Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, 18 July 2012

Hadis Tentang keistimewaan Menjawab Azan


Hadis-Hadis ini adalah antara lain keutamaan dan kemuliaan umat Nabi Muhammad SAW adalah disyariatkan menjawab azan, di mana menjawab azan ini mempunyai pahala yang besar dan kurnian Agung.

Umar berkata bahawa Rasulullah SAW , bersabda :

"Apabila muazin melaungkan ALLAAHU AKBAR, kemudian salah seorang kamu menyambut ALLAAHU AKBAR. Dan jika muazin melaungkan ASYHADU AN LAA ILAAHA ILLAALLAAH, kemudian salah seorang kamu menjawab ASYHADU AN LAA ILAAHA ILLAALLAAH. Jika muazin berseru ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULULLAAH, kemudian kamu menjawab ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULULLAAH. Jika muazin berseru HAYYA ALASH SHALAAH, kemuadian ia menyambutnya dengan LAA HAWLAWALAA QUWWATA ILLAA BILLAH. Jika muazin berseru HAYYA ALAL FALAAH, kemudian kamu menjawab LAA HAWLAWALAA QUWWATA ILLAA BILLAH. Jika muazin berseru ALLAAHU AKBAR ALLAAHU AKBAR, kemudian dia menyambutnya dengan ALLAAHU AKBAR ALLAAHU AKBAR. Dan jika muazin berseru LAA ILAAHA ILLAAHHAAH, kemudian dia menjawabnya dengan LAA ILAAHA ILLAAHAAH dengan sepenuh hati, maka akan masuk ke syurga."(HR Muslim)

Abu Hurairah RA duduk bersama Rasulullah SAW, tidak lama kemudian Bilal melaungkan azan, setelah selesai, Rasulullah SAW bersabda :


"Barangsiapa membaca seperti apa yang dibaca oleh orang ini(Bilal)  dengan penuh keyakinan, maka akan masuk syurga." (HR Abu Ab durrahman An-Nasaf)


Setelah mendengar Bilal azan Nabi SAW , bersabda :



"Barang siapa mengucapkan sperti apa yang telah diucapkan oleh Bilal dan bersaksikan seperti yang telah diucapkan , maka akan memperolh syurga."

Nabi Muhammad SAW juga membawa berita gembira kepada mereka yang menjawab azan, bahawa hari kiamat nanti dia akan memperoleh syafaat, jika membaca selawat nabi (Doa selepas azan|)  untuk nabi dan memohonkan wasilah untuknya.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

1 Comments:

  1. Walaupun ramai ummat Islam yang membaca doa setelah Azan tapi masih banyak lagi yang di luar sana masih tidak menghafalnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...