Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, 6 March 2009

Memperingati Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Sempena menyambut ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 9 Mac ini aku ingin berkongsi serba sedikit mengenai kehebatan baginda dalam memperjuangkan Islam di dunia ini. Kita sebagai pengikut yang setia haruslah memperingati segala jasa-jasa yang baginda curahkan dalam perjuangan beliau.

Mengapa umat islam perlu mengenang kembali kelahiran Nabi Muhammad SAW?
Hubungan kita dengan Rasulullah SAW adalah hubungan yang berterusan, Syahadah mengiktiraf bahawa hidup ini hanya untuk beribadah kepada Allah dengan mengikut ajaran Rasulullah SAW, manusia mudah alpa dan perlu diingat dari masa ke semasa, Allah memberikan kita Islam bukan hanya dalam bentuk teori tetapi amalinya adalah dengan mencontohi Sirah Nabi SAW, Sahabat mengajar anak-anak mereka Sirah, sebagaimana mereka mengajar anak-anak mereka al-Quran dan kesimpulannya memperingati Nabi Muhammad sebagai usaha untuk memperbaharui komitmen kita kepada mempelajari contoh amali kepada Islam, iaitu sebagaimana yang diamalkan oleh Baginda.

Untuk memperingati Nabi Muhammad SAW bukan sahaja menyambut kelahiran beliau, ada banyak cara memperingati baginda dengan cara berselawat ke atas baginda mengikut segala Sunnah Beliau.

Jadi datanglah beramai ramai pada 9 Mac ini di Dataran Merdeka yang bermula pukul 7 pagi perarakan sempena Maulidur Rasul.

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

1 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...