Bukan sahaja manusia dan binatang sahaja boleh berjangkit dengan Virus, Komputer juga boleh berjangkit. Malah fungsi Virus di Komputer seakan sama fungsinya dengan Virus yang menjangkiti manusia ataupun binatang. Tujuannya adalah untuk merosakkan sistem, data, perisian dan sebagainya. Setiap kali sesuatu sistem komputer baru dicipta sudah menjadi kemestian Virus juga akan muncul. Oleh sebab itu jugalah bermacam-macam cara untuk mengatasinya contohnya dengan perisian Antivirus, Antimalware dan lain-lain.
Dibawah saya ada senaraikan parasit-parasit atau bak kata orang Malaysia Virus(walaupun ia bukan Virus). Ini adalah sebahagian yang dapat saya senaraikan. Antaranya adalah Trojan, Malware, Adware, Spyware....Kebanyakkan parasit dibawah akan merosakkan dan memadam data-data di komputer anda.
Virus
Virus komputer adalah suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi di dalam sesebuah perisian.Ia berkemampuan mereplika dirinya dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer, dokumen, boot sector dan sebagainya. Virus akan aktif serta melakukan salinan diri sendiri apabila kita menjalankan program yang dijangkiti virus dan akhirnya pelbagai kerosakan berlaku seperti memadam data, mengubah data, merosakkan software dan juga boleh merosakkan perkakasan komputer. Contoh virus Brontok, Michealangelo, dan Tequila.
Trojan Horse (Trojan)
Trojan adalah program berbahaya kerana ia memberi kemampuan kepada penggodam untuk mengawal dan melakukan apa jua perubahan terhadap komputer tanpa disedari pengguna komputer. Ia juga mampu mencipta, memadam serta memindah fail tanpa dijejak. Contoh trojan adalah NetBus, ProRat, Sub7 dan lain-lain.
Worm
Worm atau cecacing adalah program yang berkemampuan mengeksploitasi kelemahan suatu sistem operasi (OS) serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer. Contohmya Worm 'sasser' melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat. Contoh lain adalah Worm 'CodeRed' mengeksploitasi kelemahan Windows 2000 iaitu pada file idq.dll, kelemahan pada buffer overflow Windows 2K.
Malware
Merupakan sebuah program komputer yang di ciptakan dengan maksud dan tujuan tertentu dari penciptanya yang mencari kelemahan dari perisian. Umumnya malware diciptakan untuk menceroboh atau merosakkan suatu perisian atau sistem operasi (OS).
Adware
Adware adalah program yang mengpop-up iklan dan/atau iklan yang tersembunyi dimasukkan ke dalam sesebuah program. Kebiasaanya program tersebut adalah program freeware, shareware dan sebagainya. Jadi, pengguna terpaksa menerima iklan tersebut. Contoh adware adalah 123 Messenger, 180SearhAssistant dan lain-lain.
Spyware
Spyware adalah program pengintip yang berupaya mendapat dan mengumpulkan maklumat pengguna komputer tanpa disedari. Pencerobohan ini menguntung pihak pengintip kerana maklumat boleh dijual tujuan promosi produk keluaran syarikat mereka terutama dan kebisaannya. Program ini boleh didatangi bersama secara sembunyi melalui program seperti freeware, shareware atau demo yang boleh dimuat turun dari internet. Contoh spyware adalah Zlob, DyFuCa, WinTools dan lain-lain.
Hijacker
Hijacker adalah program yang boleh mengubah setting pelayar web, menukar carian ke laman tertentu seperti laman pornografi. Dan yang paling teruk ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali, malah, mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa. Contoh hijacker adalah spymaxx, dir4you, hipointltd dan lain-lain.
Dialer
Dialer adalah program yang memasukkan fungsi sambungan ke internet, memutuskan sambungan komputer dari ISP local dan menukar atau menghubungkan kembali ke ISP lain dan telefon antarabangsa.
Keylogger (Keystroke Logger)
Keylogger adalah program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda, termasuklah perbualan email dan chat.
Cookies
Cookies dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada yang menyalahgunakannya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin untuk dijual bagi perolehi keutungan.
Spam
Spam melibatkan kegiatan emel yang tidak diundang dihantar dengan banyaknya tanpa keizinan pemunya emel dan ia mungkin kegiatan suka-suka, mengacau atau promosi iklan yang salah. Ia mengundang masalah dari segi ruang emel dan masa.
Wabbit
Istilah wabbit mungkin asing, tapi memang ada malware jenis ini. Seperti worm, wabbit tidak memerlukan suatu program dan/atau dokumen untuk bersarang dan membiak. Modus operandi wabbit adalah ia akan menggandakan dirinya seberapa banyak yang boleh secara terus menerus dan merosakkan sistem/software. Kesannya proses sistem akan menjadi semakin lembab kerana wabbit telah banyak memakan memori sistem dengan penggandaannya.
Backdoor
Ini adalah parasit yang main jalan belakang untuk mengemudi sistem dengan tanpa rela oleh sistem yakni, menceroboh. Ia terbahagi kepada 2 kumpulan; 1 mirip kepada Trojan dimana secara manual ia dimasukkan ke dalam fail program. Kumpulan ke 2 adalah mirip worm dimana ia dijalankan sebahagian daripada proses boot. FYI, Ratware adalah sebutan untuk backdoor yang mengubah komputer menjadi zombie yang mengirim spam.
Exploit
Exploit adalah program yang menyerang security vulnerability yang spesifik namun tidak selalu bertujuan untuk melancarkan tindakan yang tidak diinginkan. Ianya digunakan untuk membuat ujian menunjukkan bahawa sistem tersebut mempunyai 'lubang'. Salahguna Exploit membolehkan sistem itu mudah dicerobohi.
Rootkit
Rootkit dimasukkan ke dalam komputer oleh penyerang setelah komputer berjaya diambil alih. Rootkit berupaya menghapus jejak serangan, seperti menghapus log file dan menyembunyikan proses malware itu sendiri. Ia juga mungkin menanam backdoor untuk serangan masa hadapan. Rootkit sukar dijejak kerana ianya tertanam jauh ke dalam sistem biasanya di bahagian kernel dan OS. Cara yang boleh digunakan untuk menjejak Rootkit ini adalah dengan boot semula sistem dengan menggunakan boot selain hard disk tadi, samada boot melalui CD/ROM atau USB.
Bot
Bot adalah sejenis malware yang membolehkan seseorang mengambil alih komputer yang dijangkiti bot secara menyeluruh dan ini biasanya dikenali dengan istilah 'zombie'. Penyerang biasanya akan menggunakan zombie untuk buat serangan DoS ke atas mana-mana laman web, membuat hosting untuk laman web phishing, ataupun menyebarkan spam ke emel-emel.
Terdapat pelbagai ancaman virus dan parasit komputer dan pengguna perlu mengambil langkah berjaga dan pencegahan bagi menghalang sebarang salah laku, salah guna dan pencerobohan. Gunakan program antivirus, antispyware, mengaktifkan firewall, tidak melusuri laman web yang mencurigakan, Anda dinasihati tidak klik sebarang pautan yang mencurigakan dan lain-lain sebagai langkah pencegahan.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:
wow! daebak ~ thank you for the information ~ ;)
ReplyDelete