Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label Pelancongan. Show all posts
Showing posts with label Pelancongan. Show all posts

Thursday, 19 January 2012

Tempat-tempat Menarik di Negeri Sembilan


Negeri Sembilan bermula kira-kira 50 km ke selatan Kuala Lumpur. Negeri Sembilan, yang bermaksud sembilan negeri, mempunyai banyak perkampungan yang melalui pembangunan perbandaran. Kini semuanya berubah secara perlahan.Negeri Sembilan turut dikenali kerana mempunyai pengaruh Minangkabau yang kuat, yang masih dapat dilihat dalam senibina dan struktur keluarga di sini.

Orang-orang Minangkabau telah berhijrah merentasi Selat Melaka dari Sumatra berkurun lamanya, dan rumah tradisi mereka masih dapat dilihat mempunyai ciri bucu tajam seakan-akan tanduk tajam kerbau. Beberapa contoh pengaruh senibina ini masih dapat dilihat pada Masjid Negeri dan Bangunan Setiausaha Negeri.Orang-orang Minangkabau Negeri Sembilan juga masih mengamalkan sistem adat perpatih, di mana wanita menjadi ketua rumah, dan ini adalah satu-satunya negeri yang mengamalkan sistem ini.

Orang-orang Minangkabau Negeri Sembilan juga masih mengamalkan sistem adat perpatih, di mana wanita menjadi ketua rumah, dan ini adalah satu-satunya negeri yang mengamalkan sistem ini.Selain kawasan pantai, terdapat juga banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah untuk dikunjungi di negeri ini.


Kompleks Kraf Negeri Sembilan
Kompleks Kraf Negeri Sembilan merupakan sebuah pusat persinggahan setempat bagi mendapatkan produk kraf serta maklumat mengenai seni dan warisan kraf Negeri Sembilan.


Rembau Crystal
Ini adalah pusat pembuatan dan perkampungan kristal terbesar di Malaysia.


Port Dickson
Kawasan pesisiran pantai Port Dickson (PD) terkenal sebagai destinasi percutian hujung minggu.


Jeram Gading
Sungai yang dipenuhi bongkah batu ini sesuai untuk berkelah dan berenang kerana dikelilingi hutan hijau yang bersih.


Homestay Kampung Pelegong
Masyarakat Negeri Sembilan terkenal dengan keramahan mereka sebagai tuan rumah. Alami cara hidup mereka di kampung tradisional.


Muzium Tentera Darat
Selangkah ke gedung sejarah ketenteraan negara mengingatkan kita tentang perjuangan, keringat, darah, nyawa dan airmata.


Istana DiRaja Seri Menanti
Istana DiRaja Seri Menanti terletak di bandar Sri Menanti, Negeri Sembilan.


Pantai Lagun Biru
Pantai yang tersembunyi ini terkenal di kalangan penduduk tempatan dan sesuai untuk berkelah di hujung minggu.


Kg. Stay Padang Lebar
Rasai sendiri keseronokan tinggal di kampung Melayu.


Jelita Ostrich Farm
Ladang di kawasan seluas 4.2 hektar itu disahkan Malaysia Book of Records (MBR) sebagai ladang burung unta pertama di Malaysia.


Kg. Gebok Mantin
Boleh diketegorikan sebagai tempat pelancongan tak negori kelahiran mak bapak den ni..hahahah


Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Monday, 8 November 2010

Pusat dan Tempat Pelancongan Di Melaka

Negeri Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.

http://lh5.ggpht.com/_ZOVF5DGhXrQ/SxaaPrD0QkI/AAAAAAAADeI/MttarmLThE4/IMG_0743.JPG
Melaka terkenal pusat pelancongan di Melaysia kerana mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik..
Sekiranya anda berkunjung ke Melaka anda boleh melawat tempat-tempat yang menarik ini..

Bangunan Bersejarah
1. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
2. Istana Kesultanan Melayu Melaka
3. Masjid Peringgit
4. Masjid Tengkera
5. Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka
6. Bangunan Stadthuys

Tapak Bersejarah
1. Makam Hang Tuah
2. Makam Tun Teja
3. Perkuburan Belanda
4. Makam Hang Jebat
5. Makam Hang Kasturi
6. Perigi Hang Li Poh
7. Makam Sultan Hussein
8. Perigi Hang Tuah
9. Perigi Raja
10. Kota Kuala Linggi
11. A Famosa
12. Kota St. John

Tempat Agama Bersejarah
1. Gereja Christ
2. Gereja St. Francis Xavier
3. Gereja St. Paul
4. Gereja St. Peter
5. Masjid Kampung Hulu
6. Masjid Tengkera
7. Masjid Tanah
8. Masjid Kampung Kling
9. Masjid Al-Azim
10. Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi
11. Kuil Sam Po Kong
12. Kuil Hang Li Poh
13. Kuil Cheng Hoon Teng Temple

Tempat Bersejarah
1. Melaka Pindah
2. Kampung Tedong
3. Porta De Santiago
4. Persiaran Jonker - Jonker Walk
5. Villa Sentosa
6. Tanjong Tuan
7. Kota St. John
8. Dataran Portugis
9. Kampung Chitty
10. Masjid Selat
11. Kampung Semabok

Muzium Di Melaka
1. Muzium Pemerintahan Demokrasi
2. Muzium Tuan Yang Terutama
3. Muzium Islam Melaka
4. Istana Kesultanan Melaka
5. Muzium Sejarah dan Ethnografl
6. Galeri Laksamana Cheng Ho
7. Muzium Sastera
8. Muzium Belia Malaysia
9. Galeri Seni PERZIM
10. Muzium Rakyat
11. Muzium Kecantikan
12. Galeri Layang-layang
13. Muzium Samudera (Replika Flor de La Mar)
14. Muzium Samudera Fasa II
15. Muzium TLDM (ditutup untuk naiktaraf)
16. Muzium UMNO
17. Kapal Ex-KD Sri Terengganu (ditutup untuk naiktaraf)
18. Muzium Orang Asli, Ayer Keroh (ditutup untuk naiktaraf)
19. Muzium Adat Istiadat, Alor Gajah
20. Muzium Pertanian, Jasin
21. Muzium Laut
22. Muzium Warisan Baba dan Nyonya
23. Muzium Pulau Besar
24. Muzium Setem Melaka


Tempat-Temapat Menarik Di Ayer Keroh
1. Taman Mini Malaysia
2. Taman Mini Asean
3. Zoo Melaka
4. Taman Burung
5. Hutan Rekreasi Ayer Keroh
6. Taman Buaya
7. Dataran Sejarah
8. Taman Budaya Melaka
9. Muzium Orang Asli
10. Taman Ular dan Reptilia
11. Tasik Ayer Keroh
12. Auyin Hill Resort
13. Taman Rama-rama

Tempat Menarik Lain
1. Sungai Melaka
2. Menara Taming Sari
3. Dataran Pahlawan
4. Dataran Sejarah
5. Dataran Bandaraya
6. Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang
7. Taman Rekeraksi dan Air Terjun Gunung Ledang , Asahan

Pantai dan Pulau
1. Pantai Klebang
2. Pantai Tanjung Bidara
3. Pantai Puteri
4. Pantai Pengkalan Balak
5. Pantai Kundor
6. Pulau Besar
7. Pulau Upeh

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.

Tuesday, 17 March 2009

Pulau Sipadan



Salah satu impian saya adalah ingin ke Pulau Sipadan, Sabah. Saya sangat tertarik dengan keindahan pulau ini dan sememangnya akan memukau apabila melihatnya. Air lautnya yang jernih adalah tempat terbaik untuk aktiviti scuba. Satu hari saya pasti akan ke sana Insya-Allah.


Seorang penyelidik laut yang terkenal di dunia Jacques Couteau menggambarkan Pulau Sipadan sebagai "hasil seni agung yang tidak diusik manusia". Pulau ini juga adalah satu dari lima destinasi aktiviti menyelam yang terbaik di dunia, Penyelam terbaik dunia menjadikan pulau ini sebagai destinasi wajib bagi mereka.


Pulau Sipadan mempunyai saiz yang agak kecil iaitu seluas 12 hektar dan satu-satunya pulau laut dalam di Malaysia. Pelawat boleh berjalan mengelilingi pulau ini di dalam masa 25 minit sahaja. Ianya terletak kira-kira 700 meter dari aras dasar laut dan menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau yang di kelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.

Hutan tebal di pulau ini menampung sejumlah besar spesis burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali, 'sunbird', 'starling' dan merpati kayu dan telah diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan burung pada tahun 1933 oleh Kerajaan kolonial Borneo Utara dan diwartakan semula pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaysia. Hidupan krustasia eksotik termasuk ketam kelapa bertaburan di pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan di sini.

Sewaktu menyelam di sini, para penyelam skuba mempunyai peluang yang tinggi untuk menemui penyu, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' dan ikan alu-alu yang banyak terdapat di sekitar perairan pulau terumbu karang ini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Monday, 2 March 2009

Taman Tema Air Panas Pedas Rembau Negeri Sembilan



Penahkah anda mendengar Taman Tema Air Panas Pedas, kalau anda nak tahu, taman tema ini semakin popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Boleh dikatakan taman tema ini selalu dikunjungi aku kerana rumah mertua kakak aku satu kilometer saje dari sini, jadi kalau kebetulan lalu disini untuk mengambil kakak aku, taman ini wajib aku singgah. Walaupun ia tidak sebesar taman tema yang lain seperti Desa Water Park, tetapi taman tema ini mempunyai keunikannya tersendiri.

Apa yang uniknya disini?
Taman tema ini menggunakan sumber air panas semula jadi yang dikatakan ditemui penduduk di situ pada abad ke-19. Air panas ini dikatakan menyembuhkan pelbagai penyakit kulit serta lenguh sendi dan melegakan otot badan serta saraf yang tegang. Jadi tidak hairanlah taman teman ini didatangi pelancong dari Thailand, Jepun, dan Singapura untuk mengubati pelbagai penyakit.



Taman tema ini adalah yang pertama di Malaysia yang menggunakan sumber air panas semula jadi. Uniknya air ini tidak mempunyai sulfur.

Sebelum taman tema ini dibuka pada orang ramai pada tahun 1999 ia dikenali sebagai Wet World Resort Pedas Hot Spring. Selalunya aku pergi pada hujung minggu, jadi aku anggarkan lebih 4000 hingga 6000 pengunjung, memang padat gila, nak je aku bagi cadangan agar diperbesarkan lagi taman tema ini.



Banyak kemudahan yang disediakan di sini seperti restoran, gimnasium, surau, bilik persalinan, gelanggang tenis, kedai cenderamata dan banyak lagi, dan yang paling penting anda boleh cuci mata, kerana pelancong asing yang datang dengan tanpa rasa malunya akan memakai bikini dan terbaring di tepi kolam..hehehe...tapi aku takde lah cuci mata, cuma nak bagi tahu saje.

Bukan itu saja, di sini juga mempunyai ombak buatan manusia setinggi satu meter lebih. Jadi anda yang sudah bosan ke laut boleh datang di sini.


BLOG RAHMAN BASHRI

Taman tema itu dibuka setiap hari bermula dari jam 1 petang hingga 7 malam manakala pada hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah, ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 7 petang.

Pengunjung dikenakan bayaran masuk RM10 bagi dewasa manakala kanak-kanak RM8 dan mereka yang menjadi ahli kelab bakal beroleh manfaat dengan harga potongan 10 peratus.

Terletak di Kilometer 20, Jalan Seremban - Tampin dan pengunjung yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan boleh turun ke Plaza Tol Senawang dan terus menuju Jalan Seremban - Tampin.

Fasiliti yang ada kat sini adalah seperti Kolam khas untuk kanak-kanak, Restoran dan Kafetaria, Tempat Letak kereta yang luas(tak payah risau tentang parking kereta tiada), sewa pelampung, Surau, tandas dan bilik persalinan, Spa dan permainan yang menyeronokkan.

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Tuesday, 3 February 2009

Pulau Tioman


Pulau Tioman merupakan destinasi percutian yang paling mempesona di Laut China Selatan, terletak kira-kira 56km dari pantai negeri Pahang. Tersohor sebagai salah sebuah destinasi percutian pulau yang terhebat di dunia, Pulau Tioman pernah menjadi lokasi penggambaran filem muzikal Hollywood, 'South Pacific' pada tahun 1959.

Menurut cerita legenda, pulau ini merupakan tempat tinggal puteri naga dongengan. Perairan yang suam dan jarak penglihatan yang tinggi di bawah laut menjadikan Pulau Tioman destinasi popular di kalangan penyelam.

Saksikan pemandangan yang mengagumkan termasuk karang lembut Gorgonian, karang Staghorn, 'nudibranch' dan pelbagai bentuk hidupan laut yang indah. Penyelam berpeluang berenang di sisi ikan Napoleon Wrasse yang besar, ikan Golden Striped Trevally, Bumphead Parrotfish dan kumpulan ikan Fusiliers.

Terdapat beberapa buah perkampungan di sepanjang pantai di sekeliling pulau ini, antaranya Kampung Salang, Tekek, Genting, Paya dan Juara.

Setiap kampung menawarkan suasana yang berbeza dan unik. Kawasan pedalaman Pulau Tioman yang berhutan juga menjadi tempat tinggal pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan kecil termasuk rama-rama, mengkarung, rusa dan monyet.

Tumbuhan dan haiwan liar yang terdapat di Pulau Tioman juga pernah dipaparkan di dalam dokumentari National Geographic. Formasi batu granit yang membentuk pulau ini menjadikannya lokasi yang hebat untuk aktiviti memanjat batu.

Bagi mereka yang lebih berani, boleh mencuba memanjat tebing Gunung Nenek Semukut (juga bergelar Dragon's Horns). Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort menawarkan tempat penginapan yang mewah, berlatarbelakangkan pemandangan bukit-bukau yang beralun.



If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Have you found this post useful? If so please share it:

Wednesday, 17 December 2008

Malaysia Calendar 2009

The Malaysia calendar 2009 shows that for the year 2009, there is a total of 13 days of national holidasy. The Malaysian school holidays 2009 is not available yet. Once they are available, they will be updated on this site.
On top of this national level holidays, there are also a few days of state holidays that are declared by the various states and federal territories. Details of the Malaysia calendar 2009 holidays are listed below.
If you plan to stay in the resorts or hotels in Malaysia and is on tight budget, plan your holidays so as not to coincide with the public holidays as most of the hotels will have surcharges during this time.
While you are here, try joining the many "open house" during the national festivals such as Hari Raya Puasa, Chinese New Year, Deepavali and Christmas. Food and refreshments will be served during this time to celebrate these events. Look out for the announcements on the newspaper. Have a great time together with other Malaysians during this celebrations.



Malaysia Calendar 2009 National Holidays


JANUARY
26 Jan (Monday) & 27 Jan (Tuesday): Chinese New Year

MARCH
9 March (Monday) : Prophet Muhammad's Birthday

MAY
1 May (Friday) : Labour Day
9 May (Saturday): Wesak Day


JUNE
6 June (Saturday): Birthday Celebration of Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong

AUGUST
31 Aug (Monday): National Day

SEPTEMBER
20 Sept (Sunday) & 21 Sept (Monday): Hari Raya Puasa *

OCTOBER
17 October (Saturday): Deepavali

NOVEMBER
27 Nov (Friday) : Hari Raya Haji/Qurban*


DECEMBER
18 Dec (Friday): Awal Muharram (Maal Hijrah)*
25 Dec (Friday): Christmas

* Subject to changes

Monday, 1 December 2008

Tentang Malaysia

Malaysia terletak di jantung Asia Tenggara dan nyaman untuk tinggal dengan stabilitas politik dan iklim ekonomi nya. Malaysia berada di peringkat ke-20 untuk kota globalisasi menurut Majalah Foreign Policy yang ber-basis di Amerika. Sedangkan di Asia, Malaysia di peringkat ke-2 setelahSingapura. Malaysia adalah negara tropis dengan lahan yang sangat beragam dan terdiri dari terumbu karang, hamparan luas pasir putih, bukit-bukit hijau, barisan bebatuan, gunung, jaringansungai air-jernih cocok untuk arung jeram, dedanauan, dan hutan hujan tropis yang luas. Ibukota Malaysia adalah Kuala Lumpur dengan perpaduan tradisionil dan moderen. Kuala Lumpur di lengkapi dengan system transportasi moderen seperti jalan raya, transportasi ringan dan cepat,bus, dan taksi. Kota ini juga di penuhi dengan pusat pembelanjaan, dan sector bisnis lain. Malaysia menjadi terkenal di regional ini karena menawarkan pendidikan tingkat tinggi pribadiyang berkualitas.

Informasi yang berkaitan:
Lembaga Wisata Malaysia ( Malaysian Tourism Board)
http://tourism.gov.my/corp/default.asp


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...