Anda mungkin ingin menghadiahkan sebuah thumbdrive buat seseorang. Sekadar melabur RM38, anda mampu memiliki sebuah thumbdrive yang berjenama, dengan kapasiti 4GB. Tetapi jika anda melengkapinya dengan Ubuntu 9.10, hadiah yang murah itu akan menjadi lebih bernilai. Paling utama, si penerima gembira dengan pemberian anda.
Sebelum ini anda mungkin pernah memasang sistem operasi (OS) Ubuntu 9.10 ke dalam pemacu USB (thumbdrive) menggunakan perisian pemasang seperti UNetbootin 3.93. Selepas dipasang, anda boleh menggunakan aplikasi yang melengkapi variasi (distro) Linux yang semakin popular ini. Malangnya, fail/ketetapan yang telah dibuat akan hilang apabila OS ini melalui proses boot semula. Ini disebabkan tiada fungsi persistence yang sepatutnya melengkapi OS tersebut. Masalah ini boleh diatasi, jika anda memasangnya menerusi perisian Ubuntu Live USB Imager 0.0.1.3.
Perisian ini membolehkan anda mencipta sebuah Live USB yang dilengkapi Ubuntu 9.10 menerusi sistem Windows. Melaluinya, anda tidak perlu memasang (install) OS ini terlebih dahulu ke dalam komputer sebelum boleh mencipta Live USB. Selain mudah digunakan, perisian turut menawarkan fungsi persistence bagi melengkapi Ubuntu dalam storan USB. Fungsi unik ini terbukti boleh menyimpan fail/ketetapan anda, biarpun Ubuntu menjalani proses boot semula. Malah, anda boleh menetapkan saiz ruang untuk ciri tersebut, yang bermula dari 128MB hingga 4096 MB. Nota: panduan ini berdasarkan ujian terhadap distro Ubuntu 9.10 Karmic Koala. Bagaimanapun, anda boleh menguji variasi lain Ubuntu seperti Kubuntu, Edubuntu, dan Xubuntu. Jika usaha anda berjaya, anda patut menerima pujian. Berikut adalah keterangan ringkas mengenai fungsinya dan panduan menggunakannya secara langkah demi langkah.
CARA PENGGUNAAN:
Langkah 1: Tanpa berlengah lagi, muat turun (download) fail perisian percuma ini di tapak web pembangunnya, di http://phatwares.dyndns.org:8080/contentUU.html. Selain itu, anda boleh menjumpainya di tapak web yang menawarkan beraneka perisian seperti Softpedia (www.softpedia.com) atau tapak web lain yang seumpamanya. Manakala saiz failnya hanya 3.2MB dan menyokong pelbagai versi sistem operasi (OS) Windows (termasuk XP dan Vista). Selepas failnya dimuat turun, tempatkan dalam sebuah folder untuk tindakan selanjutnya
Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment