Tuesday, 7 June 2011
Fakta Menarik Tentang Facebook
Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Tuesday, 8 March 2011
Menggunakan Internet Explore Dengan Lebih Selamat
Dalam perisian Internet Explorer terdapat 4 bahagian tahap keselamatan yang anda boleh konfigurasikan iaitu bahagian Trusted, Restrict, Internet dan Intranet. Ia bergantung kepada zon mana anda mengetahui status keselamatan atau percaya kepada laman-laman web yang akan dilayari menerusi IE.
Konfigurasi ini juga dikenali sebagai zon keselamatan yang boleh dikonfigurasikan dalam menu keselamatan pada program IE. Konfigurasi ini membolehkan anda melayari laman web di Internet menggunakan program IE dengan lebih selamat.
Seterusnya diperincikan langkah-langkah konfigurasi tersebut iaitu:-
1) Klik pada butang Tools yang terdapat pada menu di atas program IE.
2) Klik pada butang Internet Options atau Option yang terdapat di menu Tools.
3) Apabila tetingkap Internet Options dibuka, klik pada tab Security.
4) Di sini anda boleh membuat pilihan untuk salah satu zon keselamatan program IE iaitu sama ada Internet, Local Intranet, Trusted Site atau Restricted Site Zones untuk anda konfigurasikan.
Untuk mengkonfigurasikan kesemua jenis zon keselamatan tersebut, anda boleh memilih pilihan untuk konfigurasi secara lalai iaitu konfigurasi yang telah ditetapkan oleh pihak Microsoft pada IE sekiranya anda tidak mahir. Ini boleh dilakukan dengan memilih dan klik pada menu Default Level untuk setiap zon atau klik pada menu Reset all zones to default level.
Zon keselamatan yang penting adalah pada zon Internet
Pada zon ini anda boleh menetapkan tahap keselamatan ketika melayari Internet iaitu sama ada memilih tahap Medium, Medium-high atau High.
Di samping itu, disetiap zon keselamatan ada pilihan untuk kita konfigurasikan keselamatan pelayar web secara manual atau kendiri iaitu pada menu atau butang Custom Level. Pastikan anda mengetahui berkenaan apa yang anda konfigurasikan pada menu ini.
Anda meminati Internet Explore muat turun klik gambar di bawah.
Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Tuesday, 14 April 2009
Mencipta Kata Laluan Yang Kukuh

Kata laluan digunakan untuk mengakses perkhidmatan dan maklumat yang disediakan secara atas talian di dalam laman web. Garis Panduan bagi Mencipta, Memilih dan Mengingati kata Laluan boleh diikuti dengan mempraktikkan beberapa perkara berikut:
1) Jangan sesekali berkongsi, mencatat tau menghantar kata laluan kepada orang lain menerusi e-mel.
2) Mempunyai sekurang-kurangnya lapan (8) aksara.
3) Mengandungi kombinasi huruf besar dan huruf kecil.
4) Mengandungi kombinasi huruf, angka dan simbol (alfanumerik)
5) Mengandungi kunci tanda bacaan – penggunaan kunci tanda bacaan dianggap penting kerana ia boleh membezakan di antara kata laluan yang senang dipecahkan oleh penggodam atau kurang selamat dan sebaliknya.
6) Tukar kata laluan dengan lebih kerap. Sekurang-kurangnya setiap 3 bulan.
7) Guna kata laluan yang berlainan bagi aplikasi yang berbeza – teknik yang biasa digunakan ialah menggabungkan setiap nama aplikasi yang berbeza dengan kata laluan asas yang masih dikekalkan.
8) Mudah diingati tetapi sukar bagi orang lain untuk meneka – elakkan perkataan atau frasa biasa yang “mudah diteka”. Penggodam boleh menggunakan perisian yang canggih untuk memecahkan kata laluan.
9) Gunakan cara mnemonik (mnemonic) – Perkataan ringkas yang mudah diingat Tulis satu ayat yang mempunyai makna peribadi. Kemudian ambil huruf pertama atau huruf terakhir pada setiap perkataan dan gabungkan dengan nombor dan simbol bagi menghasilkan kata laluan anda. Contohnya, ayat seperti “I know where I was born at 1967”. Kata laluan yang dihasilkan adalah “IkwIwb@1967”.
Selamat mencuba!!!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:
Wednesday, 1 April 2009
Bagaimana Meningkatkan Kelajuan Firefox
Ini adalah entri pertama saya untuk bulan april. Saya nak berkongsi sedikit berkenaan Firefox. Walaupun bermacam-macam 'Web Browser' yang muncul sejak dua menjak ini, pilihan saya tetap pada Firefox, malah saya akui, Google Chrome memang 'Web Browser' paling pantas ketika ini. Sejak beralih dari Internet Explorer kepada Firefox, apabila online saya tidak pernah menggunakan Web Browser lain selain Firefox, begitu kuatnya cinta saya pada Firefox.Bahkan, bila saya online di Cyber Cafe yang tidak mempunyai Firefox, saya akan muat turun sendiri di komputer tersebut. Tapi saya bukan nak cerita mengenai cinta saya pada Firefox, tetapi Bagaimana Meninkatkan Kelajuan Firefox anda. Sekiranya anda pencinta Firefox Ikuti langkah-langkah dibawah.
1) Buka Firefox anda.
2) Taipkan about:config di dalam kotak alamat web atau web address Firefox anda. Nantikan akan muncul seperti gambar dibawah.
3) Setkan network.http.pipelining kepada ‘True’
4) Setkan network.http.proxy.pipelining kepada ‘True’
5) Setkan network.http.pipelining.maxrequests kepada 8(ini adalah untuk membuat 'request di dalam satu masa)
6) Klik kanan di mana-mana bahagian dan pilih New > Interger.
7) Taipkan nglayout.initialpaint.delay di dalam kotak tersebut dan setkan kepada 0.( Nilai ini merupakan masa menunggu untuk browser anda bertindak di atas maklumat yang diterima).
8) Selesai
Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Wednesday, 11 March 2009
No Youtube For United Kingdoms - Google
More Info At : http://www.youtube.com/watch?v=5QHKFLsBp40
Google Inc. mengambil keputusan menyekat pengguna United Kingdom (UK) daripada melayari muzik videonya melalui laman web popular perkongsian video, YouTube selepas rundingan dengan badan pengumpul royalti muzik Britain gagal.
Menurut Google, pihaknya telah memulakan sekatan tersebut malam tadi. Laman web terkemuka dunia itu juga maklum sekatan tersebut akan menyebabkan kekecewaan di kalangan pengguna negara terbabit.
Bagaimanapun katanya, keputusan itu terpaksa dibuat setelah syarikat PRS for Music meminta Google membayar royalti setiap kali video dimainkan di Youtube, satu tindakan yang mungkin menyebabkan laman web itu rugi.
''Lesen kami dari PRS for Music telah tamat tempoh, dan sehingga kini kami masih belum dapat memperbaharuinya disebabkan syarat yang mungkin mempengaruhi ekonomi kami,'' kata Google dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, kata Google, pihaknya terpaksa menyekat pengguna di Britain daripada menonton video yang ditawarkan atau dituntut syarikat rakaman, sehingga penyelesaian ditemui.
Sementara itu, PRS for Music yang menerima bayaran bagi pihak penulis serta penerbit di seluruh dunia mengakui terkejut dengan tindakan Google.
''Google memberitahu kami mereka mengambil keputusan ini kerana ingin membayar kurang daripada yang dibayar sekarang kepada penulis lagu, walaupun jumlah pengunjung ke laman web mereka semakin bertambah,'' kata badan pengumpul royalti itu melalui satu kenyataan.
Kedua-dua pihak itu tidak menyebut mengenai jumlah wang terlibat dalam rundingan.
Sekatan tersebut bagaimanapun tidak dinyatakan akan berlanjutan sehingga bila. Kedua-dua PRS for Music dan Google berkata, mereka berharap pertikaian itu akan diselesaikan segera.
Laman web YouTube menjadi pilihan utama syarikat-syarikat rakaman setelah terhimpit dengan kemerosotan jualan cakera padat. Laman web tersebut mempunyai urus janji dengan tiga atau empat syarikat rakaman besar namun segelintir pemegang hak enggan mengurangkan hasil pengiklanan mereka.
Disember lalu, syarikat rakaman Warner Music menarik semua lagunya dari YouTube dengan alasan bayaran yang diterima tidak sepadan dengan label syarikat itu, artisnya serta pencipta lagu.
Sumber : UtusanSubscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Tuesday, 10 March 2009
How To Do Some Real Magic In Your Web Browser
Learn how to do some real magic in your web browser window and amaze your friends. (IE, Opera, for Firefox try the effect in images.google.com)
Step1
Open any webpage that contain at least one image.(Try this http://images.google.com.my/images?hl=en&q=socolatajuz&um=1&ie=UTF-8&sa=N&tab=wi)
Step2
copy paste the text below in the address bar:
javascript:R=0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200;DI=document.images; DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i-DIL; i++){DIS=DI[ i ].style;DIS.position='absolute'; DIS.left=Math.sin (R*x1+i*x2+x3)*x4+x5;DIS.top=Math.cos(R*y1+i*y2+y3)*y4+y5}R++}setInterval('A()',5); void(0);
Step3
Click on go or hit enter .
(if you want some speed then press go many times.)
This will work on any site.
Have Fun
Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Tuesday, 10 February 2009
Maxis Broadbandku

Bulan ini genap 6 bulan aku menggunakan Maxis Broadband, Kalau nak cerita masa mula-mula aku apply Maxis Broadband ni memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata betapa lembabnya Maxis Broadband ni. Aku rasa Dial-up 10 kali lagi laju, masa tu memang banyak gilala aku maki Maxis(#@%&@),tak perlula aku sebut. Selepas dimaki oleh aku selama 3 bulan, lama kelamaan servisnya semakin baik, aku baru cadang nak 'terminate' selepas 3 bulan.Oleh kerana, servis semakin baik aku meneruskan penggunaannya sehinggalah sekarang.
Walaupun kadang-kadang ada juga auto-disconnect, tapi dalam sehari tu satu dua kali je. Aku tinggal di Cheras dan di sini hanya dapat UMTS je kadang-kadang 3G. Aku suka guna broadband sebab boleh dibawa kemana-mana yang aku suka[kalau ade coverage]. Aku suka lagi berbroadband di kampungku sebab kelajuan broadbandku tiada tandingannya,hehehe. Kat kampung aku dapat HSPDA bar penuh. Kalau muat turun lagu sebesar 5.5MB berapa saat je sudah siap. Tapi aku taknak la bagi tahu kampung aku dimana nanti ramai pulak yang apply Maxis Broadband kat kampung aku. Sebab aku dengar lagi ramai yang pengguna potensi untuk lembab sangat tinggi, kerana berkongsi coverage. Tak kisah apa orang nak cakap.

Kalau ada masa nanti aku cerita bagaimana nak bagi laju Maxis Broadband Anda..[ngantuk siot]
Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Wednesday, 21 January 2009
Tukar Mood Anda Dengan Firefox
Aku baru tahu yang Mozilla Labs ada keluarkan addon baru iaitu Personas.
Aku dah cuba, dan ia sangat cool. Macam-macam mood ada Nature, holiday, sports dan sebagainya, sesiapa yang setia dengan Firefox bolehlah Muat turun disini.
Aku tunjuk sedikit tentang cara memasangnya..
1. Muat turun dulu(Personas)
2. Restart Firefox.
3. Lihat di bucu bawah kiri tetingkap Firefox. Pilih mana-mana tema yang anda suka.
4. Enjoy your Personas
(ini contoh aku punya Personas)
Monday, 12 January 2009
Google Ganti Favicon Baru
Mengantikan Favicon tahun lepas yang ramai mengatakan tidak berapa cantik. Setelah pihak Google berfikir lalu mengubahnya. Maka Google mengadakan pertandingan untuk pengguna Google, mengirimkan idea untuk mencipta Favicon yang baru. Pemenangnya ialah seorang pelajar Ilmu Komputer di Universiti Campinas Brazil, ANDRE RESENDE, dengan hanya mengekal huruf "g" seperti sebelum ini dia berjaya menambat hati Google Group..
Tetapi yang tak bestnya bagi Andre Google menukar sedikit hasil karyanya dengan menolak sedikit huruf "g" ke kiri. Tapi takpelah Andre sudah pun memenanginye.
Sunday, 4 January 2009
Virus Serang Facebook
TEKNOLOGI dunia tanpa sempadan kini membenarkan kita berkomunikasi dan mengekalkan hubungan dengan rakan-rakan mahupun saudara-mara hanya melalui ruang maya.Ini kerana, kegilaan masyarakat terutama golongan remaja terhadap portal rangkaian sosial di Internet membolehkan mereka bertemu kembali dengan sahabat-sahabat yang telah lama terputus hubungan.Malah, melalui medium tersebut juga, mereka seolah-olah boleh berkumpul untuk menjalankan aktiviti-aktiviti menarik atau berdiskusi tentang sesuatu isu.
Antara portal rangkaian sosial terkini yang semakin mendapat perhatian masyarakat di negara ini adalah Facebook.Walaupun kewujudannya menyumbang banyak kesan positif, tapi tanpa kita sedari ada pihak yang mengambil kesempatan menyalah gunakannya untuk menyebarkan virus dan cecacing.Sebuah syarikat peneraju dalam penyelesaian ancaman siber, Fortinet melalui pasukan penyelidiknya FortiGuard Sekuriti Global telah menemui cecacing pada laman web tersebut yang menyebarkan kod berbahaya kepada komputer pengguna.Sebenarnya, kehadiran cecacing berkenaan telah beberapa kali dikenalpasti sejak Julai tahun ini yang mana ia bertindak dengan menghantar mesej yang mengandungi virus kepada akaun pengguna dan mengarahkan mereka melawat sebuah laman web video.
Pengguna yang mengunjungi laman web tersebut akan diminta untuk menerima perisian istimewa bagi membolehkan video berkenaan dipaparkan.Jika pengguna memilih untuk menerimanya, peluang tersebut akan digunakan untuk penyebaran pelbagai jenis cecacing dan virus kepada komputer mereka.Jenayah siber ini juga menggunakan medium portal tersebut untuk menyebarkan virus kepada pendaftar-pendaftar akaun Google Reader.Ini kerana kebanyakan pengguna beranggapan video yang ingin dipaparkan adalah dihoskan oleh Google.Pelanggan Fortinet yang melanggan anti virus dan perkhidmatan tapisan kandungan webnya diberi jaminan untuk dilindungi daripada ancaman tersebut.Menerusi penyelesaian komprehensif yang ditawarkan, perkhidmatan berkenaan mampu melindungi aplikasi dan rangkaian yang digunakan dengan teknologi sekuriti pintar serta penghantaran pengemaskinian kepada semua produk Fortinet.
Friday, 2 January 2009
Top Google Produk 2008
- Blogger
- Picasa Web Album
- Google Translate
- Google Docs
- Youtube
- Adroid
- Gmail
- Google Maps
- Google Search - New Advanced Search
- Google Chrome
Monday, 22 December 2008
Internet Mudah Alih


ERA digital dan globalisasi yang kita tempuh sekarang meletakkan Internet begitu kritikal hingga menjadikannya seolah-olah sebahagian daripada gaya hidup sehari-hari tidak kiralah sama ada untuk bekerja, berhibur atau bermain.
Capaian Internet lebih banyak dilakukan di pejabat atau di rumah, namun tidak kurang pula yang mencapainya dari mana saja kerana ia boleh dicapai dengan kaedah penyambungan berwayar atau tanpa wayar.
Alat capaiannya pula kini tidak terhad kepada komputer peribadi (PC) desktop saja, malah PC notebook semakin popular penggunaannya, dan kini ditambah pula dengan PC mini notebook dan telefon bimbit yang biasa atau yang pintar.
Sememangnya maklumat adalah sesuatu yang amat kritikal kerana apabila keperluannya mendadak, maka ia perlu diperoleh dengan cepat tanpa mengira di mana kedudukan kita ketika itu.
Begitu juga dengan perhubungan komunikasi yang mana keperluannya amat mendesak dan kini ia boleh dimanfaatkan menggunakan telekomunikasi talian tetap, selular (tanpa wayar), mel elektronik (e-mel) dan sebagainya.
Apabila kita bercakap mengenai capaian Internet secara tanpa wayar, ia sebenarnya membabitkan beberapa kemudahan sedia ada seperti WLAN, Wi-Fi, 3G, HSPA dan WiMAX.
Begitu juga dengan penyediaan perkhidmatan jalur lebar sama ada secara berwayar atau tanpa wayar yang dilihat masih terlalu terhad di kawasan tertentu saja, sedangkan keperluannya seharusnya meliputi keseluruhan kawasan agar semua orang dapat menikmatinya.
Ketua Pegawai Eksekutif, Telenor ASA, Jon Fredrik Baksaas, berkata Internet mudah alih adalah satu segmen besar yang masih perlu secara menyeluruh dan ia pastinya menjadi salah satu unsur pelengkap dalam kehidupan kita sehari-hari.
“Internet mudah alih merupakan satu anjakan besar yang perlu diperhalusi sebaik mungkin kerana kita perlu sedar akan potensinya yang boleh menjana pelbagai keuntungan apabila benar-benar dimanfaatkan,” katanya.
Jumlah penduduk dunia ketika ini dianggarkan kira-kira 6.7 bilion orang dan kadar penembusan jalur lebarnya hanyalah kira-kira lima peratus, manakala hanya 20 peratus saja menggunakan Internet.
Menurut Baksaas, 80 peratus daripada penduduk dunia itu tidak mempunyai capaian langsung kepada sebarang sistem telekomunikasi talian tetap dan itu membuktikan dengan jelas bahawa permintaan terhadapnya terlalu tinggi.
“Potensi menghubungkan bagi ramai lagi penduduk dunia yang belum terhubung itu amatlah besar, namun cabarannya juga besar. Kita harus sedar bahawa mereka perlukan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi serta mampu dijadikan sandaran,” katanya lagi.
Daripada berbilion penduduk dunia itu pula, kira-kira 60 peratus tiada capaian kepada perkhidmatan kewangan, nisbah pegawai perubatan berbanding penduduk pula ialah 142 kepada 100,000 orang, manakala 78 peratus penduduk tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya.
Menurut Baksaas, kesemua statistik itu menunjukkan lagi potensi besar Internet mudah alih yang diyakini mampu mengatasi pelbagai cabaran itu.
Teknologi yang ada ketika ini, diperkuat pula dengan pelbagai kandungan yang sudah didigitalkan, pasti mampu mengubah statistik itu kerana banyak perkhidmatan boleh disediakan dengan adanya Internet mudah alih.
Bagi pihak penyedia perkhidmatan pula, banyak ruang boleh diteroka untuk menjana keuntungan dari penyediaan inovasi-inovasi perkhidmatan yang disediakan seperti kesihatan, kerajaan, pendidikan, perbankan dan hiburan multimedia.
“Antara perkhidmatan yang boleh disediakan termasuk perkhidmatan kewangan, perkongsian capaian kandungan, perkhidmatan berkaitan kesihatan dan perkhidmatan di antara mesin ke mesin,” kata Baksaas.
Kata beliau, Telenor yang berpangkalan di Norway memiliki banyak sejarah kecemerlangan dengan beberapa unsur penting dalam menyediakan perkhidmatan yang mana semestinya perkhidmatan itu mudah digunakan, kadar caj yang amat telus, ruang liputan mestilah menyeluruh dan sistem rangkaian yang kukuh untuk dijadikan sandaran.
Sementara menurut Ketua Asia, Kumpulan Telenor, Sigve Brekke, strategi yang dimainkan oleh penyedia perkhidmatan mestilah betul terutama di negara-negara yang memiliki budaya kehidupan unik.
“Penyedia mestilah mampu mencipta kaedah berlainan untuk memastikan kehendak atau keperluan pengguna berlainan budaya itu mampu dipenuhi dengan tahap kepuasan yang tinggi.”
“Pasaran di Malaysia tidak terkecuali, ia agak unik dan sasaran pasaran mestilah tepat untuk memacu pasaran. Pembangunan perkhidmatan baru mestilah berasaskan kajian pengguna kerana jika dilihat dari segi kadar penembusan pengguna rangkaian telekomunikasi mudah alih yang hampir mapan,” katanya lagi.
Mengenai perkhidmatan jalur lebar di Malaysia, Sigve berkata masih banyak peluang boleh diteroka dan gaya guna penggunanya adalah pelbagai. Ada yang menggunakan telefon bimbit dan ada juga yang menggunakan komputer notebook sebagai peranti capaian.
Telenor yang memiliki hubungan langsung dengan DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi), penyedia perkhidmatan terkemuka tempatan, sudah mempunyai pelan tertentu untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar atau Internet mudah alih di atas rangkaian generasi ketiga (3G), HSPA atau EDGE yang memang sudah pun ditawarkan ketika ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DiGi, Johan Dennelind, DiGi akan belajar dari Telenor mengenai rangkaian 3G dan dijangka mula menawarkan perkhidmatan berasaskan rangkaian jalur lebar itu tahun depan.
Pengguna di negara ini sudah matang dan perkhidmatan data mudah alih menjadi kian kritikal yang diperlukan di mana saja mereka berada.
“DiGi akan mementingkan penyediaan jalur lebar di kawasan luar bandar selepas mendapat kepercayaan dan saranan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya.
Apabila Internet mudah alih itu benar-benar menjadi realiti di negara ini atau di negara mana sekali pun, ia sudah pasti mendatangkan manfaat besar kepada pengguna pada keseluruhannya.
Setiap pengguna dapat memaksimumkan produktiviti kerana kita dapat mencapai maklumat atau aplikasi di mana saja dengan kadar memindahkan data yang lebih laju.
Dalam pada itu, ia juga membolehkan kita untuk terus berhubungan dan berkongsi data tidak kira di mana kita berada asalkan ada ruang liputan rangkaian jalur lebar mudah alih itu. Kita juga tidak perlu mencari hotspot lagi untuk mendapatkan capaian.
Apa yang penting kita beroleh manfaat telekomunikasi dari satu sambungan tunggal sama ada untuk data atau suara dalam keadaan yang paling selamat.
Wednesday, 17 December 2008
Gateway pertama Linksys diperkenal
CISCO bakal mempamerkan dua produk gateway buat pertama kali di Pameran PC Pikom 2008 bermula Jumaat ini untuk kegunaan sambungan Internet tanpa wayar iaitu Linksys Wireless-G ADSL2+ Gateway (WAG54G2) dan Wireless-N ADSL2+ Gateway (WAG160N).
Menurut Pengarah Jualan Serantau Asia, Kumpulan Perniagaan Pelanggannya, Boon Ping Tang, peranti itu dilengkapi perisian Linksys EasyLink Advisor (LELA) yang memudahkan penetapan tanpa memerlukan kepakaran teknologi maklumat (IT).
“Gateway ini direka untuk memberikan kepantasan suasana tanpa wayar membenarkan pelanggan berkongsi Internet dan fail, mencetak dokumen tanpa sambungan fizikal bersesuaian dengan pelanggan jalur lebar yang mahukan perkakasan tanpa wayar moden,” katanya.
Linksys WAG54G2 dan WAG160N akan ditawarkan lebih murah kepada 50 pelanggan pertama dengan harga pengenalan RM239 dan RM439.
IPv6 elak kekangan Internet

PENGGUNAAN Internet yang bertambah saban tahun boleh menyebabkan gangguan terhadap perkhidmatan itu di negara ini pada masa akan datang.
Menyedari hal itu, MYNIC Bhd dipertanggungjawab oleh kerajaan untuk membangun sistem alamat Protokol Internet (IP) menghasilkan IP versi enam (IPv6) bertujuan menampung lebih banyak pengguna Internet pada masa akan datang.
Pengarahnya, Shariya Haniz Zulkifli, berkata jumlah IPv4 yang digunakan Malaysia dianggarkan akan habis digunakan antara tahun 2008 dan 2010.
"Inilah punca utama di sebalik keperluan melaksanakan IPv6 secepat mungkin bagi mengelak sebarang masalah ditanggung pengguna pada masa akan datang," katanya.
Katanya, kepentingan Internet menyebabkan lebih ramai pengguna, komputer dan aplikasi Internet berhubung antara satu sama lain ditambah pula peningkatan teknologi WiMAX, WiFi dan jalur lebar yang memerlukan banyak alamat IP didaftarkan.
"Sistem IPv4 sebelum ini sudah berusia 20 tahun. Walaupun ia masih mampu berfungsi, kapasiti untuk mendaftarkan lebih banyak alamat IP semakin berkurangan," katanya.
Menurut Shariya, ruang alamat melalui IPv6 ditingkatkan dari 32 bit kepada 128 bit membolehkan pendaftarannya mendapat kombinasi yang unik.
"IPv4 hanya menampung empat bilion alamat IP berbanding populasi dunia mencecah lebih enam bilion manakala IPv6 mampu mendaftar 340 undecilion (empat kali bilion)," kata Shariya.
Wednesday, 22 October 2008
Gaya hidup Celcom
Timbalan Presiden, Bahagian Inovasi Perniagaan Celcom (M) Berhad, Kevin Henry, berkata Celcom mensasarkan peningkatan produknya untuk pelanggan peruncitan dan perdagangan.
“Sehingga September 2008, hampir 10,075 melanggan jalur lebar Celcom termasuk di Sabah dan Sarawak. Jumlahnya semakin meningkat dengan penggunaan di kafe, di dalam bas/keretapi, lapangan terbang atau di mana saja,” katanya.
Menurutnya lagi, Celcom satu-satunya penyedia rangkaian telefon di Malaysia yang menawarkan akses tanpa had, tanpa sempadan menerusi jalur lebar Celcom.
“Celcom turut diiktiraf sebagai penyedia jalur lebar yang terpantas dengan menawarkan kelajuan sehingga 3.6 Mbps melalui teknologi Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA) yang turut dikenali sebagai 3GX.
“Beberapa perkhidmatan baru diperkenalkan seperti Push-to-Contact, Friend Finder dan Push-to-Email. Menerusi promosi Celcom Broadband Daily Unlimited Sale, caj RM8 sehari diturunkan ke RM6 untuk semua pelanggan jalur lebar tanpa had Celcom bermula akhir Oktober 2008 hingga Januari 2009,” katanya.
Sunday, 5 October 2008
GOOGLE DESKTOP

Google Desktop merupakan sebuah perisian komputer pencarian desktop yang dibangunkan oleh Google untuk Mac OS X, Linux, dan Microsoft Windows. Program ini membolehkan pencarian teks terhadap surat elektronik, file komputer, muzik, foto, chat, dan sejarah halaman Web pengguna, dan "Google Gadgets" lainnya.
Features:
- Email - sebuah panel yang membolehkan seseorang melihat pesan Gmail orang lain.
- Scratch Pad - menyimpan catatan; disimpan secara automatik
- Photos - memaparkan berbagai foto dari folder "My Pictures"
- News - memaparkan berita terbaru dari Google News.
- Weather - memaparkan cuaca terkini untuk wilayah yang dipilih pengguna
- Web Clips - memaparkan pesan terkini dari berita RSS
- Google Talk
Download Disini
Friday, 5 September 2008
DOWNLOAD GOOGLE CHROME

Google Chrome ialah sejenis pelayar web sumber terbuka yang dimajukan oleh Google yang mempunyai syer 1% daripada pasaran pelayar web. Ia pertama kali dilepaskan sebagai satu versi beta untuk Microsoft Windows pada 2 September 2008. Namanya bersempena bingkai antara muka pengguna grafik atau "Krom" pelayar web.
Chromium adalah projek sumber terbuka di belakang Google Chrome dan ia dilepaskan di bawah lesen BSD .Ia melaksanakan himpunan ciri yang sama, tetapi mempunyai logo yang sedikit berbeza.
Banyak kelebihan yang ada pada Google Chrome, yang paling penting ia sangat cool bila menggunakannya
Sekiranya Anda berminat:
Download Disini




