Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, 5 July 2012

Hadis Tentang Munakahat


Koleksi Hadis yang berkaitan dengan Munakahat :

1)   Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a katanya:Rasulullah SAW pernah melarang ˜Usman bin Mazh'un untuk membujang selamanya kerana semata-mata hendak melakukan ibadah kepada Allah. Andaikan Rasulullah SAW mengizinkan tentunya kami sudah mengebiri (mengkasikan) diri kami.

2)   Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.

3)   Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Jangan memarahi wanita mukminah. Jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan daripadanya.

4)   Abdul rahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Hendaklah engkau mengadakan walimah walaupun dengan menyembelih seekor kambing.

5)   Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.

6)   Dari Aisyah r.a katanya:Kami para isteri Rasulullah s.a.w pernah diberi pilihan oleh baginda, bercerai atau tetap bersama baginda. Kami semua memilih tetap bersama baginda. Maka hal itu tidak dihitung talak.

7)   Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.

8)   Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.

9)   Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila ia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.

10)   Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah s.a.w mengahwiniku pada bulan Syawal dan serumahtangga denganku pada bulan Syawal. Maka manakah isteri Rasulullah s.a.w yang lebih dicintainya daripadaku?

11)   Daripada Sa'ad bin Abi Waqas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya : Sesungguhnya engkau tidak membelanjakan satu nafkah sama sekali untuk mencari keredaan Allah melainkan engkau diberi pahala atasnya sehinggakan apa yang engkau masukkan dalam mulut isteri mu.

12)   Abdul Rahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Hendaklah engkau mengadakan walimah walaupun dengan menyembelih seekor kambing.

13)   Daripada Aisyah r.a katanya : Aku berkata: Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan jika tuan berhenti di sebuah wadi yang ada pokok yang telah dimakan sebahagiannya dan tuan dapati pula pokok yang belum dimakan darinya, pokok manakah yang tuan hendak menternak unta tuan? Rasulullah SAW bersabda : Pada pokok yang belum lagi dimakan daunnya. Maksud Aisyah ialah bahawa Rasulullah SAW tidak pernah mengahwini perawan selainnya. (al-Bukhari)

14)   Daripada Aisyah r.a katanya : Aku berkata: Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan jika tuan berhenti di sebuah wadi yang ada pokok yang telah dimakan sebahagiannya dan tuan dapati pula pokok yang belum dimakan darinya, pokok manakah yang tuan hendak menternak unta tuan? Rasulullah SAW bersabda : Pada pokok yang belum lagi dimakan daunnya. Maksud Aisyah ialah bahawa Rasulullah SAW tidak pernah mengahwini perawan selainnya. (al-Bukhari)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...