Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, 2 April 2009

Cerita Di Sebalik Perayaan April Fool



Manusia itu memang sifatnya pelupa, itulah dia manusia. Walapun mengetahui sesuatu perkara itu tidak baik dilakukan, ia tetap dilakukan. Cara untuk menghindari sifat lupa mereka adalah dengan sentiasa mengingati mereka. Saya juga mempunyai sifat lupa yang sangat keterlaluan. Tetapi saya ingin menceritakan mengenai Sejarah atau asal usul April Fool, mungkin anda semua sudah tahu dari mana asalnya perayaan ini, tapi masih juga merayakannya.Mungkin anda tidak tahu ataupun anda tahu tapi buat endah tak endah. Walau apapun hindarilah perayaan ini. Inilah cara bagaimana orang barat menghina Islam. Cerita ini saya ambil dari Risalah Fikrah.

Ia ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.


Sungguh sedih cerita di ataskan. Lupa pulak, saya juga pernah meraikan perayaan ini, tetapi masa itu saya masih jahil dan tidak mengtahuinya cerita di sebaliknya. Selepas saya tahu, terus saya tidak merikannya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Have you found this post useful? If so please share it:

4 Comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. salam..hm..baik lah. insyallah. ko mmg ade ciri untuk jadi pro blogger. moga berjaya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...