah bertujuan untuk membunuh musuh politik maharaja di Asia, meskipun beliau mahu menunaikan haji di Makkah.

“Ia jauh sekali berlawanan dengan fakta Zheng He membawa armada kapal yang sangat besar dalam pelayarannya tetapi tidak membawa balik harta rampasan,” katanya.

Ini kerana, Dr Mat Rofa berkata, China datang ke alam Melayu untuk melindungi kerajaan kecil di Gugusan Kepulauan Melayu seperti amaran Zheng He kepada Raja Siam yang mengganggu Kesultanan Melayu Melaka dengan mengingatkan kesultanan itu umpama adik kandung kepada China.

“Bagaimanapun, sejarah sumbangan dan pengaruh Islam di China digelapkan sehingga Islam tidak dianggap memainkan peranan penting dalam peradaban yang sangat besar itu.

“Penulis Barat, Joseph Needham, yang diupah oleh orientalis bukan saja mengubah sejarah China, bahkan banyak menyelewengkan fakta,” katanya.

Needham yang turut dikenali sebagai Li Yuese menghasilkan Science and Civilisation in China yang asalnya mengandungi tujuh jilid pada 1948, berkembang kepada 24 jilid dengan 15 daripadanya ditulisnya sendiri, selain turut menghasilkan Science in Traditional China.

Kerangka yang ditinggalkan Needham itu masih meninggalkan pengaruh yang kuat kepada pensejarahan China, apatah lagi apabila namanya diabadikan sebagai Institut Kajian Needham (NRI), Cambridge, England, yang mengepalai penyelidikan dalam sejarah sains, teknologi dan perubatan di Asia Timur.

Lebih teruk, Dr Mat Rofa berkata, sejarawan China sendiri banyak bergantung kepada Needham dalam penulisan sejarah bangsa dan tamadun mereka.

“Sebenarnya, Zheng He meninggalkan diari hariannya yang dianggap paling asli, sekali gus catatan yang ditulis oleh penulisnya, Ma Huan itu banyak bercanggah dengan tulisan Needham.

“Sepatutnya sebarang penulisan mengenai sejarah di China khususnya Islam perlu berpandukan kepada catatan harian itu berbanding karya yang lebih mutakhir,” katanya.

Beliau mengingatkan banyak pembohongan dalam sejarah diterima sebagai fakta yang sah dan benar seperti Dr David Livingstone yang menjadi orang pertama menemui Sungai Nil atau Singapura yang dibuka oleh Stamford Raffles.

“Lebih melucukan apabila fakta penemuan Dr Livingstone pernah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah di Mesir kerana kalau mahu menipu pun, janganlah sampai keterlaluan.

“Fakta penemuan Dr Livingstone itu umpamanya kita mempercayai bayi menyambut kelahiran bidannya kerana Sungai Nil sudah lama wujud dan Afrika sendiri sudah lama mempunyai penghuni,” katanya. (seperti Pulau Pinang dan Singapura dibuka oleh Light dan Raffles seolah-olah ia tidak pernah ada sebelum ini)

Penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan sejarah oleh orientalis dan pengarang Barat itu sudah lama dibiarkan bermaharajalela dalam membentuk kerangka kronologi dan pensejarahan dunia Timur khususnya Islam dan alam Melayu.

Sudah sampai masanya sejarawan dan pengarang kita membongkar teks dan sumber sejarah sendiri yang tersisih kesan daripada metodologi pensejarahan dan klasifikasi teks yang dirangka oleh Barat untuk menafikan hakikat sebenar sumbangan dan pengaruh Islam ke atas peradaban dunia.

Sebarang kitab, teks, hikayat, dokumen, catatan dan salasilah yang ditulis ulama dan pendakwah, sejarawan dan pengarang dunia Timur serta Islam perlu dikumpul, disusun dan dicantumkan dalam kerangka ilmu yang sebenar dengan menggunakan kekuatan intelektual untuk mentafsir dan menulis sejarah yang tepat.

Adakah anda merasakan artikel ini berguna? Sekiranya bagus, sila kongsi dengan kawan anda dan jangan lupa untuk subscribe to my RSS feed! dan  Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email

Tuesday, 27 March 2012

Setiap Wanita Cantik


Pada suatu hari seorang anak lelaki ternampak ibunya menangis, lalu dia pun bertanya

Anak Lelaki : "Mangapa Ibu menangis?"
Ibu : "Kerana aku seorang wanita"
Anak Lelaki : Aku tidak mengerti?"

Lalu si ibu terus memeluk anaknya dan berkata "Engkau tidak akan mengerti". Si anak terus berjumpa ayahnya dan bertanya, " kenapa ibu menangis tanpa ada alasan?". Si ayah menjawab " Semua wanita menangis tanpa ada alasan". Hanya itu sahaja yang boleh ayahnya cakap.

Akhirnya anak lelaki ini membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan tetap merasa hairan mengapa wanita menangis tanpa alasan. Pada satu hari anak lelaki ini bermimpi bertemu dengan seseorang dengan lelaki berjubah putih, lalu anak lelaki ini bertanya kepada lalaki tersebut " Mengapa wanita menangis tanpa alasa?". Lelaki itu menjawab.

"Tuhan menciptakan wanita istimewa. Tuhan menciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia, tapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan."

"Tuhan memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan penolakan yang kerap muncul dari anak-anaknya"

"Tuhan memberinya keteguhan yang membuatnya boleh bertahan di saat semua orang sudah menyerah, dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh walaupun sedang lelah mahu pun sakit."

"Tuhan memberinya keistimewaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun, meskipun anak-anak menderhaka kepada ibunya."

"Aku memberinya kekuatan untuk bisa memaklumi kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

"Tuhan memberinya kepakaran untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk tetap teguh mendampingi suaminya"

"Dan akhirnya, Tuhan memberinya air mata untuk dicurahkan. Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila yang dia perlukan."

"Kau lihat: Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya, penampilan fizikalnya, atau style rambutnya.""Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, karena mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam."..Untuk menjadi seorang wanita yang cantik, haruslah mempunyai sifat lemah lembut dan sentiasa tunduk dan hormat pada suaminya walau apapun keadaannya...

Si anak lelaki akhirnya jumpa jawapan yang dia inginkan..

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Friday, 9 March 2012

Saya Solat Tak Tinggal dan Sentiasa Beramal Kepada Jalan Allah Tetapi masih Lagi Tak Berjaya


Soalan seorang hamba Allah kepada saya tentang masalah yang yang berlaku pada dirinya yang berkenaan dengan beliau tak tinggal solat, sentiasa membuat kebaikan dan berdoa tapi masih lagi still tak berjaya dalam exam..Ini soalannya..


Saya skrg berada di kolej matrikulasi...insyaallah lagi 2 bulan saya akan tamat pengajian di sini...saya baru saja dapat keputusan pertengahan semester...saya sedih sebab keputusan tak seperti yg saya jangkakan...saya bertambah sedih bila dapat tahu sahabat yang tak pergi kelas, selalu tinggal perintah Allah, dan yang banyak bermain dapat keputusan yang jauh lebih elok dari saya...saya tak nafikan yg saya ada jgk buat dosa...adakah ini satu kurniaan Allah kpd mereka or dugaan kepada saya...???secara jujur saya cakap saya memang hampir2 putus asa...

Jawapan Saya kepadanya..

Waalaikumsalam..
Terima kasih kerana sudi bertanyakan soalan..
Pertama sekali jangan berputus asa..baca dan faham apa yang saya katakan dibawah ini...

Pernah tak suadara terfikir kenapa hidup saudara amat susah? Pernah tak saudara fikir kenapa orang yang tak solat tapi setiap kali test, exam, or result dia jauh lagi tinggi dari saudara yang struggle dan beribadat all the time? Pernah tak saudara rasa cemburu dengan roomate yang asyik main game tetapi setiap kali final exam dia score the highest? Pernah tak saudara sakit hati bila saudara giving out all you have but at the end, the laziest yang mendapat 4.00 dalam exam? Sakit hati tak bila tengok orang-orang yang tak berusaha tapi bila buat sesuatu pekerjaan, dia boleh sebut alhamdulillah tapi bila kita tengok hasil usaha kita, kita nak sebut syukur pun teresak-esak? Why? Sebab takdir?


Jadi mesti saudara bertanya.. kalau dah di takdirkan gagal kenapa still nak berusaha?

ini sebabnya kenapa..

saya tanya saudara?
Pernah tak saudara fikir satu benda yang kita selalu buat bila kawan kita sambut hari lahir? Yeah, wish birthday. Most of us akan kata:

Happy birthday, baby. Moga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki.

Yeah, "dipanjangkan umur". Kita meminta supaya dia di panjangkan umur. Tapi bukan ke kita semua tahu yang tarikh kita mati dah di tetapkan di Luh mahfuz? Dah tu kenapa minta di panjangkan umur lagi? Begitu juga dengan rezeki. Bukan ke rezeki kita dah tertulis? Think bro, think.

sebenarnya, benda-benda seperti ini adalah agak susah untuk dibualkan. Dan hal-hal seperti takdir ini selalu menganggu fikiran saya. Well, nak tanya segan.

Tengok saya bagi saudara contoh yang mudah. Bayangkan takdir tu adalah sebuah plan untuk rumah 4 tingkat. Arkitek melakarkan plan rumah dengan cantik dan lengkap. Dan kontrektor pula akan membina rumah tu mengikut plan yang dilukis oleh artitek. Dan ia terpulang kepada kontrektor lah nak bina rumah macam mana asalkan setiap sudut dan bentuk rumah tu mengikut kemahuan si arkitek. Kan? Ini adalah konsep yang sama dengan takdir. Tuhan melakar takdir dan up to kita lah macam mana kita nak laksanakan. Dan, andai kata kontrektor tengok rumah tu ada part yang boleh dia improve, dia akan pergi kepada artitek dan menyuarakan hasratnya tu. Kan? Begitu lah juga dengan kita. Bila kita mahukan sesuatu, saudara kenelah berdoa . Dan tak terlupa juga, berusaha.

ada satu takdir mengatakan :

Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

Soalan yang paling famous di tanya adalah tentang perbuatan kita. Pernah tak saudara terfikir :

"Adakah segala perbuatan kita telah di takdirkan? Kita baca buku, berjalan, mesej awek, gayut dengan pakwe. Adakah itu semua dah di takdirkan?"

bagaimana pula dengan dosa dan pahala? Adakah dosa dan pahala tu juga dah ditakdirkan? Serta, pernah tak saudara  imagine apa yang saudara akan jawab kalau ada orang kata :

"Aku membunuh dan merogol sebab aku dah di takdirkan untuk berbuat macam tu."

sebenarnya , apa yang kita buat adalah pilihan kita sendiri. Pernah tak saudara dengar ayat :

"Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum kalau bukan dia yang ubah sendiri" 

Maksudnya di sini, kita ada kuasa untuk berusaha untuk mencapai masa depan kita dan apa yang kita nak. Masa hidup ni, up to you lah melakukan apa je yang saudara mahu tetapi saudara tak akan sekali-kali keluar dari takdir yang telah Allah tetapkan tanpa izinnya. Macam bunuh diri juga. Contohnya, saudara di takdirkan hingga umur 60 tahun tapi saudara mengambil tindakan membunuh diri sebab putus dengan makwe, then dengan izin Allah, sampai kat situ je lah umur saudara.

Untuk pengetahuan saudara , takdir terbahagi kepada dua iaitu Takdir Mubram dan Takdir Mu'allaq. Takdir Mubram adalah takdir yang tetap dan tak boleh di ubah seperti kematian, umur dan sebagainya (Actually, tak ada siapa tahu pasal ni sebab apa yang tertulis di Luh Mahfuz tak ada siapa pun tahu). As for takdir Muallaq, ia adalah takdir based on usaha kita atau dengan kata lain, akibat dari perbuatan. For example, menjawab soalan final exam. Andai kata saudara tak berusaha dan study, Saudara ingat saudara boleh ke lulus dengan cemerlang? maksud saya iailah Takdir Muallaq adalah suatu perkara yang implikasinya adalah based dari apa yang kita lakukan. Tapi andaikata kita tak study tetapi lulus dengan cemerlang gak, then itu adalah takdir. Sama juga dengan masalah saudara , saudara dah berusaha tapi masih lagi tidak berjaya dengan cemerlang. itu juga adalah takdir.

Ada takdir yang boleh di ubah dan ada takdir yang tak boleh di ubah. ketentuan sahaja  takdir tu boleh di ubah dengan syarat saudara berdoa sementara ketentuan takdir lain, tidak. Dan bila cakap berdoa, bukannya bermaksud saudara berdoa agar minta panjang umur then hari-hari dok makan McD pastu tidur. Begitu juga dengan rezeki. saudara tak boleh berdoa pagi petang siang malam minta dimurah kan rezeki tetapi korang dok main Dota setiap hari tanpa bekerja. No, setiap doa mestilah disertakan dengan usaha. Then baru lah bertawakkal. saya harap saudara  faham maksud saya.

Jadi saya berharap saudara  jangan putus asa teruskan berusaha dan berdoa serta jangan bergantung kepada takdir semata-mata. Sebab kebanyakan takdir boleh di ubah dengan izin Allah. Masalahnya, kita tak tahu apa takdir kita dan which takdir yang boleh di ubah.

Janganlah saudara berputus asa kerana Allah itu maha adil dan saksama..saya yakin setiap kebaikan yang saudara lakukan pasti mendapat balasan kebaikan dari Allah..mungkin tidak hari ini, mana tahu Allah akan memberi ganjaran masa saudara hendak mencari kerja nanti, habis saje belajar terus saudara dapat kerja yang saudara idamkan. tapi kawan saudara tu walaupun keputusan dia cemerlang, mungkin juga susah nk mencari kerja nanti..Apa yang penting saudara  kena la sabar menghdapi dugaan Allah ini..Insya- Allah saudara pasti mendapat keberkatan..amin...
Sekian..Wassalam..

Abdul Rahman bin Bashari
http://www.rahmanbashri.com

BLOG RAHMAN BASHRI : Diharapkan kawan-kawan sekalian memberi pendapat sekiranya jawapan saya salah..

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Thursday, 1 March 2012

Pengakuan Tokoh-Tokoh Ilmuan Yang Bukan Beragama Islam Tentang Kebenaran Al-Quran

Harry Gaylord Dorman
1. Harry Gaylord Dorman dalam buku "Towards Understanding lslam", New York, 1948, p.3, berkata: "Kitab Qur'an ini adalah benar-benar sabda Tuhan yang didiktekan oleh Jibril, sempurna setiap hurufnya, dan merupakan suatu mukjizat yang tetap aktual hingga kini, untuk membuktikan kebenarann Allah dan kebenaran Muhammad."

2. Prof. H. A. R. Gibb dalam buku "Mohammadanism", London, 1953, p. 33, berkata sebagai berikut: "Nah, jika memang Qur'an itu hasil karyanya sendiri, maka orang lain dapat menandinginya. Cubalah mereka mengarang sebuah ungkapan seperti itu. Kalau sampai mereka tidak sanggup dan boleh dikatakan mereka pasti tidak mampu, maka sewajarnyalah mereka menerima Al-Qur'an sebagai bukti yang kuat tentang mukjizat."

Sir William Muir
3. Sir William Muir dalam buku "The Life of Mohamet", London, 1907; p. VII berkata sebagai berikut: "Qur'an adalah karya dasar Agama Islam. Kekuasaannya mutlak dalam segala hal, etika dan ilmu pengetahuan"

4. Dr. John William Draper dalam buku "A History of the intelectual Development in Europe", London, 1875, jilid 1 , p. 343-344, berkata: "Qur'an mengandungi amalan-amalan dan proses moral yang cemerlang yang sangat berlimpah-limpah; susunannya, sehingga kita tidak dapat membuka satu lembaran tanpa menemukan ungkapan-ungkapan yang harus diterima oleh sekalian orang. Susunan ayat  ini, mengemukakan teks-teks, moto dan peraturan- peraturan yang sempurna sendirinya, sesuai bagi setiap orang untuk setiap peristiwa dalam hidup."

5. Dr. J. Shiddily dalam buku "The Lord Jesus in the Qur'an", p. 111 , berkata: "Qur'an adalah Bible kaum Muslimin dan lebih dimuliakan dari kitab suci yang manapun, lebih dari kitab Perjanjian Lama dan kitab perjanjian Baru."

6. Laura Vaccia Vaglieri dalam buku "Apologie de I'Islamism, p. 57 berkata: "Dalam keseluruhannya kita dapati dalam kitab ini, suatu koleksi tentang kebijaksanaan yang dapat diperoleh oleh orang-orang yang paling cerdas, filosof-filosof yang terbesar dan ahli-ahli politik yang paling cekap... Tetapi ada bukti lain tentang sifat Ilahi dalam Qur'an, adalah suatu kenyataan bahwa Qur'an itu tetap utuh melintasi masa-masa sejak turun temurun wahyu itu hingga pada masa kini...Kitab ini dibaca berulang-ulang oleh orang yang beriman dengan tiada jemu-jemunya. Keistimewaannya pula, Qur'an senantiasa dipelajari/dibaca oleh anak-anak sejak sekolah tingkat bawah hingga tingkat Profesor. "

"Sebaliknya malah kerana diulang- ulang ia makin dicintai sehari demi sehari. Qur'an membangkitkan timbulnya perasaan hormat dan respect yang mendalam, pada diri orang yang membaca dan mendengarkannya.... Oleh karena itu bukan dengan jalan paksaan atau dengan senjata, tidak pula dengan tekanan mubaligh-mubaligh yang menyebabkan penyiaran Isiam besar dan cepat, tetapi oleh kenyataan bahwa kitab ini, yang diperkenalkan kepada kaum Muslimin kepada orang-orang yang ditaklukkan dengan kebebasan untuk menerima atau menolaknya adalah kitab Tuhan. Kata yang benar, mukjizat terbesar yang dapat diperlihatkan Muhammad kepada orang yang ragu dan kepada orang yang tetap berkeras kepala."

7. G. Margoliouth dalam buku "Introduction to the Koran" (kata pendahuluan untuk buku J. M. H. Rodwell), London, 1918, berkata: "Diakui bahwa Our'an itu mempunyai kedudukan yang penting diantara kitab-kitab Agama di dunia. Walau kitab ini merupakan yang terakhir dari kitab-kitab yang termasuk dalam kesusasteraan ini, ia tidak kalah dari yang mana pun dalam ayatnya yang mengagumkan, yang telah ditimbulkannya terhadap sejumlah besar manusia yang telah menciptakan suatu fasa kemajuan manusia dan satu jenis karakter yang segar."

8. George Sale dalam buku "Joseph Charles Mardrus-Premilinary Discourse", berkata: "Di seluruh dunia diakui bahwa Qur'an tertulis dalam bahasa Arab dengan gaya yang paling tinggi, paling murni....diakui sebagai standard bahasa Arab... dan tak dapat ditiru oleh semua manusia... Oleh karena itu diakui sebagai mukjizat yang besar, lebih besar daripada membangkitkan orang mati, dan itu saja sudah cukup untuk meyakinkan dunia bahwa kitab itu berasal dari Tuhan."

9. E. Denisen Ross dari "Introduction to the Koran-George Sale", p. 5, berkata: "Qur'an memegang peranan yang lebih besar terhadap kaum Muslimin daripada peranan Bible dalam agama Kristian. Ia bukan saja merupakan sebuah kitab suci dari kepercayaan mereka, tetapi juga merupakan buku teks dari upacara agamanya dan prinsip-prinsip hukum kemasyarakatan.....Sungguh sebuah kitab seperti ini patut dibaca secara meluas di Barat, terutama di masa-masa ini, di mana ruang dan waktu hampir telah dimusnahkan  oleh penemuan-penemuan moden."

10. James A. Michener dalam "Islam the Misunderstood Religion Readers Digest", Mei 1955, berkata sebagai berikut: "Ayat Qur'an inilah yang mengusir patung-patung dewa, dan memberikan ilham kepada manusia untuk merevolusikan hidup dan bangsa mereka.... Kombinasi antara persembahan kepada Satu Tuhan ditambah dengan perintah praktisnya yang membuat Qur'an menjadi khas. Bangsa yang beragama di Timur yakin bahwa negara mereka hanya akan diperintah dengan baik apabila hukum-hukumnya berpandukan  dengan Qur'an.

11. W.E. Hocking dalam "Spirit of World Politics New York 32", p. 461 , berkata: "...saya merasa benar dalam penegasan saya, bahwa Qur'an berisi amat banyak prinsip-prinsip yang diperlukan untuk pertumbuhannya sendiri. Sesungguhnya dapat dikatakan bahawa hingga pertengahan abad ke-13, Islamlah pembawa segala kamajuan yang dapat dibanggakan oleh dunia Barat."

13. Napoleon Bonaparte a. Dari "Stanislas Cuyard-Ency des Sciences Religioses", Paris, 1880, jilid IX, p. 501 berkata sebagai berikut: " Selama abad-abad pertengahan, sejarah Islam peradaban sepenuhnya. Berkat ketekunan kaum Musliminlah maka ilmu pengetahuan dan falsafah Yunani tertolong dari kebinasaan, dan kemudian datang membangunkan dunia Barat serta membangkitkan gerakan intelektual sampai pada pembaharuan Bacon. Dalam abad ke-7 dunia lama itu sedang dalam zaman Jahiliah. Muharnmad memberi kepada mereka sebuah Qur'an yang rnerupakan titik tolak ke arah dunia baru."

14. Dari buku "Bonaparte et I'Islarn oleh Cherlifs, Paris, p. 105, berkata sebagai berikut: "I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and educated men of all the countries and establish a uniform regime based on the prinsiples of the Qur'an wich alone can lead men to happiness.
Artinya:
Saya meramalkan bahwa tidak lama lagi akan dapat dipersatukan semua manusia yang berakal dan berpendidikan tinggi untuk memajukan satu kesatuan kekuasaan yang berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam, karena hanyalah Qur'an itu satu-satunya kebenaran yang mampu memimpin manusia kepada kebahagiaan.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Thursday, 16 February 2012

Forex Haram Majlis Fatwa Kebangsaan!! Bagaimana Pula Sistem Perbankan Malaysia?PTPTN dan Lain-Lain

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.”

Bagi saya ketetapan yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menunjukkan melahirkan pendirian mereka terhadap satu kemusykilan untuk dijadikan rujukan kepada umat Islam di Malysia hari ini. Tindakan Majlis Fatwa meletakkan hukum Forex haram itu dibuat setelah mereka membuat kajian yang mendalam dan kajian itu tak bermakna dalam kajian dilakukan secara tergesa-gesa dan dibuat dalam tempoh sehari dua. Tapi masih ada lagi tidak ada pendirian dalam hal Hukum-hukum agama ni, mana tidaknya pada tahun 2008 kalau tak silap saya, Majlis Fatwa Kebangsaan Pernah mengeluarkan fatwa mengatakan Forex trading ini Harus. Jadi apakah punca yang sebenarnya hukum forex ini Haram bagi Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.

Cuma kalau boleh selepas ini besarlah harapan kami rakyat Malaysia supaya Jawatankuasa Kebangsaan Malaysia mengkaji  sistem perbankan di Malaysia hari ini melibatkan beberapa persoalan yang telah membelengu rakyat Malaysia secara umum dan umat Islam di Malaysia amnya. Dan kami juga mahu lihat sendiri apa pendirian Jawatankuasa Kebangsaan Malaysia mengenai soal-soal yang melibatkan Sistem Saraan 1Malaysia, kadar faedah yang dikenakan pihak bank kepada pelanggannya selama ini, PTPTN caj pelajarnya dikehendaki bayar balik lebih dari jumlah pinjamannya.Dan banyak lagi sitem riba yang diamalkan oleh syarikat-syarikat besar di Malaysia ini.

Jadi kalau betullah Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia ini mempunyai ulama yang berpendidikan yang tinggi dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu agama, kajilah mengikut landasan yang betul-betul berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, bukan berpandukan Perseorangan, Politik, Perkauman dan sebagainya.

Blog Rahman Bashri : Apakah pendapat anda tentang perkara ini, kongsilah bersama-sama pembaca yang lain. terima kasih kerana membaca...

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Saturday, 4 February 2012

Salam Maulidurrasul 2012 : Pesanan Nabi Yang Teramat Cintakan Umatnya


“Wahai seluruh manusia, dengarlah apa yang hendak aku katakan ini, kerana aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kalian semua selepas tahun ini di tempat wukuf ini..

(1) Larangan membunuh jiwa dan mengambil harta orang lain tanpa alasan yang hak

Wahai seluruh manusia! Sesungguhnya darah kalian dan harta kekayaan kalian merupakan kemuliaan (haram diambil oleh orang lain) bagi kalian semua, sebagaimana mulianya hari ini, di bulan yang mulia ini dan di negeri yang mulia ini..

Kita menyaksikan pada hari ini betapa nyawa dan harta umat Islam tidak lagi menjadi satu kemuliaan sebagaimana yang Rasulullah pesankan. Berapa ramai dari umat Islam yang berbunuhan dan merompak harta sesama sendiri dan yang paling buruk, berapa ramai dari pemimpin umat Islam yang membunuh dan merampas harta benda rakyatnya sendiri. Siapa tidak tahu akan pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan oleh pemimpin rejim Uzbekistan, Pakistan, Afghanistan, Mesir, Turki, Palestin, Arab Saudi dan banyak lagi ke atas rakyatnya? Mereka mengerahkan polis dan tentera mereka untuk memerangi dan membunuh kaum Muslimin yang tidak sehaluan dengan mereka, khususnya dari kalangan gerakan Islam. Lihatlah pula bagaimana harta kita semua dirampas oleh pemerintah dengan mengenakan pelbagai jenis cukai, tol, bayaran pendidikan, kesihatan dan banyak lagi. Minyak, gas asli dan bermacam-macam hasil bumi yang menjadi milik kita dirampas dan dikaut oleh pemerintah dengan selahapnya. Kemuliaan darah dan harta umat Islam sudah tidak lagi wujud setelah Islam tidak diterapkan.

(2) Kewajiban meninggalkan tradisi dan amalan Jahiliyah; pembunuhan dan riba

Ketahuilah sesungguhnya segala tradisi Jahiliyah mulai hari ini tidak boleh dipakai lagi. Segala sesuatu yang berkaitan dengan perkara kemanusiaan (seperti pembunuhan, dendam dan lain-lain) yang telah terjadi di masa Jahiliyah, semuanya batal dan tidak boleh berlaku lagi. (Sebagai contoh) hari ini aku menyatakan  pembatalan pembunuhan balas atas terbunuhnya Ibnu Rabi’ah bin Haris yang terjadi pada masa Jahiliyah dahulu. Transaksi riba yang dilakukan pada masa Jahiliyah juga tidak  boleh berlaku lagi sejak hari ini. Transaksi yang aku nyatakan tidak berlaku lagi adalah transaksi riba Abbas bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya seluruh transaksi riba itu semuanya batal dan tidak akan (haram) berlaku lagi..

Sejak sistem pemerintahan sekular diterapkan, riba sudah menjadi teras ekonomi dalam sesebuah negara. Para pemimpin sekular ini menerapkan sistem riba tanpa rasa berdosa dan takut kepada Allah sedikit pun. Sebahagian besar umat Islam juga terlibat dengan riba tanpa sedikit pun merasa bersalah dengan keharaman yang mereka lakukan, seolah-olah riba ini suatu yang halal dan sah-sah sahaja untuk diambil. Mereka langsung tidak menghiraukan ancaman Allah di dalam Al-Quran dan ancaman Rasul tentang seksa dan azab yang pedih yang akan mereka terima atas muamalat riba yang mereka masuki, malah mereka senantiasa mencari dalih untuk mengatakan perbuatan mereka adalah halal!

(3) Berwaspada dengan gangguan syaitan dan kewajipan menjaga agama

Wahai seluruh manusia, sesungguhnya syaitan itu telah berputus asa untuk dapat disembah oleh manusia di negeri ini, akan tetapi syaitan itu masih terus berusaha (untuk mengganggu kalian) dengan cara yang lain. Syaitan akan merasa puas jika kalian semua melakukan perbuatan yang tercela. Oleh kerana itu hendaklah kalian menjaga agama kalian dengan baik..

(4) Larangan mengharamkan apa yang dihalalkan dan sebaliknya

Wahai seluruh manusia! Sesungguhnya merubah-rubah bulan suci itu akan menambah kekafiran. Dengan cara itulah orang-orang kafir menjadi sesat. Pada tahun yang satu mereka langgar dan pada tahun yang lain mereka sucikan untuk disesuaikan dengan hitungan yang telah ditetapkan kesuciannya oleh Allah. Kemudian kalian menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah dan mengharamkan apa yang telah dihalalkanNya. Sesungguhnya zaman akan terus berputar, seperti keadaan berputarnya pada waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun adalah dua belas bulan. Empat bulan di antaranya adalah bulan-bulan suci. Tiga bulan berturut-turut (yakni) Dzul Qa’idah, Dzul Hijjah, dan Muharram. Bulan Rajab adalah bulan antara bulan Jumadil Akhir dan bulan Sya’ban..

Sesungguhnya persoalan halal dan haram adalah di tangan Allah dan hal ini telah pun jelas. Namun ternyata pada hari ini terdapat manusia, khususnya pemerintah yang menghalalkan apa yang Allah haramkan dan sebaliknya. Lihatlah sahaja akan hukum kufur yang diterapkan ke atas kita, baik dalam hal uqubat mahupun muamalat, para pemimpin telah ‘menghalalkan’ hukum kufur ini ke atas kita semua, dan mereka ‘mengharamkan’ hukum Allah dari diterapkan ke atas kita. Mereka kekalkan sempadan negara yang dicipta penjajah dan melabelkan ‘haram’ ke atas umat Islam yang ingin masuk ke negara mereka. Mereka ‘haramkan’ tentera dari berjihad untuk melawan puak kuffar yang secara terang-terangan membunuh umat Islam di serata dunia. Kuasa untuk ‘membuat’ undang-undang ada di tangan mereka, dan ternyata mereka telah membuat undang-undang yang menghalalkan apa yang Allah haramkan dan mengharamkan apa yang Allah halalkan.

(5) Kewajiban memuliakan wanita (isteri)

Takutlah kepada Allah dalam bersikap kepada kaum wanita, kerana kalian telah mengambil mereka (menjadi isteri) dengan amanah Allah dan kehormatan mereka telah dihalalkan bagi kalian semua dengan nama Allah. Sesungguhnya kalian mempunyai kewajiban terhadap isteri-isteri kalian dan isteri kalian mempunyai kewajiban terhadap diri kalian. Kewajiban mereka terhadap kalian adalah mereka tidak boleh memberi izin masuk orang yang tidak kalian suka ke dalam rumah kalian. Jika mereka melakukan hal demikian, maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan. Sedangkan kewajiban kalian terhadap mereka adalah memberi nafkah dan pakaian yang baik kepada mereka. Maka perhatikanlah perkataanku ini wahai seluruh manusia, sesungguhnya aku telah menyampaikannya..

(6) Kewajiban berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah

Aku tinggalkan dua perkara bagi kalian, jika kalian berpegang teguh dengan apa yang aku tinggalkan itu, maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya (yakni) Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya (Al-Hadis)..

Merupakan satu fakta yang tidak dapat dimungkiri lagi bahawa pemerintah sekarang ini sudah tidak lagi berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah. Malah mereka telah mencampakkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya dari urusan pemerintahan. Hukum-hukum yang terdapat di dalam Al-Quran langsung tidak dipandang, malah jika ada gerakan Islam yang ingin menegakkannya, ini pun dihalang habis-habisan oleh pemerintah yang zalim ini. Qisas, hudud, ta’zir, mukhalafat, muamalat, dakwah dan jihad sudah tidak ada dalam kamus hidup pemerintah ini, malah jika ada golongan yang ingin menegakkannya, maka mereka akan dianggap ekstrem, radikal dan pengganas. Pemerintah ini benar-benar menjadi musuh Islam, walaupun mereka mendakwa diri mereka Muslim.

7) Kewajiban taat kepada pemimpin, siapa pun dia selama masih berpegang teguh kepada Al-Qur’an

Wahai seluruh manusia! Dengarlah dan taatlah kalian kepada pemimpin kalian, walaupun kalian dipimpin oleh seorang hamba dari negeri Habsyah yang berhidung kemek, selama mana dia tetap menjalankan ajaran Kitabullah ke atas kalian semua..

Rasulullah SAW telah menyatakan dengan tegas bahawa kita wajib taat kepada pemimpin, tidak kira dari bangsa apa dan bagaimana rupa paras serta warna kulitnya sekalipun. Ini bermakna, Islam langsung tidak mengenal konsep negara-bangsa yang mana pemerintah sebuah negara mestilah berasal dari negara tersebut. Dan Rasulullah telah meletakkan ‘syarat ketaatan’ kepada pemimpin adalah apabila dan selagi mana pemimpin tersebut menjalankan hukum-hukum Al-Quran. Justeru, tidak ada ketaatan kepada pemimpin yang memerintah dengan hukum selain Al-Quran, tidak kiralah sama ada dia dari bangsa Arab, Melayu, Afrika, Cina atau apa sekalipun.

(8) Kewajiban berbuat baik kepada hamba sahaya

Bersikap baiklah terhadap hamba sahaya. Berikanlah makan kepada mereka dengan apa yang kalian makan dan berikanlah pakaian kepada mereka dengan pakaian yang kalian pakai. Jika mereka melakukan sesuatu kesalahan yang tidak dapat kalian maafkan, maka juallah hamba sahaya tersebut dan janganlah kalian menyeksa mereka..

(9) Umat Islam adalah bersaudara satu dengan yang lain

Wahai seluruh manusia! Dengarkanlah perkataanku ini dan perhatikanlah. Ketahuilah oleh kalian bahawa setiap Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain dan semua kaum Muslimin itu adalah bersaudara. Seseorang tidak dibenarkan mengambil sesuatu milik saudaranya kecuali dengan senang hati yang telah diberikannya dengan senang hati. Oleh sebab itu janganlah kalian menganiaya diri kalian sendiri..

(10) Kewajiban menyampaikan khutbah Rasulullah SAW kepada yang lain

Ya Allah! Sudahkah aku menyampaikan pesan ini kepada mereka? Kalian semua akan menemui Allah, maka setelah pemergian aku nanti janganlah kalian menjadi sesat seperti sebahagian kalian memukul tengkuk sebahagian yang lain. Hendaklah mereka yang hadir dan mendengar khutbah ini menyampaikan kepada mereka yang tidak hadir. Mungkin nanti orang yang mendengar berita tentang khutbah ini lebih memahami daripada mereka yang mendengar langsung pada hari ini. Kalau kalian semua nanti akan ditanya tentang aku, maka apakah yang akan kalian katakan? Semua yang hadir menjawab, ‘Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan tentang keRasulanmu, engkau telah menunaikan amanah dan telah memberikan nasihat’. Sambil  menunjuk ke langit, Rasulullah SAW kemudian bersabda, ‘Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini. Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini. Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini. Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini” [HR Bukhari dan Muslim].

Wahai kaum Muslimin! Para jemaah haji yang berkumpul di padang Arafah kini tidak lagi dapat mendengar ucapan pemimpin agung umat manusia ini. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah pergi meninggalkan kita, namun ingatlah bahawa Sunnah baginda masih tetap ada dan kekal hingga ke hari ini. Kita memang tidak boleh memilih untuk hidup bersama insan agung ini kerana Allah jualah yang Maha Kuasa menentukannya, namun kita boleh memilih sama ada untuk terus hidup bersama Sunnah baginda atau pun meninggalkannya. Hari ini, para pemimpin umat Islam telah memilih untuk meninggalkan Sunnah baginda SAW, dan mereka sesungguhnya telah memilih jalan menuju azab Allah. Mereka telah menguburkan Sunnah Rasulullah dan hati mereka telah menjadi keras dengan Islam. Maka apakah kita mahu mengikut jejak langkah para pemimpin ini, atau kita mahu memilih jalan untuk menukar para pemimpin ini dengan seorang pemimpin yang akan menerapkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, yakni seorang Khalifah yang akan memerintah ala minhaj nubuwwah (mengikut jalan kenabian)?




Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...