Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label Info Agama. Show all posts
Showing posts with label Info Agama. Show all posts

Tuesday, 21 February 2017

Hukum Membakar Kemenyan

Soalan:
Apa pandangan tuan penggunaan kemenyan dalam majlis doa selamat atau tahlil?
Jawapan:
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘kemenyan’ itu bererti: “Dupa atau getah drpd sj tumbuhan (Styrax benzoin) yg harum baunya apabila di­bakar, luban jawi; jenis-jenisnya.” Manakala menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, ‘البُخُورُ’ bermaksud bau yang dikeluarkan daripada kayu gaharu dan ayat ‘تَبَخَّرَ بِالبُخُورِ ‘ bermaksud mengasapi. Perkataan ‘اجتَمَرَ’ pula bermaksud mewangikan diri dengan kemenyan.
Hukumnya adalah harus, boleh jadi digalakkan bagi tujuan berwangian. Daripada Nafi’ RA, dia berkata:
كَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا اسْتَجْمَرَ اسْتَجْمَرَ بِالْأَلُوَّةِ، غَيْرَ مُطَرَّاةٍ وَبِكَافُورٍ، يَطْرَحُهُ مَعَ الْأَلُوَّةِ ثُمَّ قَالَ هَكَذَا كَانَ يَسْتَجْمِرُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: Ibnu Umar apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan, tanpa mencampurkan dengan bahan lain, atau berwangi dengan kafur, atau mencampurkan kafur dan kemenyan. Dia berkata: “Beginilah Rasulullah SAW berwangi.”
Hadis riwayat Muslim (2254)
Kesimpulannya boleh digunakan kemenyan sebagai pewangi dalam majlis doa selamat atau majlis tahlil tanpa diikat dengan apa-apa kepercayaan dan khurafat yang bertentangan dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah.
Wallahua’lam.
Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Sunday, 19 February 2017

10 Orang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : 
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : 
"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." 

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Wednesday, 15 February 2017

Panduan Solat Ketika Terperangkap Dalam Kesesakan Lalulintas Khususnya Solat Maghrib.



Ada 2 pilihan:
Pertama: 
Dengan melakukan secara jamak takhir iaitu dengan berniat solat magrib di jamakkan dengan isyak dikerjakan pada waktu isyak. Tak boleh diqasarkan kerana kita bukan bermusafir. Diharuskan jamak disebabkan keadaan dharurat (terpaksa). Bukan melakukan solat maghrib secara qada’. Cara ini dinasihatkan tidak dijadikan amalan berterusan. Berusaha sedaya untuk mengerjakan secara biasa terlebih dahulu. Cara solat secara jamak adalah berdasarkan perbuatan Rasulullah saw yang pernah jamak solat tanpa ada alasan musafir atau hujan.
Dalam hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:

صَلَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ: فَسَأَلْتُ سَعِيدًا، لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ؟ فَقَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ كَمَا سَأَلْتَنِي، فَقَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أَحَدًا مِنْ أُمَّتِه

“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.Dalam riwayat Muslim yang lain, lafaznya:

جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ

“RasululLah s.a.w solat Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak secara jamak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana hujan”.
Hadis ini menunjuk solat jamak telah Nabi s.a.w tunaikan bukan hanya disebabkan hujan ataupun ketakutan, juga disebabkan hal-hal yang lain.

Kedua : 
Solat maghrib dalam kenderaan yang sedang bergerak. Seandainya ada ruang untuk berhenti kenderaan bersolat di tempat yang selesa seperti surau itu adalah yang terbaik. Di negara Arab menjadi kebiasaan bagi mereka bersolat di tempat lapang yang selamat.

Cara-Caranya: SOLAT DALAM KENDERAAN
Seseorang yang sedang bermusafir atau terperangkap di jalan raya dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti. Tetapi dengan syarat sudah ada wuduk.
Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan (ketika musafir) setelah cukup syarat-syaratnya.

PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN
1. Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan
2. Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.
3. Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram
4. Bacaan surah dalam solat adalah sama seperti solat biasa
5. Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.
6. Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.
7. Duduk di antara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal seperti biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.
8. Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukar arah.


Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Monday, 18 April 2016

Bagaimana Syaitan Memasuki Hati Manusia





1) Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia.

2) Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.


3) Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.


4) Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.


5) Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.


6) Ujub dan sombong.


7) Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam.


8) Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar.


9) Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.


10) Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.


11) Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.


12) Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.
¨ Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.


13) Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.



Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

10 Jenis Orang Zalim Yang Kejam





Sufyan Atsauri berkata ," 10 Perkara dari Kekejaman Adalah".

1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri ,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seseorang yang pandai membaca Al-Quran,tetapi setiap hari tidak membaca seratus ayat Al-Quran(secara bertertib)

3. Seseorang yang masuk masjid lalu keluar tanpa sembahyang dua rakaat di dalamnya.

4. Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seseorang yang sampai di di sesuatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak turut serta sembahyang berjemaah.

6. Seseorang yang daerahnya didatangi oelh seorang alim , tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seseorang yang diundang ke jamuan atau majlis tetapi tiba-tiba tidak menghadirinya.

9. Pemuda yang tidak mempunyai apa-apa kerja tetapi tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi daripada makanannya itu.

Wassalam.

'Cintailah Yang Memberi Nikmat Dan Jangan Engkau Cintai Nikmat Yang Diberikan.'

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Monday, 7 January 2013

9 Sifat-Sifat Keimanan


Sifat-sifat  keimanan yang perlu kita jaga dan semak setiap masa adalah seperti berikut : 

1) Al-Ta'ibun - Orang-orang yang sentiasa bertaubat
        
 2) Al-'Abidun - Orang-orang yg beribadat
        
 3) Al-Hamidun - Orang-orang yang bertahmid memuji kebesaran Ilahi
        
 4) Al-Sa'ihun - Pengembara-pengembara di jalan Allah
        
 5) Al-Raki'un - Orang-orang yang banyak ruku'
       
 6) Al-Sajidun - Orang-orang yang sujud kepada Allah
       
 7) Al-'Amiruna bil-Ma'ruf - Orang-orang yang menyuruh kepada Ma'ruf
       
 8) Wa-yanhauna 'anil-Munkar - Orang-orang yang menghalang perkara-perkara Mungkar
       
 9) Wal-Hafizuna Li Hududillah - Orang-orang yang memelihara hukum-hukum Allah

 Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Friday, 24 August 2012

7 Nama Mekah Yang Disebut Oleh Allah Dalam Al-Quran


Mekah al-Mukarammah merupakan kota tertua dunia dan tempat permulaan Islam. Allah SWT menyebut dalam Al Quran tentang Mekah. Terdapat tujuh nama lain Mekah dalam Al Quran.

1. Makkah, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan Dia­lah yang mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah. Setelah Allah memenangkan kamu atas mereka.” (Al-Fath : 24).

2. Bakkah, Allah SWT berfirman, “Sesung­guhnya rumah ibadah pertama yang dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah di Bakkah, yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam.” (Ali Imran : 96).

3. Umm Al-Qura, firman Allah SWT, “Dan ini (Al Quran) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. Orang-orang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (Al Quran) dan mereka selalu memelihara sembahyangnya.” (Al-An‘am : 92).

4. Al-Balad, seperti firman Allah SWT, “Aku bersumpah dengan negeri ini (al-balad. Makkah) dan engkau (Muhammad) bertempat di negeri ini (al-balad. Makkah).” (Al-Balad : 1-2).

5. Al-Baldah, sebagaimana tersurat dalam firman Allah SWT, “Aku (Mu­hammad) hanya diperintahkan menyembah Tuhan negeri ini (al-baldah, Makkah) yang telah Dia sucikan.” (Al-Naml : 91).

6. Al-Balad Al-Amin, Allah SWT berfirman, “Demi buah Tin dan buah Zaitun, demi gunung Sinai, dan demi negeri yang aman ini (al-Balad al-Amin, Makkah).” (Al-Tin : 1-3).

7. Al-Balad Al Aminin, sebagaimana tersurat dalam firman Allah Swt, “Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri (Makkah) ini negeri yang aman (al-Balad al-Aminin).” (Al-Baqarah : 126).

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...