Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sunday 22 July 2012

Bukti Al-Quran Terpelihara Oleh Allah SWT


Pada suatu zaman pemerintahan khalifah terdahulu, terdapat seorang lelaki Nasrani yang selalu mengganggu majlis-majlis ilmu yang diadakan di istana khalifah. Setiap kali khalifah mengadakan majlis ilmu di istananya, lelaki Nasrani itu akan membuat bising dan sebagainya sehingga mengganggu perjalanan majlis tersebut. Walau bagaimanapun, khalifah tetap bersabar dan tidak pernah mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki itu.

Suatu hari, dengan tidak disangka-sangka lelaki Nasrani itu datang ke majlis ilmu tersebut dalam keadaan tenang dan duduk diam tanpa membuat bising seperti biasa. Hal ini menyebabkan khalifah berasa hairan lalu bertanya,

“Wahai lelaki Nasrani, mengapakah hari ini tiada lagi kekacauan yang kamu lakukan?”
Lelaki itu membalas pertanyaan khalifah dengan berkata,
“Mulai hari ini, jangan panggil saya Nasrani kerana saya telah mengucap dua kalimah syahadah.”
Kemudian, dia pun menceritakan satu kejadian luar biasa yang dialaminya.

Suatu hari, dia telah membuat senaskhah al-Quran yang cantik dan bertintakan emas. Namun begitu, dia telah mengubah satu ayat yang pada kiraannya tidak akan dapat dikesan oleh sesiapa pun yang membelinya. Hasrat hatinya hendak menyesatkan serta mengelirukan umat Islam pada waktu itu.

Pelanggan pertama yang berminat dengan al-Quran yang dijualnya adalah seorang peniaga lelaki yang secara kebetulan datang bersama seorang anaknya yang menghafaz al-Quran. Apabila anaknya ingin melihat kandungan al-Quran tersebut, lelaki Nasrani itu pun membuka helaiannya dan dengan takdir Allah, dia telah membuka tepat di halaman yang diubahnya. Si anak mendapati terdapat kesalahan pada ayat di muka surat tersebut lalu peniaga tadi menolak untuk membeli naskhah al-Quran itu.

Pelanggan kedua pula adalah seorang wanita. Dia juga tidak membeli al-Quran tersebut kerana mendapati ia bukan seperti yang dibacanya selalu. Begitu jugalah halnya dengan pelanggan yang ketiga. Perkara yang sama berlaku kepada pelanggan tersebut dan akhirnya, setelah menyaksikan tiga kegagalannya untuk menjual al-Quran tersebut, maka dia pun yakin bahawa Allah sentiasa memelihara kitab umat Islam dari sebarang penyelewengan dan pengubahsuaian.

Itulah yang mendorong lelaki Nasrani itu untuk memeluk Islam dengan penuh kerelaan dan keyakinan.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...