Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, 26 July 2012

Apa Itu Keganasan Rumah Tangga?


Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga?
1)  Secara sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal.
2)  Mencederakan mangsa secara fizikal.
3)  Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak untuk tidak melakukannya.
4)  Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.
5)  Khianat atau merosakkan harta dengan niat akan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa.

Siapakah mangsa keganasan rumah tangga?
1)  Isteri / bekas isteri
2)  Suami / bekas suami
3)  Anak-anak
4)  Ibu bapa
5)  Ahli keluarga yang tinggal serumah

Apakah yang dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga?
1)  Penderaan fizikal
2)  Penderaan mental
3)  Penderaan emosi
4)  Penderaan seksual
5)  Penderaan spiritual

Bagaimanakah keganasan rumah tangga boleh berlaku?
Keganasan rumah tangga berlaku melalui beberapa tahap dan peringkat iaitu :
1)   Tahap 1 : Peningkatan tekanan - Bermula dengan perselisihan yang kecil dan isteri akan cuba menenangkan Si suami dengan pelbagai tindakan. Si Isteri lebih banyak mengalah menyebabkan Si suami akan menjadi dominan.
2)   Tahap 2: Permulaan insiden keganasan - Di peringkat ini, keganasan berlaku secara mendadak disebabkan Si suami tidak dapat mengawal kemarahannnya. Si isteri pula, tidak akan melawan, sebaliknya memendam rasa dan menangis. Keadaaan ini akan menyebabkan Si isteri mengalami tekanan psikologi yang keterlaluan.
3)  Tahap 3: Penyesalan - Pihak mangsa akan merasa sedih dan takut akan ditinggalkan pasangan. Suami berjanji akan berubah sikap, memohon maaf dan menunjukkan kasih sayang dan kemesraan yang luar biasa. Keadaan ini akan memberikan keyakinan kepada Si isteri bahawa Si suami akan berubah.
Adakah perselisihan faham boleh membawa kepada berlakunya keganasan rumah tangga?

Terpulang kepada pasangan suami isteri mengendalikan emosi mereka. Jika pasangan itu dapat berkomunikasi secara positif dan menyelesaikan perselisahan itu dengan baik, dan pasangan akan mengakui dan menginsafi kesalahan yang di buat, ia tidak akan membawa kepada keganasan rumah tangga. Walaubagaimanapun jika pasangan itu tidak dapat mengawal emosi mereka, kemungkinan pertengkaran dan pergaduhan akan berlaku. Kesan yang lebih teruk akan berlakunya keganasan fizikal, mental dan emosi atau seksual.


Mengapa keganasan rumah tangga boleh berlaku?
Keganasan rumah tangga berlaku kerana beberapa sebab:
1)   Tiada keharmonian dan persefahaman dalam rumah tangga.
2)   Personaliti suami atau isteri.
3)   Latar belakang keluarga.
4)   Kesan penagihan dadah, alkohol atau judi.
5)   Masalah ekonomi.
6)   Faktor terlalu cemburu terhadap pasangan.
7)   Masalah mental
8)   Latar belakang masyarakat dan budaya.
9)   Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
10) Wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga.
12) Kurangnya didikan agama.

Bagaimanakah untuk mengelakkan daripada berlakunya keganasan rumah tangga?
1)  Menjalani kehidupan yang harmoni dan memupuk kasih sayang dalam keluarga.
2)  Pasangan perlu menerima kekuatan dan kekurangan pasangan mereka dan sama memperbaikinya.
3)  Pasangan perlu sentiasa berbincang tentang masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaian secara harmoni.
5)  Pasangan perlu tahu dan menunaikan tanggungjawab mereka.
6)  Pasangan mengetahui hak-hak mereka dari sudut agama dan perundangan.
7)  Berpegang teguh pada agama.

Mengapa keganasan rumah tangga mesti dibendung?
Keganasan rumah tangga mesti dibendung kerana ia meninggalkan kesan negatif dalam institusi kekeluargaan.
1)  Si mangsa akan mengalami tekanan fizikal, mental dan spiritual. Sentiasa berada dalam satu situasi yang tidak selamat. Jika ia dibiarkan ia akan menjadi trauma untuk kesan jangka panjang.
2)  Akan menimbulkan kesan negatif kepada pertumbuhan atau perkembangan anak-anak. Kemungkinan si anak akan mengulangi apa yang dipelajari dari ibu bapanya apabila mereka besar kelak. Mereka pula berpotensi untuk menjadi pendera.
3)   Jika ia berterusan jalan akhirnya akan berlakunya penceraian. Penceraian tidak menguntungkan semua pihak. Pihak yang paling rugi sekali ialah anak-anak. Anak-anak akan mengalami tekanan emosi dan mental akibat penceraian ibu bapa mereka.
4)   Anak-anak mangsa penceraian ini akan mengalami konflik identiti dan jika mereka tersalah haluan akan terlibat dengan kes-kes juvana seperti gangsterism, vandalism, penagihan dadah dan lain-lain masalah sosial.
5)   Si ibu pula akan menjadi ibu tunggal. Terpaksa memainkan peranan sebagai ketua rumah.

Siapakah yang paling mudah terjebak kepada keganasan rumah tangga?
1)   Pasangan yang berkahwin dalam usia yang muda.
2)   Pasangan yang berpersonaliti negatif ( panas baran, kuat berleter dll)
3)   Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
4)   Penagih, pemabuk dan kaki judi.
5)   Pasangan yang mengalami sakit mental.
6)   Pasangan yang kuat cemburu.
7)   Pasangan yang diganggu oleh orang ketiga.
8)   Pasangan yang menghadapi masalah ekonomi.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda adalah mangsa keganasan rumah tangga?
Jika keganasan rumah tangga di tahap tidak serius:
1)  Mengenalpasti punca berlakunya keganasan rumah tangga.
2)  Cuba berbincang dengan pasangan anda agar tidak berlaku lagi.
3)  Dapatkan bantuan orang ke tiga di kalangan kedua-dua keluarga anda.
4)  Hubungi JPW ( unit Kaunseling ) atau PPWN untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Jika keganasan di tahap serius:
1)  Pastikan anda mendapat rawatan doktor jika berlaku kecederaan. Pergi ke OSCC ( Pusat Khidmat Bersepadu )
2)  Laporkan kepada pihak polis.
3)  Laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan Perintah perlindungan Interim ( IPO ) atau Perintah Perlindungan (PO).
4)  Jika anda telah membuat keputusan untuk bercerai, failkan penceraian anda di mahkamah.

Bolehkah perkara ini ditangani sendiri tanpa bantuan pihak ketiga?
Boleh. Jika pasangan bersedia berbincang secara baik untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Pada masa yang sama, pasangan dapat menerima kekuatan dan kelemahan pasangan dan memberi sokongan antara satu sama lain. Pasangan suami isteri perlu sedar bahawa perkahwinan bukan sahaja bersatunya dua hati tetapi penyatuan cara hidup, budaya dll. Kembali kepada agama dan memainkan peranan serta tanggungjawab sebagai suami isteri merupakan satu pendekatan yang terbaik.

Siapakah yang boleh membantu apabila anda mengalami keganasan Rumah Tangga?
1)  Diri sendiri
2)  Ahli Keluarga
3)  Jiran tetangga
4)  Ahli sukarelawan dan NGO
5)  Pihak Polis
6)  Hospital
7)  Jabatan Kebajikan Masyarakat
8)  Jabatan Agama Islam atau Badan Pendamai.
9)  Untuk mendapatkan khidmat nasihat hubungi Unit Kaunseling JPW atau PPWN ( Rumah Nur )

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bantuan?
1)  Ingin mendapatkan khidmat nasihat : Menelefon atau membuat temujanji dengan kaunselor-kaunselor dan Pegawai Pembangunan Masyarakat ( JPW, PPWN,JKM,JAIS dan sukarelawan-sukarelawan NGO )
2)  Ingin membuat aduan: Lapor segera kepada pihak polis yang berdekatan. Jika terdapat kecederaan, pergi ke Pusat Khidmat Sepadu( OSCC ) Ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan IPO dan tempat perlindungan jika perlu.
Mengapakah wanita atau mangsa keganasan rumah tangga sering berdiam diri (membisu ) atau lambat bertindak apabila didera?
3)  Wanita tidak mempunyai kesedaran tentang hak mereka sebagai isteri dalam aspek agama dan undang-undang.
4)  Perasaan takut kerana akan hilang tempat bergantung.
5)  Perasaan malu untuk membuat aduan tentang kepincangan keluarga sendiri.
6)  Memikirkan tentang anak-anak.
7)  Termakan pujuk rayu dan janji manis si suami

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Saturday, 21 July 2012

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2012 Mengikut Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

Definisi ringkas,zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan

Sumber kadar yang disertakan ini adalah menerusi daripada pusat zakat dan juga laman sesawang rasmi majlis agama islam mengikut negeri

Panduan membayar Zakat
Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
Pastikan anda mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri. Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya

NEGERI
TAHUN 2011 (RM)
TAHUN 2012 (RM)
Perlis
6.00
6.00
Kedah
7.00
7.00
Pulau Pinang
7.00
7.00
Perak
7.00
7.00
Selangor
7.00
7.00
Negeri Sembilan
6.50
6.50
Melaka
6.50
6.50
Johor
5.00/7.50
5.00/8.00*
Pahang
7.00
7.00
Terengganu
5.00/7.00/8.00*
4.50/7.00/7.60*
Kelantan
7.00
7.00
Sarawak
6.20
6.50
Sabah
7.00
7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan
7.00
7.00

 *Bagi negeri Johor dan Terengganu berdasarkan harga,gred dan jenis beras yang dimakan

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Thursday, 5 July 2012

20 Cara Menjimatkan Minyak Petrol


Di sini saya akan memberikan 20 cara praktikal secara ringkas dan padat untuk menjimatkan minyak petrol anda dengan mudah. Kita boleh jimat petrol lebih banyak jika mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pelbagai bahagian teknikal kereta yang sememangnya berkaitrapat antara satu sama lain.

Panduan ini merupakan asas sahaja untuk orang biasa, sekurang-kurangnya ia membolehkan kita lakukan sesuatu supaya mendapat lebih petrol dengan setiap sen yang kita belanjakan. Sila share sekiranya anda rasa cara ini sangat bergunan untuk kawan-kawan. Selamat mencuba – Rahman Bashri

CARA 1
Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja. Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara. Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

CARA 2
Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan) supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.

CARA 3
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lagi banyak baki minyak dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

CARA 4
Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan
berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

CARA 5
Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima
peratus kerana geseran lebihan.

CARA 6
Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.

CARA 7
Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus). Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar.

CARA 8
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak..

CARA 9
Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

CARA 10
Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti,
perlahankan kenderaan secara beransur-ansur.
Elakkan brek mengejut.

CARA 11
Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dgn memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dgn pelbagai kerja.. misalnya balik kerja dari opis boleh singgah beli barang rumah kat memana berdekatan. So ujung minggu dah x perlu lagi nak kuar kereta lagi.. minyak pun save...

CARA 12
Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta.

CARA 13
Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk.. atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai
destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.

CARA 14
Tok sah merempit cilok sana sini.. Kalo boleh perlu bijak tekan pedal accelerator dengan berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawa bersederhana tak yah laju-laju.. yang penting rileks dan steady saja.. Kalo nak racing gi masuk Sepang Circuit...

CARA 15
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kete anda
akan bertambah geseran dan perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih byk untuk bergerak.

CARA 16
Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak hour.. kalo KL biasanya pegi awal keje sebelum jalan utama sibuk. Sbb bila jem, makin kuat minyak habis terutamanya auto. Kalo bole guna kete manual.. bagi mereka yang nak jimatlah.. kalo auto ni mmg makan minyak daripada manual.

CARA 17
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis ... Tukar minyak pelincir mengikut jadual - selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Bab ini kene tanya mekanik yang lebih arif mengenai kereta anda.

CARA 18
Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk warming up kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.

CARA 19
Guna NGV berbanding petrol. Sekarang ni NGV sudah semakin popular sejak kenaikan harga petrol. Sehingga kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran. Apa yang bagusnya adalah anda boleh ‘switch’ memana jenis minyak anda mahukan, sama ada NGV semasa di jalan bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh. Cumanya perlukan ruang di belakang kereta anda untuk letakkan tangki NGV dan ini akan makan space sedikit. Selain itu NGV lebih mesra alam dan kurang pencemaran berbanding petrol biasa. Harganya jauh lebih murah iaitu dalam lingkungan RM0.635 seliter.

Cara 20
PRU13 ni pilih Pakatan Rakyat sebab kemungkinan minyak akan turun semurahnya..insya-Allah. Dalam banyak cara yang ke 20 adalah sangat berkesan..

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Wednesday, 6 June 2012

Saintis Dunia Mengakui Cara Tidur Rasulullah S.A.W Adalah Baik Untuk Kesihatan


Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.


Berwuduklah sebelum tidur
Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.

Islam juga melarang tidur secara meniarap











“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)



Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.

Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.

Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Tuesday, 8 May 2012

3 Cara Mudah Mengecapi Kebahagiaan

Ramai orang fikir, bila ada duit, dia akan bahagia. Ramai orang fikir, bila takde duit, pasti merana. Sebenarnya, tidak sebegitu. Ada yang tiada duit dia bahagia. Ada yang ada duit, tapi dia merana.
Kerana apa? Bahagia bukan terletak kepada kekayaan ! Namun, jangan pelik, kalau jumpa orang kaya, dia kata dia bahagia !Boleh kaya dan bahagia !Boleh tidak kaya dan bahagia !

Nak tahu bagaimana?

1) Untuk bahagia, kita harus bahagiakan orang lain.

Kalau suami isteri, bahagiakan pasangan masing-masing. Kalau ibu bapa, bahagiakan anak-anak. Kalau anak-anak, bahagiakan ibu bapa. Kalau bos, bahagiakan pekerja. Kalau pekerja, bahagikan bos. Bahagiakan rakan sekerja lain, jiran-jiran, adik beradik .......dan semua orang !

2) Apa yang kita beri, lupakan.

Biasanya, lepas kita beri apa-apa, kita pasti nak sesuatu. Kalau kita buat kerja lebih, kita nak gaji lebih. Kalau kita senyum dekat orang, kita nak orang senyum dekat kita.Kalau kita bantu orang, kita nak upah, nak orang ucap terima kasihdan sebagainya.Saya sendiri begitu juga, dulu dan sekarang ni pun ada kadang-kadang.Manusia! Namun, saya ingat satu pesanan. Bila kita MEMBERI, biarlah Allah yang membalasnya! Apa syurga Allah tu, tak best? Memang mula-mula sukar nak dilaksanakan. Syaitan akan bisik "jangan kasi dia pijak kepala kau", "asyik-asyik kau je" dan banyak lagi.Tapi, bila kita bersungguh-sungguh, insya Allah, boleh punya !


3) Hidup Untuk Memberi Sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.

Berilah sebanyaknya kepada orang lain, samada dalam bentuk wang ringgit, nasihat, ilmu pengetahuan. Bukan kita mengharapkan simpati dan ehsan orang lain ! Bekerja dan berniaga sampai jadi jutawan! Supaya kita dapat beri sebanyak-banyaknya dalam sudut wang ringgit. Belajar sampai jadi ustaz dan doktor! Supaya kita dapat kongsi ilmu sebanyak-banyaknya. Membaca sebanyak-banyaknya, sampai jadi pendeta, macam Pendeta Za'ba! Supaya kita dapat kongsi bacaan kita dengan orang lain.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Tuesday, 1 May 2012

Lagu Yang Tak Sedap Didengar Boleh Menyiksa Tahanan Penjara


Lagu-lagu yang bising dan tidak sesuai dengan rentak dalam keadaan tertentu boleh membawa kepada tekanan dan siksaan, sama dengan siksaan didera dan dipukul. Di bawah ini senarai lagu-lagu yang nampak biasa tapi cukup menyeksakan jika didengar berulang kali.

1. Bruce Springsteen’s “Born in the USA”

Seorang warga spanyol dituduh ada kaitan dengan jaringan alQaeda menyatakan bahawa lagu ini di mainkan semasa beliau di dalam tahanan selama 2 tahun di penjara Teluk Guantanamo Kuba.


2. Christina Aguilera’s “Dirty”

Mohammed Qahtani, yang dituduh sebagai salah seorang pemandu pesawat di dalam seranagn 11 september, mengaku disiksa dengan 2 cara,pertama di titiskan air ke atas kepalanya dan diperdengarkan lagu ini yang penuh dengan nyanyian menaikkan seksual.


3. Nancy Sinatra’s “These Boots Were Made for Walking”

Semasa penyerbuan terhadap David Koresh, pemimpin Branch Davidian oleh polis Amerika Syarikat, lagu mars dan Nancy Sinatra dimainkan dengan kuat. Tujuaannya adalah supaya suspek dapat keluar dari tempat menyorok dan mengalah. Jelek juga lagu ini.


4. AC/DC’s “Shoot to Thrill” and “Hells Bells”

Lagu Heavy Metal memang menjadi kesukaan para tentera untuk menyeksa tahanan. Jika berlarutan, tahanan akan rasa tertekan dan akan menghadapi strees yang tidak terkawal. Oleh sebab ini, ramai tahanan yang mengaku, menceritakan semua rahsia supaya dibebaskan.


6. Barney the Dinosaur’s “I Love You”

Satu lagi lagu yang dimainkan di tahanan Guantanamo. Lagu ini mengisahkan akan kegembiraan berkumpul bersama keluarga. Ini akan mendatangkan efek kepada tahanan, bahawa jika mereka mengaku bersalah atau berkata benar, mereka akan dibebaskan dan boleh kembali semula kepada keluarga masing-masing. Kalau di malaysia, lebih sesuai dengan lagu oleh Sudirman, balik kampung

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Thursday, 26 April 2012

Rahsia Mata Wanita


Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati..... Mata juga mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yang kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata....

1. Saiz mata kecil - Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

2. Saiz mata sedang - Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

3. Saiz mata lebar - Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

4. Mata selalu berkedip - Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

5. Mata jarang berkedip - Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

6. Mata cengkung - Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

7. Mata redup - Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

8. Matanya seolah tersembul keluar - Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Wednesday, 25 April 2012

Rahsia Warna Kegemaran Wanita


Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.


MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Tuesday, 17 April 2012

Barat Menipu Sejarah Kegemilangan Islam


Perkembangan Islam di China disorok, penipuan Joseph Needham diiktiraf

"SEPARUH daripada penulisan sejarah adalah dengan menyembunyikan kebenaran." Pandangan Pemenang Anugerah Nebula 2005 (Skrip Terbaik - Serenity), Joss Whedon pasti tercerna daripada kekaburan yang dibawa pensejarahan Barat mengenai penyimpangan dalam teks, karya atau fakta sejarah.
Apatah lagi penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan fakta wujud secara berleluasa dalam dokumen, teks serta karya sejarah yang ditulis orientalis mahupun pengarang Barat.

Tujuan orientalis dan pengarang Barat hanyalah satu, iaitu menghilang dan menggelapkan pengaruh Islam khususnya terhadap kebangkitan dan kekuasaan imperialisme mereka, sekali gus mengabsahkan hegemoni mereka.

Lebih menyedihkan pandangan yang kononnya bersifat sejarawi itu, diekori oleh sejarawan dan pengarang dari Asia atau dunia Islam sehingga menerimanya sebagai fakta sejarah yang satu-satunya sah lagi benar.

Hasilnya, sejarah Islam dan tamadun lain di Timur bukan saja ditulis dan dibukukan oleh orientalis serta pengarang Barat, bahkan dibentuk dan dimuatkan berdasarkan kerangka pandangan alam mereka.

Tidak hairanlah banyak sumbangan Islam dan Timur terhadap kebudayaan dan peradaban Barat menjadi wap yang hilang di langit sejarah dunia sehingga yang tinggal adalah sejarah yang dibentuk berdasarkan bekas yang ditinggalkan oleh orientalis dan pengarang mereka.
Gejala minda tertawan ini dikemukakan Pensyarah Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail ketika mengupas Diskusi Intelek: Cheng Ho, Cina, Alam Melayu dan Perkaitannya di Panggung Percubaan UPM, Serdang, baru-baru ini.

Dr Mat Rofa berkata, tiga dinasti di China mempunyai hubungan erat dengan Islam, iaitu Dinasti Song, Yuan dan Ming, tetapi sejarah dinasti itu kurang dicatat dalam teks sejarah China.

“Malah, ramai yang tidak tahu pengaruh Islam dalam pemerintahan dinasti di China sudah sampai kepada tahap menjadi agama yang dianuti maharajanya, apabila Zhu Yuanzhang menjadi Maharaja Islam yang pertama.

“Bagaimanapun, apabila Dinasti Ming kalah di tangan Dinasti Manchu, kerajaan mengharamkan rakyat daripada belajar sejarah dinasti Islam itu,” katanya pada diskusi anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM itu.

Tidak hairanlah, Dr Mat Rofa berkata, sumbangan besar dunia Islam tidak diketahui oleh umum seperti penciptaan peluru yang dikatakan sebagai sumbangan tamadun China sebenarnya dicipta oleh saintis Islam yang dibawa dari dunia Islam.

“Malah pelayaran Laksamana Cheng Ho atau Zheng He sendiri banyak diselewengkan sehingga ada sejarawan yang menohmah pelayarannya adalah bertujuan untuk membunuh musuh politik maharaja di Asia, meskipun beliau mahu menunaikan haji di Makkah.

“Ia jauh sekali berlawanan dengan fakta Zheng He membawa armada kapal yang sangat besar dalam pelayarannya tetapi tidak membawa balik harta rampasan,” katanya.

Ini kerana, Dr Mat Rofa berkata, China datang ke alam Melayu untuk melindungi kerajaan kecil di Gugusan Kepulauan Melayu seperti amaran Zheng He kepada Raja Siam yang mengganggu Kesultanan Melayu Melaka dengan mengingatkan kesultanan itu umpama adik kandung kepada China.

“Bagaimanapun, sejarah sumbangan dan pengaruh Islam di China digelapkan sehingga Islam tidak dianggap memainkan peranan penting dalam peradaban yang sangat besar itu.

“Penulis Barat, Joseph Needham, yang diupah oleh orientalis bukan saja mengubah sejarah China, bahkan banyak menyelewengkan fakta,” katanya.

Needham yang turut dikenali sebagai Li Yuese menghasilkan Science and Civilisation in China yang asalnya mengandungi tujuh jilid pada 1948, berkembang kepada 24 jilid dengan 15 daripadanya ditulisnya sendiri, selain turut menghasilkan Science in Traditional China.

Kerangka yang ditinggalkan Needham itu masih meninggalkan pengaruh yang kuat kepada pensejarahan China, apatah lagi apabila namanya diabadikan sebagai Institut Kajian Needham (NRI), Cambridge, England, yang mengepalai penyelidikan dalam sejarah sains, teknologi dan perubatan di Asia Timur.

Lebih teruk, Dr Mat Rofa berkata, sejarawan China sendiri banyak bergantung kepada Needham dalam penulisan sejarah bangsa dan tamadun mereka.

“Sebenarnya, Zheng He meninggalkan diari hariannya yang dianggap paling asli, sekali gus catatan yang ditulis oleh penulisnya, Ma Huan itu banyak bercanggah dengan tulisan Needham.

“Sepatutnya sebarang penulisan mengenai sejarah di China khususnya Islam perlu berpandukan kepada catatan harian itu berbanding karya yang lebih mutakhir,” katanya.

Beliau mengingatkan banyak pembohongan dalam sejarah diterima sebagai fakta yang sah dan benar seperti Dr David Livingstone yang menjadi orang pertama menemui Sungai Nil atau Singapura yang dibuka oleh Stamford Raffles.

“Lebih melucukan apabila fakta penemuan Dr Livingstone pernah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah di Mesir kerana kalau mahu menipu pun, janganlah sampai keterlaluan.

“Fakta penemuan Dr Livingstone itu umpamanya kita mempercayai bayi menyambut kelahiran bidannya kerana Sungai Nil sudah lama wujud dan Afrika sendiri sudah lama mempunyai penghuni,” katanya. (seperti Pulau Pinang dan Singapura dibuka oleh Light dan Raffles seolah-olah ia tidak pernah ada sebelum ini)

Penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan sejarah oleh orientalis dan pengarang Barat itu sudah lama dibiarkan bermaharajalela dalam membentuk kerangka kronologi dan pensejarahan dunia Timur khususnya Islam dan alam Melayu.

Sudah sampai masanya sejarawan dan pengarang kita membongkar teks dan sumber sejarah sendiri yang tersisih kesan daripada metodologi pensejarahan dan klasifikasi teks yang dirangka oleh Barat untuk menafikan hakikat sebenar sumbangan dan pengaruh Islam ke atas peradaban dunia.

Sebarang kitab, teks, hikayat, dokumen, catatan dan salasilah yang ditulis ulama dan pendakwah, sejarawan dan pengarang dunia Timur serta Islam perlu dikumpul, disusun dan dicantumkan dalam kerangka ilmu yang sebenar dengan menggunakan kekuatan intelektual untuk mentafsir dan menulis sejarah yang tepat.

Adakah anda merasakan artikel ini berguna? Sekiranya bagus, sila kongsi dengan kawan anda dan jangan lupa untuk subscribe to my RSS feed! dan  Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email

Thursday, 12 April 2012

Nilai Matawang Semakin Susut, Nilai Emas Semakin Meningkat


FAKTA : Nilai Matawang Semakin Susut!

Betul atau tidak ni? Jika anda sekarang berusia 30 tahun, cuba anda ingatkan semula berapakah harga sekeping karipap 22 tahun dulu dengan harga sekeping sekarang?
Cuba anda ingatkan semula, berapakah harga 5 keping goreng pisang 22 tahun dulu dengan harga 5 keping goreng pisang sekarang?Jika ada yang mengatakan harganya sama, adakah saiznya juga sama? Semakin membesar atau semakin mengecil?Anda faham sekarang, kenapa dikatakan nilai matawang semakin susut?Bagaimana untuk memberikan anda faham lagi, anda lihat gaji yang anda terima sekarang, berapa banyak nilai wang yang perlu anda bayar untuk belanja bagi membeli keperluan dapur sekarang.

Mengapa Nilai Matawang Semakin Susut?

Jawapannya cukup mudah..Kuasa matawang dunia iaitu US Dollar semakin lemah pengukuhannya. Anda tak perlu ‘study’ untuk fikirkan bagaimana hal ini boleh terjadi. Ini kerana, ianya adalah ilmu ekonomi yang kompleks untuk dihuraikan.Sudah memadai anda tahu, nilai matawang jatuh apabila kuasa besar ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak kukuh di pasaran.Tambahan pula, nilai matawang semakin sukar dikawal apabila terdapat sesebuah kerajaan mencetak wang tanpa memikirkan kesan buruk seperti inflasi dan hyperinflasi.

Akibatnya..

Harga 3 biji telur ayam di sebuah negara Afrika mencapai nilai 100 BILLION!

Mahukah kita melihat suatu hari nanti, harga 3 biji telah di negara Malaysia mencapai nilai RM5.00. Siapa nak tunggu, tunggulah :)

Maksudnya.. jika anda melihat situasi 'parah' hari ini, selain melakukan pekerjaan yang memberi pendapatan tambahan, kita juga harus beringat dengan menukar wang kita kepada emas fizikal.

Jika anda melihat graf ini, ini menunjukkan peningkatan emas dunia setiap tahun. Walaupun nilai emas ada turun naik, tetapi trendnya akan sentiasa menaik tahun demi tahun. Jangan tunggu sehingga 10 tahun baru anda mula menyimpan emas. Berapa pun nilai emas hari ini, anda perlu segera menukar nilai wang anda kepada emas.

Saya pun telah melaburkan wang ke dalam emas fizikal sejak beberapa tahun lalu dan hari ini, saya berpeluang melaburkan wang saya ke dalam bentuk emas jongkong pula.


Di dalam post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda yang mula berkira-kira untuk menyimpan emas, anda boleh mulakan aktiviti sihat ini dengan membeli emas KelantanGold.

KelantanGold mula diperkenalkan pada awal tahun 2012 dan ia milik 100% bumiputera Melayu dan produk dikilang dan dihasilkan oleh syarikat Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd (lebih 20 tahun dalam bisnes emas fizikal) dan ia diedar secara esklusif oleh syarikat Paradise Fine Gold Sdn. Bhd.

Produk KelantanGold ini mula menjadi buah mulut ramai penggiat industri emas fizikal sejak awal tahun 2012 dan ia mula berkembang sehingga ke Singapura dan Brunei.

Harga emas yang ditawarkan agak menarik dan murah serta berbaloi untuk nilai wang anda.

Untuk melihat harga terkini produk KelantanGold ini, anda boleh rujuk di www.kelantangold.com.my

Ada banyak intensif menarik untuk mereka yang menjadikan KelantanGold ini sebagai satu kerjaya kerana permintaan emas dari masa ke semasa semakin meningkat. Dengan modal yang rendah, kini sesiapa sahaja mampu untuk menjadi ejen berdaftar produk KelantanGold dan layak mendapat rebet pembelian dan intensif-intensif menarik lain.

Yang nak guna platform internet sebagai alat pemasaran, anda boleh daftar disini. Daftar PERCUMA je dulu, dapatkan userid anda, nanti bila ada modal, daftar terus jadi ejen. Ingat, jika anda tidak ambil peluang ini, orang lain yang akan rebut peluang ini.

Peluang bisnes emas ini umpama peluang keemasan bagi anda. Jadi, jangan lepaskan peluang!

Jumpa lagi,

Rahman Bashri
http://www.facebook.com/rahmanbashri


Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Sunday, 8 April 2012

Manusia Kini Angkuh Berkereta Besar


Saya yakin masih ada lagi orang yang tidak percaya bahawa cuaca dunia hari ini telah berubah dan semakin mengganas. Penyebab utama perubahan cuaca ini ialah bahang dari bumi yang telah memecahkan lapis ozon. Lapis ozon yang melingkari bumi ini bertanggungjawab mengurangkan terik panahan matahari. Lapisan ozon adalah payung untuk umat manusia di bumi. Tanpa lapisan ozon bumi menjadi panas dan cuaca berubah.

Lapisan ozon telah dimusnahkan oleh bahang panas yang wujud hasil daripada proses pembakaran di kilang-kilang atau pembakaran arang batu. Kepulan asap dan bahang dari kilang-kilang ini dapat dilihat jelas. Kerana dapat dilihat maka asap dan bahang ini semakin dapat dikawal. Contohnya, pembakaran arang batu sebagai sumber tenaga elekrik semakin dikurangkan.

Tetapi ada satu lagi yang pemusnah lapisan ozon yang utama iaitu kereta. Kereta adalah penjenayah utama perosak lapisan ozon di permukaan atmosfera bumi. Pembakaran minyak petrol untuk menggerakkan kereta telah dibuktikan sebagai sumber utama perosak ozon. Dunia menjadi panas dan berbahang kerana kereta. Sekali pandang memang tidak masuk akal, apakah sebuah Kancil atau Kelisa dapat mengganggu-gugat alam semulajadi ini. Tetapi itulah hakikatnya yang perlu kita percaya.

Tetapi kereta dalam dunia ini bukan hanya Proton, Satria 1.3 dan Waja. Dalam dunia ini ada ratusan juta kereta yang terus bergerak tanpa henti-henti di seluruh pelosok dunia. Kereta bergerak kerana minyak dibakar. Minyak dibakar akan mengeluarkan asap. Asap ini mengandungi Karbon Monoksida. Ratusan juta kereta ini mengeluarkan ratusan juta Karbon Monoksida yang naik ke udara untuk menjadi bahang. Bahang ini merosak dan membocorkan lapisan ozon.

Keberahian umat manusia moden hari ini untuk memiliki kereta semakin tidak dapat dibendung. Dua negara terbesar - India dan China - sedang merangka industri automobil mereka. Negara China telah menjadi negara ketiga terbesar sebagai pengeluar kereta. Bayangkan berjuta-juta lagi jumlah kereta akan berlegar di jalan-jalanraya di India dan China.

Kota-kota kuno seperti Beijing dan New Delhi yang sentiasa padat oleh penduduk, kini diasak dan disempitkan lagi oleh kedatangan kereta. Lebuhraya dan jalan baru perlu didirikan untuk menampung kereta. Tanah yang dahulunya untuk pertanian, untuk kawasan lapang atau tanah untuk kayu kayan kini diambil oleh kereta. Tanah-tanah juga diperlukan untuk membuat kilang kereta dan untuk tempat letak kereta.

Bangkok, Jakarta, Manila, Shanghai, Karachi, Rio, Mexico City, Bombay, Kaherah atau Lagos adalah contoh kota di mana asakan kereta semakin menjerut leher penduduk. Udara kota semakin kotor. Tahap bingar dan bising semakin meninggi. Kualiti gaya hidup yang diharapkan dibawa oleh kereta kini membuktikan sebagai satu ilusi. Asakan yang sama juga sedang kita rasakan di Kuala Lumpur, Penang, Johor Baru dan bandar-bandar kecil di semenanjung.

Dilanda banjir, taufan


Membakar minyak petrol untuk menggerakkan kereta telah menjadikan cuaca dunia semakin tidak menentu. Hasilnya sedang kita saksikan.

Bulan Julai dan Ogos adalah musim panas tetapi di England ianya telah bertukar menjadi musim hujan. Banjir besar telah melanda utara dan barat England. Ini satu banjir terbesar dalam sejarah England semenjak 200 tahun. Kota-kota pedalaman telah dinaiki air.

Di tanah besar China pula hujan lebat telah turun. Limpahan air telah menewaskan 400 orang penduduk. Pada 23 Jun yang lalu ribut taufan telah melanggar kota Karachi dan menewaskan 200 penduduk. Tiga hari kemudian taufan telah melanggar wilayah Baluchistan, seratus orang telah mati dan 200 lagi dilaporkan hilang. Angin monsun yang sama datang melanggar India. Telah diberitakan 750 orang telah mati dan hampir 8 juta penduduk terpaksa berpindah.

Banjir juga telah melanda Amerika. Sungai Antonio di Texas telah melimpah dan 300 keluarga terpaksa di pindahkan. Ini masih dilihat kecil jika dibandingkan dengan apa yang berlaku pada tahun 2005 di New Orleans apabila ribut taufan Katrina datang melanggar.

Dalam masa yang sama mari kita beralih ke kawasan di persisiran Laut Tengah. Di kawasan ini bukan banjir yang melanda tetapi cuaca menjadi hangat dan berbahang. Di beberapa wilayah Eropah Timur suhu cuaca telah naik menjadi 40C ( 04F). Di Bulgaria suhu telah melintasi 45C (113F). Di Romania kerajaan telah memberi amaran 'merah' kepada penduduk apabila suhu naik hingga ke 41C (106F).

Di Greek, Italy, Sepanyol dan Perancis suhu panas ini telah mengeringkan daun dan rumput rampai. Hasilnya kawasan hutan simpan terbakar. Ini terjadi di pelbagai pelosok di kawasan persisiran Laut Tengah.

Agensi berita telah melaporkan lebih dari 500 orang telah mati di Hungary apabila cuaca menjadi 41.9C (107F). Di Romania 30 penduduk telah mati kepanasan. Cuaca panas yang sedang melanggar kawasan-kawasan ini tidak pernah terjadi semenjak 120 tahun. Masih ada lagi tidak percaya lagi bahawa cuaca dunia telah berubah?

Perubahan cuaca


Mungkin ramai pembaca yang akan percaya tentang perubahan cuaca. Penunjuknya untuk kita semua semakin jelas. Wilayah Johor baru sahaja tenggelam. Kini banjir beralih ke utara. Kawasan di Bukit Mertajam pula dilanda banjir. Manakala di Kuala Lumpur biasanya di akhir bulan Julai cuaca akan panas dan berjerebu. Tiba-tiba hujan dan banjir datang. Bagaimana pula fakta kereta sebagai penyebab utama perubahan cuaca ini?

Saya yakin masih ramai antara kita yang akan menolak fakta ini walaupun fakta ini sedang berdiri lima kali di hadapan mata. Keberahian manusia terhadap kereta telah melalikan akal fikrah manusia dari membuat perhitungan yang tepat. Keselesaan bergerak dengan memiliki kereta persendirian dilihat sebagai moden, bergaya dan memiliki kelas. Kereta telah dinobatkan sebagai tuhan.

Manusia moden hari ini telah begitu angkuh dan tidak mahu menerima hakikat bahawa kereta adalah penyebab utama yang menjadikan suhu di dunia kita hari ini cerca merba. Hari ini dunia sedang menggunakan 84-+ juta tong minyak sehari. Kurang lebih 20% dari bahan bakar ini digunakan untuk kilang, kuasa elektrik dan pemanas rumah. Yang lebihnya ialah untuk kereta. Pembakaran minyak kereta inilah yang sedang mengasak perubahan suhu dunia hari ini.

Enam belas tahun dahulu saya masih ingat lagi ketika saya tinggal di Cheras, saya telah melihat untuk pertamakalinya contengan-contengan di dinding tentang lapisan ozon. Contengan dan grafiti ini dibuat oleh anak-anak muda yang membantah penggunaan kereta dan menggalakkan wargakota Kuala Lumpur menggunakan basikal.

Seperti biasa contengan grafiti ini dianggap sebagai vandalisme dan perosak harta benda. Seperti biasa amaran dikeluarkan untuk menakut-nakutkan anak muda. Tindakan anak-anak muda ini diperlekeh. Mereka dianggap hipi, perosak dan malas bekerja. enam belas tahun kemudian grafiti di tembok-tembok itu sedang menjadi kenyataan. Hari ini perbincangan terhadap suhu dan lapisan ozon telah sampai ke PBB. Kesedaran terhadap ozon dan perubahan cuaca telah meningkat.

Tetapi sayangnya - kereta sebagai penyebab utama cuaca berubah masih belum dibincangkan. Ini samalah seperti membincangkan agenda Palestin tanpa membincangkan peranan Israel. Selagi kereta persendirian mundar-mandir membakar minyak, selagi itulah dunia akan berbahang. Selagi Israel mundar-mandir di Timur Tengah selagi itulah rakyat Arab tidak tenteram.

Apakah manusia telah 25 tahun terlambat seperti umur saya? Saya tidak tahu. Apa yang jelas ialah manusia masih lagi angkuh dan berahi untuk memiliki kereta persendirian yang hebat dan mewah. Anda fikir-fikirkanlah.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Friday, 30 March 2012

Apa Itu Blue Hole?


Jika di angkasa kita mengenali Black Hole tapi di bumi kita juga mempunyai lubang yang sangat besar yang berada di laut iaitu Blue Hole.

Apa itu Blue Hole? Dimana letaknya? dan bagaimana terjadinya?
Dari gambar di atas Blue Hole nampak seperti biji mata yang besar ditengah lautan luas. Bentuknya lingkaran, berwarna biru gelap yang dikelilingi oleh laut yang berwarna biru muda. Warna Blue Hole ini menunjukkan bahawa Blue Hole lebih dalam daripada laut disekelilingnya. Sebenarnya Blue Hole adalah gua yang berbentuk vertikal.

Pada zaman dulu saat zaman es telah berakhir, gua tersebut yang berada di permukaan yang lebih rendah dari laut tertutup oleh laut. Blue Hole adalah tempat kegemaran bagi penyelam kerana didalamnya terdapat pemandangan yang indah, disana para penyelam dapat melihat stalaktit-stalaktit gua, terumbu karang, dan berbagai jenis ikan. Tetapi, jika menyelam lebih dalam lagi maka kita tidak akan melihat pemandangan yang indah lagi kerana kedalamannya itu membuatkan air di dalamnya tanpa oksigen.

Didunia ada beberapa Blue Hole yang terkenal. Blue Hole yang terdalam adalah Dean's Blue Hole, letaknya di kepulauan Bahamas, dalamnaya mencapai 202 meter dan diameter mencapai 35 meter.

Terdapat juga Blue Hole terluas iaitu Great Blue Hole yang mempunyai kedalaman 120 meter dan diameter 300 meter.

Ada juga Blue Hole di tepi laut merah yang dalamnya mencapai 120 meter dan mempunyai terowong yang panjangnya 26 meter. Terowong ini dikenal dengan The Arc kerana banyak penyelam yang ingin menjelajah di terowong bawah laut ini. tetapi banyak kematian dan banyak terjadinya kecelakaan ketika waktu berenang oleh karena itu Blue Hole menjadi tempat yang paling berbahaya bagi penyelam atau pengemar Blue Hole.

Senarai Blue Hole Yang ada di muka bumi ini.

1) Great Blue Hole (Belize City)
2) Dean's Blue Hole (Bahamas)
3) Red Sea Blue Hole (Egypt)
4) Cenote Blue Hole (Mexico)
5) Castalia Blue Hole (Ohio)



Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Tuesday, 27 March 2012

Setiap Wanita Cantik


Pada suatu hari seorang anak lelaki ternampak ibunya menangis, lalu dia pun bertanya

Anak Lelaki : "Mangapa Ibu menangis?"
Ibu : "Kerana aku seorang wanita"
Anak Lelaki : Aku tidak mengerti?"

Lalu si ibu terus memeluk anaknya dan berkata "Engkau tidak akan mengerti". Si anak terus berjumpa ayahnya dan bertanya, " kenapa ibu menangis tanpa ada alasan?". Si ayah menjawab " Semua wanita menangis tanpa ada alasan". Hanya itu sahaja yang boleh ayahnya cakap.

Akhirnya anak lelaki ini membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan tetap merasa hairan mengapa wanita menangis tanpa alasan. Pada satu hari anak lelaki ini bermimpi bertemu dengan seseorang dengan lelaki berjubah putih, lalu anak lelaki ini bertanya kepada lalaki tersebut " Mengapa wanita menangis tanpa alasa?". Lelaki itu menjawab.

"Tuhan menciptakan wanita istimewa. Tuhan menciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia, tapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan."

"Tuhan memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan penolakan yang kerap muncul dari anak-anaknya"

"Tuhan memberinya keteguhan yang membuatnya boleh bertahan di saat semua orang sudah menyerah, dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh walaupun sedang lelah mahu pun sakit."

"Tuhan memberinya keistimewaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun, meskipun anak-anak menderhaka kepada ibunya."

"Aku memberinya kekuatan untuk bisa memaklumi kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

"Tuhan memberinya kepakaran untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk tetap teguh mendampingi suaminya"

"Dan akhirnya, Tuhan memberinya air mata untuk dicurahkan. Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila yang dia perlukan."

"Kau lihat: Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya, penampilan fizikalnya, atau style rambutnya.""Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, karena mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam."..Untuk menjadi seorang wanita yang cantik, haruslah mempunyai sifat lemah lembut dan sentiasa tunduk dan hormat pada suaminya walau apapun keadaannya...

Si anak lelaki akhirnya jumpa jawapan yang dia inginkan..

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Wednesday, 21 March 2012

Senarai Sekolah Terbaik SPM 2011 Setiap Negeri


Senarai Sekolah Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2011 Mengikut Negeri :

1) Wilayah Persekutuan : Sekolah Sultan Alam Shah (Terbaik Keseluruhan)
2) Perak : Sekolah Tuanku Abdul Rahman
3) Kedah :?
4) Perlis : ?
5) Pulau Pinang :
6) Kelantan : Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris
7) Johor : Sekolah Tun Fatimah
8) Negeri Sembilan : Sekolah Menengah Sains Seremban dan Sekolah Tunku Kurshiah.
9) Melaka : ?
10) Selangor : Kolej Islam Sultan Alam Shah
11) Pahang : ?
12) Terengganu : Sekolah Menengah Sains Terengganu
13) Sabah : ?
14) Serawak :Maktab Rendah Sains MARA Mukah

Blog Rahman Bashri : Minta bantuan rakan-rakan sekolah terbaik SPM 2011, sekiranya ada penambahan dan kesalahan perbetulkan saya..terima kasih..Penat dah cari..hehehe

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...