Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label Games. Show all posts
Showing posts with label Games. Show all posts

Wednesday, 15 April 2009

Permainan Dalam Talian Percuma Di Game.Com.My


Anda berminat untuk bermain permainan dalam talian? Saya ada satu website dimana semua permainan disedikan dalam talian. Website ini berasal dari Malaysia. Walaupun permainannya tidak sehebat permainan di website dari Amerika, tetapi cukup untuk menghilangkan rasa bosan anda. Sekiranya anda berminat klik di sini

Tapak permainan dalam talian di mana anda boleh bermain permainan percuma, permainan aksi, permainan berbilang pemain, permainan kemahiran, permainan papan & kad, permainan pengembaraan, permainan perlumbaan, permainan sukan, permainan teka teki dan banyak lagi.

Selamat Mencuba.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Sunday, 15 March 2009

Muat Turun 'Game' Percuma



'Game' adalah salah satu aktiviti yang banyak dilakukan orang di depan komputer, baik untuk mengisi masa lapang atau sekadar untuk menghiburkan fikiran yang bercelaru dengan masalah. Banyak jenis game yang anda boleh bermain dari game ringan hingga game yang memerlukan spesikasi hardware komputer yang tinggi.

Sekiranya anda berminat untuk bermain game yang tidak memerlukan spesifikasi yang tinggi, yang selalunya seperti Arcade, Racing, Action, Shooting, Puzzle, dan lain-lain. Game tersebut kebanyakkan mempunyai saiz yang kecil, bermula dari 5MB ke 20Mb dan memudahkan anda untuk muat turun. Anda boleh mengunjungi Game Top.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Saturday, 22 November 2008

Permainan Memancing N-Gage












MEMANCING dalam dunia game mungkin dianggap bosan bagi pemancing tegar namun kalau anda mencuba permainan Hooked On: Creatures Of The Deep yang boleh didapati melalui platform N Gage oleh Nokia, senario pasti berubah.

Game yang dihasilkan pembangun dari Poland ini memaparkan kegilaan memancing di lautan yang memiliki reka bentuk grafik menarik walaupun dimainkan melalui telefon bimbit.


Pemain perlu mengutip markah dari setiap hasil tangkapan untuk membolehkan tahap anda dinaikkan, malah secara tidak langsung ia membuka kunci kepada ciri baru seperti kawasan, produk memancing dan permainan mini.

Amat membanggakan apabila Hooked On: Creatures Of The Deep memiliki empat kawasan memancing yang hampir sama dengan tempat memancing di Costa Rica, Alaska, Scotland dan Thailand jika anda membandingkannya bersama gambar diperoleh di Internet.

Anda akan memulakan permainan di Costa Rica dan penulis mendapati ia mengujakan apabila permainan ini membenarkan pemain memilih peralatan memancing di kedai maya disediakan.

Hooked On: Creatures Of The Deep memiliki gabungan grafik dua dan tiga dimensi (2D dan 3D), malah peta disediakan berkonsepkan animasi. Contohnya, anda boleh melihat bot lain yang turut memancing bersama di kiri atau kanan.

Butang permainan untuk dimainkan amat mudah dengan pemain tidak perlukan sehingga lebih tiga butang untuk menggerakkan perkakasan memancing.

Sementara itu, pemain yang memulakan permainan akan mendapati meter di atas menunjukkan beberapa tanda seperti ikan berada dekat, kekuatan tangkapan dan tahap kecekapan.

Kombinasi audio yang ditonjolkan boleh memuaskan hati namun ia boleh diperbaharui terutama berkaitan bunyi laut namun jika dinilai secara keseluruhan, Hooked On: Creatures Of The Deep ternyata hebat!

Aplikasi N-Gage untuk memainkan game ini boleh dimainkan di beberapa model telefon Nokia termasuk siri N termasuk N81, N96, N81 8GB, N82, N95 8GB atau Nokia N95 dan Nokia 5320 XpressMusic.



Info

TAJUK: Hooked On: Creatures Of The Deep

PLATFORM: Nokia N-Gage

GENRE: Aksi, sukan

TARIKH DIPASAR: tidak didapati

PENERBIT: Nokia

DIBANGUN OLEH: Infinite Dreams
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...