Kita seharusnya menyedari bahawa bumi ini sebenarnya saban hari berkata-kata kepada manusia, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a yang berkata : “Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia sepuluh perkara :
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
assalamualaikum..perkongsian yg bagus. aku ada cerita tentang 'WANITA PURDAH dan DUNIA". tpi PDF la. cmner erk nak kongsi. semoga terus tetap dlm menghitung hari2 sebelum kematian mengintai..amin ya Rabb. selamat berjuang buat ko sahabat!
ReplyDeleteWaalaikumsalam...terima kasih..maksud ko nak kongsi dalam blog ko ker? panjang ke tulisan nya...tulis je la? kalau nak convert ke ms word aku tak tau...insya-Allah...
ReplyDelete