Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday 4 August 2010

Rakaman Takbir Hari Raya TV3 Dan TV9 Di Masjid Negara




Pada 04 Ogos 2010 selepas solat isyak dua sesi rakaman takbir raya telah diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur anjuran Media Prima Berhad. Rakaman tersebut diadakan untuk siaran TV3 dan TV9 yang akan ditayangkan pada hari raya Aidilfiri 2010 dan juga Aidiladha 2010. Rakaman ini mendapat sambutan yang membanggakan kerana lebih kurang hampir 300 orang yang hadir untuk menjayakan rakaman tersebut.

Rakaman pertama di ketuai oleh Yang Berbahagia Tan Sri Syaikh Hj. Ismail bin Hj. Muhammad Imam Besar Masjid Negara dan rakaman kedua di ketuai oleh Faizal Tahir, Faizal Tahir baca takbir agak salah sedikit walaupun melihat teks bacaan.Rakaman pertama ini akan disiarkan di TV9 dan rakaman kedua akan disiarkan di TV3.

Uptrend sebagai penaja utama disamping penaja-penaja yang lain telah membawa lebih 100 orang usahawan Uptrend untuk menyertai sesi rakaman tersebut. Selain itu, penaja seperti Saffron Integrated Marketing telah menaja air Asy-Syifa' dan biskut Tok Guru Crispy dari keluaran produk Tok Guru.

http://www.annualreports.com.my/uploads/company_r/logo/329_media%20prima.png
Seorang wakil dari Media Prima mengatakan sejak kami mengadakan rakaman takbir hari raya inilah rakaman yang mendapat sambutan yang amat baik kerana telah dihadiri ramai orang berserta artis-artis tanah air seperti Faizal Tahir,Black, Pelakon dari drama Hotel Mania(Bob, Anding dan lain-lain), Tam, Awira dan ramai lagi kalau nak sebut semua aku malas.

Semoga pada tahun hadapan Media Prima Berhad akan mengadakan rakaman takbir hari raya di Masjid Negara lagi. Bolehlah aku masuk TV selalu..hahaha..bubye...esok aku ada Exam JPA...wish me luck ok...



Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...