Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, 17 April 2009

Filem Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam



Judul Bohsia mungkin agak liar, nakal dan mungkin agak keterlaluan, tetapi bagi pengarahnya, Syamsul Yusof mahu masyarakat tidak melihatnya dari luaran saja tanpa memahami apa yang hendak disampaikan menerusi filem itu.Tapi jangan melihat pada perkataan Bohsia saja, tetapi renungi juga sebaris ayat pendek yang menjadi tag-line filem ini iaitu Jangan Pilih Jalan Hitam. Bagi Syamsul untuk mendekati dan memahami masalah golongan ini, kenalah ada pendekatan yang bersesuaian supaya mereka boleh menerimanya dengan mudah.

Katanya, bukanlah satu kesalahan dia memilih Bohsia sebagai judul filem kedua arahannya kerana perkataan itu sudah diterima oleh masyarakat yang merujuk kepada masalah berkaitan dengan remaja perempuan.“Bohsia adalah cerita remaja. Jangan lihat pada judulnya tetapi pada keseluruhan cerita filem ini. Kalau kita melihat dari sudut negatif, memanglah semuanya dianggap negatif saja. Ia paparkan apa isu yang ada sekarang. Ia realiti yang berlaku sekarang. Kenapa mereka jadi macam itu (jadi bohsia), adakah ia berpunca daripada keluarganya, masyarakat dan sebagainya.

“Tajuk Bohsia itu sendiri tidak sepatutnya dijadikan kontroversi kerana ia sudah menjadi ‘bahasa umum’ yang merujuk kepada sekumpulan remaja perempuan terjebak dalam gejala sosial. Malahan perkataan bohsia itu lebih lembut bunyinya berbanding kalau kita menyebut perempuan jalang atau sundal,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem itu di Ukay Perdana, Hulu Klang, baru-baru ini. Syamsul berkata apabila dilihat secara positif, filem Bohsia ini boleh dianggap sebagai kritikan sosial yang mempersoalkan apakah tindakan dan peranan keluarga dan masyarakat dalam menangani permasalahan itu.



“Isu bohsia dalam filem berpunca daripada keluarga. Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab memperkosa anaknya sendiri. Si anak tertekan dan tanpa sokongan masyarakat sekeliling dia memilih haluan sendiri, bergaul dan mengamalkan kehidupan secara bebas sehinggalah digelar bohsia.“Saya tidaklah meminta golongan remaja bermasalah memilih jalan hidup yang tidak elok. Sebab itulah tagline filem ini adalah Jangan Pilih Jalan Hitam. Cuma saya berasakan perlu juga melalui filem ini ditunjukkan apa sebenarnya peranan kita untuk mengatasi masalah bohsia,” jelasnya.

Pada usia masih muda iaitu 23 tahun, Syamsul berasakan memang mudah untuk ‘menjiwai’ permasalahan dalam kehidupan bohsia kerana segala maklumat yang diperolehi dan menjadi subjek dalam filem kedua arahannya adalah hasil pergaulannya dengan golongan itu.Selain mengarah, sekali lagi dia turut menjadi antara barisan pelakon filem ini. Pelakon lain ialah Nasir Bilal Khan, Aaron Aziz, Nabila Huda, Salina Saibi, Diana Danielle dan Korie.

Filem itu yang kini sudah lebih 20 hari menjalani penggambaran dianggap tidak memberi tekanan kepada Syamsul berbanding ketika mengarahkan filem pertamanya Evolusi: KL Drif.
“Jadual kerja untuk mengarahkan filem ini tidak ketat. Saya anggap bekerja secara sihat sepanjang mengarahkan filem Bohsia. Jadualnya agak fleksibel. Saya masih ada masa untuk berehat. Masa mengarahkan filem Evolusi: KL Drift memang cukup tertekan dan rasa macam tersiksa.“Setiap masa adalah kerja. Penggambaran dari pagi hingga hampir subuh. Keesokannya kena ke lokasi lagi. Memang sewaktu buat KL Drift saya hampir putus asa, perit rasanya.

“Tetapi KL Drift juga memberikan pengalaman dan disiplin kerja yang bagus kepada saya. Ia mengajar saya macam mana hendak mengatasi tekanan. Macam mengarahkan filem Bohsia, tekanan tetap ada tetapi tidaklah seteruk KL Drift,” katanya.Menurutnya, walaupun tidak sehebat KL Dritf. filem Bohsia tetap menampilkan babak aksi seperti adegan kejar mengejar menggunakan motosikal yang agak mencemaskan penonton dan perkelahian yang tegang.



Sementara itu, ditanya mengenai sambutan filem Evolusi: KL Drift, Syamsul berkata dia seperti tidak percaya filem arahan pertamanya itu mencatatkan kutipan kasar yang tinggi kerana ia adalah di luar jangkaannya.“Sasaran saya ialah filem itu tidak rugi. Itu sudah cukup. Ini kerana sebelum KL Drift ditayangkan, filem arahan Ahmad Idham iaitu Impak Maksima sudah masuk panggung. Malahan Impak Maksima versi drama juga sudah disiarkan di TV.

“Saya risau ia akan memberi kesan kepada filem KL Drif. Tapi tidak disangka sambutannya cukup menggalakkan. Saya peluk ayah dan emak kerana syukur dan berterima kasih kepada mereka yang tidak pernah putus memberi semangat kepada saya,” katanya.Filem Evolusi KL Drif mencatatkan kutipan kasar RM4.5 juta selepas lebih dua minggu ditayangkan pada 3 April lalu. Ia menjadi kutipan tertinggi bagi filem tempatan yang ditayangkan setakat April 2008.



If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

5 Comments:

  1. You are mistaken. Let's discuss. Write to me in PM.

    ReplyDelete
  2. The dogs bark, but the caravan goes on.

    ReplyDelete
  3. 0194513905..
    sy nk owg yg leh jaga sy..kol or sms..

    ReplyDelete
  4. 0194513905..
    sy nk owg yg leh jaga sy..kol or sms......

    ReplyDelete
  5. payday loans online no credit check
    online loans for bad credit
    loans online bad credit
    online loans for bad credit

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...