Tuesday, 3 March 2009
Arak Punca Segala Kejahatan
Aku teringat masa sekolah asrama dulu ustaz aku ada cerita mengenai anak Saidina Omar Al-Khattab yang telah meminum arak lalu selepas meminum, anak beliau telah berzina. Setelah mengetahui perbuatan anaknya itu, Saidina Umar Al-Khattab telah menyebat anaknya sebanyak 100 kali di punggung oleh sebab berzina.
Aku nak memberi sedikit ulasan kenapa arak adalah segala punca kejahatan.
Dengan arak seseorang itu seperti orang hilang akal dan menjadi bahan ketawa bagi kanak-kanak dan tercela bagi mereka yang berakal.
Disebabkan arak seseorang itu boleh hilang segala kekayaan, wang ringgit dan akal fikiran.
Disebabkan arak akan muncul perbalahan atau permusuhan di antara sahabat.
Disebabkan arak akan menghalangi seseorang itu mengingati Allah dan menghalang dia mengerjakan solat.
Disebabkan arak akan mendorong perbuatan zina, kerana pemabuk akan mudah menceraikan isterinya tanpa disedari.
Disebabkan arak akan mudah sekali melakukan perbuatan terkutuk.
Disebabkan arak mereka akan menyakiti keluaraga dan temannya kerana mengiringi ke tempat fasik.
Mereka yang meminum arak wajib dihadkan hukuman 80 sebatan di dunia dan sekiranya hukuman ini tidak dilaksanakan di dunia, hukuman di akhirat lagi berat kerana akan diseksa dengan cemati berapi.
INFO TO YOU
Jadi aku menasihati semua kawan-kawan dan juga diri aku, jauhi arak kerana tiada faedahnya pun. merugikan diri sendiri.
Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih untuk info ni...
ReplyDelete