Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sunday, 8 April 2012

Manusia Kini Angkuh Berkereta Besar


Saya yakin masih ada lagi orang yang tidak percaya bahawa cuaca dunia hari ini telah berubah dan semakin mengganas. Penyebab utama perubahan cuaca ini ialah bahang dari bumi yang telah memecahkan lapis ozon. Lapis ozon yang melingkari bumi ini bertanggungjawab mengurangkan terik panahan matahari. Lapisan ozon adalah payung untuk umat manusia di bumi. Tanpa lapisan ozon bumi menjadi panas dan cuaca berubah.

Lapisan ozon telah dimusnahkan oleh bahang panas yang wujud hasil daripada proses pembakaran di kilang-kilang atau pembakaran arang batu. Kepulan asap dan bahang dari kilang-kilang ini dapat dilihat jelas. Kerana dapat dilihat maka asap dan bahang ini semakin dapat dikawal. Contohnya, pembakaran arang batu sebagai sumber tenaga elekrik semakin dikurangkan.

Tetapi ada satu lagi yang pemusnah lapisan ozon yang utama iaitu kereta. Kereta adalah penjenayah utama perosak lapisan ozon di permukaan atmosfera bumi. Pembakaran minyak petrol untuk menggerakkan kereta telah dibuktikan sebagai sumber utama perosak ozon. Dunia menjadi panas dan berbahang kerana kereta. Sekali pandang memang tidak masuk akal, apakah sebuah Kancil atau Kelisa dapat mengganggu-gugat alam semulajadi ini. Tetapi itulah hakikatnya yang perlu kita percaya.

Tetapi kereta dalam dunia ini bukan hanya Proton, Satria 1.3 dan Waja. Dalam dunia ini ada ratusan juta kereta yang terus bergerak tanpa henti-henti di seluruh pelosok dunia. Kereta bergerak kerana minyak dibakar. Minyak dibakar akan mengeluarkan asap. Asap ini mengandungi Karbon Monoksida. Ratusan juta kereta ini mengeluarkan ratusan juta Karbon Monoksida yang naik ke udara untuk menjadi bahang. Bahang ini merosak dan membocorkan lapisan ozon.

Keberahian umat manusia moden hari ini untuk memiliki kereta semakin tidak dapat dibendung. Dua negara terbesar - India dan China - sedang merangka industri automobil mereka. Negara China telah menjadi negara ketiga terbesar sebagai pengeluar kereta. Bayangkan berjuta-juta lagi jumlah kereta akan berlegar di jalan-jalanraya di India dan China.

Kota-kota kuno seperti Beijing dan New Delhi yang sentiasa padat oleh penduduk, kini diasak dan disempitkan lagi oleh kedatangan kereta. Lebuhraya dan jalan baru perlu didirikan untuk menampung kereta. Tanah yang dahulunya untuk pertanian, untuk kawasan lapang atau tanah untuk kayu kayan kini diambil oleh kereta. Tanah-tanah juga diperlukan untuk membuat kilang kereta dan untuk tempat letak kereta.

Bangkok, Jakarta, Manila, Shanghai, Karachi, Rio, Mexico City, Bombay, Kaherah atau Lagos adalah contoh kota di mana asakan kereta semakin menjerut leher penduduk. Udara kota semakin kotor. Tahap bingar dan bising semakin meninggi. Kualiti gaya hidup yang diharapkan dibawa oleh kereta kini membuktikan sebagai satu ilusi. Asakan yang sama juga sedang kita rasakan di Kuala Lumpur, Penang, Johor Baru dan bandar-bandar kecil di semenanjung.

Dilanda banjir, taufan


Membakar minyak petrol untuk menggerakkan kereta telah menjadikan cuaca dunia semakin tidak menentu. Hasilnya sedang kita saksikan.

Bulan Julai dan Ogos adalah musim panas tetapi di England ianya telah bertukar menjadi musim hujan. Banjir besar telah melanda utara dan barat England. Ini satu banjir terbesar dalam sejarah England semenjak 200 tahun. Kota-kota pedalaman telah dinaiki air.

Di tanah besar China pula hujan lebat telah turun. Limpahan air telah menewaskan 400 orang penduduk. Pada 23 Jun yang lalu ribut taufan telah melanggar kota Karachi dan menewaskan 200 penduduk. Tiga hari kemudian taufan telah melanggar wilayah Baluchistan, seratus orang telah mati dan 200 lagi dilaporkan hilang. Angin monsun yang sama datang melanggar India. Telah diberitakan 750 orang telah mati dan hampir 8 juta penduduk terpaksa berpindah.

Banjir juga telah melanda Amerika. Sungai Antonio di Texas telah melimpah dan 300 keluarga terpaksa di pindahkan. Ini masih dilihat kecil jika dibandingkan dengan apa yang berlaku pada tahun 2005 di New Orleans apabila ribut taufan Katrina datang melanggar.

Dalam masa yang sama mari kita beralih ke kawasan di persisiran Laut Tengah. Di kawasan ini bukan banjir yang melanda tetapi cuaca menjadi hangat dan berbahang. Di beberapa wilayah Eropah Timur suhu cuaca telah naik menjadi 40C ( 04F). Di Bulgaria suhu telah melintasi 45C (113F). Di Romania kerajaan telah memberi amaran 'merah' kepada penduduk apabila suhu naik hingga ke 41C (106F).

Di Greek, Italy, Sepanyol dan Perancis suhu panas ini telah mengeringkan daun dan rumput rampai. Hasilnya kawasan hutan simpan terbakar. Ini terjadi di pelbagai pelosok di kawasan persisiran Laut Tengah.

Agensi berita telah melaporkan lebih dari 500 orang telah mati di Hungary apabila cuaca menjadi 41.9C (107F). Di Romania 30 penduduk telah mati kepanasan. Cuaca panas yang sedang melanggar kawasan-kawasan ini tidak pernah terjadi semenjak 120 tahun. Masih ada lagi tidak percaya lagi bahawa cuaca dunia telah berubah?

Perubahan cuaca


Mungkin ramai pembaca yang akan percaya tentang perubahan cuaca. Penunjuknya untuk kita semua semakin jelas. Wilayah Johor baru sahaja tenggelam. Kini banjir beralih ke utara. Kawasan di Bukit Mertajam pula dilanda banjir. Manakala di Kuala Lumpur biasanya di akhir bulan Julai cuaca akan panas dan berjerebu. Tiba-tiba hujan dan banjir datang. Bagaimana pula fakta kereta sebagai penyebab utama perubahan cuaca ini?

Saya yakin masih ramai antara kita yang akan menolak fakta ini walaupun fakta ini sedang berdiri lima kali di hadapan mata. Keberahian manusia terhadap kereta telah melalikan akal fikrah manusia dari membuat perhitungan yang tepat. Keselesaan bergerak dengan memiliki kereta persendirian dilihat sebagai moden, bergaya dan memiliki kelas. Kereta telah dinobatkan sebagai tuhan.

Manusia moden hari ini telah begitu angkuh dan tidak mahu menerima hakikat bahawa kereta adalah penyebab utama yang menjadikan suhu di dunia kita hari ini cerca merba. Hari ini dunia sedang menggunakan 84-+ juta tong minyak sehari. Kurang lebih 20% dari bahan bakar ini digunakan untuk kilang, kuasa elektrik dan pemanas rumah. Yang lebihnya ialah untuk kereta. Pembakaran minyak kereta inilah yang sedang mengasak perubahan suhu dunia hari ini.

Enam belas tahun dahulu saya masih ingat lagi ketika saya tinggal di Cheras, saya telah melihat untuk pertamakalinya contengan-contengan di dinding tentang lapisan ozon. Contengan dan grafiti ini dibuat oleh anak-anak muda yang membantah penggunaan kereta dan menggalakkan wargakota Kuala Lumpur menggunakan basikal.

Seperti biasa contengan grafiti ini dianggap sebagai vandalisme dan perosak harta benda. Seperti biasa amaran dikeluarkan untuk menakut-nakutkan anak muda. Tindakan anak-anak muda ini diperlekeh. Mereka dianggap hipi, perosak dan malas bekerja. enam belas tahun kemudian grafiti di tembok-tembok itu sedang menjadi kenyataan. Hari ini perbincangan terhadap suhu dan lapisan ozon telah sampai ke PBB. Kesedaran terhadap ozon dan perubahan cuaca telah meningkat.

Tetapi sayangnya - kereta sebagai penyebab utama cuaca berubah masih belum dibincangkan. Ini samalah seperti membincangkan agenda Palestin tanpa membincangkan peranan Israel. Selagi kereta persendirian mundar-mandir membakar minyak, selagi itulah dunia akan berbahang. Selagi Israel mundar-mandir di Timur Tengah selagi itulah rakyat Arab tidak tenteram.

Apakah manusia telah 25 tahun terlambat seperti umur saya? Saya tidak tahu. Apa yang jelas ialah manusia masih lagi angkuh dan berahi untuk memiliki kereta persendirian yang hebat dan mewah. Anda fikir-fikirkanlah.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

1 Comments:

  1. memang kereta menjadi salah satu punca pemanasan global...kurangkan penggunaan kereta ayuh guna kenderaan awam...ayuh BERSIH 3.0..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...