Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, 8 May 2012

3 Cara Mudah Mengecapi Kebahagiaan

Ramai orang fikir, bila ada duit, dia akan bahagia. Ramai orang fikir, bila takde duit, pasti merana. Sebenarnya, tidak sebegitu. Ada yang tiada duit dia bahagia. Ada yang ada duit, tapi dia merana.
Kerana apa? Bahagia bukan terletak kepada kekayaan ! Namun, jangan pelik, kalau jumpa orang kaya, dia kata dia bahagia !Boleh kaya dan bahagia !Boleh tidak kaya dan bahagia !

Nak tahu bagaimana?

1) Untuk bahagia, kita harus bahagiakan orang lain.

Kalau suami isteri, bahagiakan pasangan masing-masing. Kalau ibu bapa, bahagiakan anak-anak. Kalau anak-anak, bahagiakan ibu bapa. Kalau bos, bahagiakan pekerja. Kalau pekerja, bahagikan bos. Bahagiakan rakan sekerja lain, jiran-jiran, adik beradik .......dan semua orang !

2) Apa yang kita beri, lupakan.

Biasanya, lepas kita beri apa-apa, kita pasti nak sesuatu. Kalau kita buat kerja lebih, kita nak gaji lebih. Kalau kita senyum dekat orang, kita nak orang senyum dekat kita.Kalau kita bantu orang, kita nak upah, nak orang ucap terima kasihdan sebagainya.Saya sendiri begitu juga, dulu dan sekarang ni pun ada kadang-kadang.Manusia! Namun, saya ingat satu pesanan. Bila kita MEMBERI, biarlah Allah yang membalasnya! Apa syurga Allah tu, tak best? Memang mula-mula sukar nak dilaksanakan. Syaitan akan bisik "jangan kasi dia pijak kepala kau", "asyik-asyik kau je" dan banyak lagi.Tapi, bila kita bersungguh-sungguh, insya Allah, boleh punya !


3) Hidup Untuk Memberi Sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.

Berilah sebanyaknya kepada orang lain, samada dalam bentuk wang ringgit, nasihat, ilmu pengetahuan. Bukan kita mengharapkan simpati dan ehsan orang lain ! Bekerja dan berniaga sampai jadi jutawan! Supaya kita dapat beri sebanyak-banyaknya dalam sudut wang ringgit. Belajar sampai jadi ustaz dan doktor! Supaya kita dapat kongsi ilmu sebanyak-banyaknya. Membaca sebanyak-banyaknya, sampai jadi pendeta, macam Pendeta Za'ba! Supaya kita dapat kongsi bacaan kita dengan orang lain.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

1 Comments:

  1. Nice post tapi saya ada satu cadangan untuk menambah kebahagiaan.

    Bahagiakan Diri Sendiri.
    - dengan membahagiakan diri, kita akan lebih selesa atau berkeyakinan untuk memberi lebih jauh dan ikhlas. Orang yang melihat kita bahagia akan juga turut merasa bahagia. "Aura" hidup kita mampu membantu "aura" orang lain. Salam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...