Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sunday, 8 July 2012

Jangan Menjadikan Orang-Orang Munafiq Sebagai Kawan Rapat

Ayat Al-Quran tentang larangan menjadikan orang-orang munafiq sebagai kawan rapat :



"Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong."(Surah An-Nisaa : 89)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

3 Comments:

  1. Assalamualaikum...

    Saya Nazira ingin bertanyakan kpd saudara, adakah baginda Rasulullah SAW pernah berkawan baik dengan orang yang bukan beragama Islam?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam...sori lambat balas...Cik Nazira kene faham dulu beza orang munafik dgn orang bukan beragama Islam...orang munafik die Islam tapi die mempunyai ciri2 tersebut :

    1 Dusta
    2 Khianat
    3 Fujur Dalam Pertikaian
    4 Ingkar Janji
    5 Malas Beribadah
    6 Riya
    7 Sedikit Berzikir
    8 Mempercepat Sholat
    9 Mencela Orang-Orang Yang Taat Dan Soleh
    10 Mengolok-Olok Al-Quran, As-Sunnah, Dan Rasulullah SAW
    11 Bersumpah Palsu
    12 Enggan Berinfak
    13 Tidak Menghiraukan Nasib Sesama Kaum Muslimin
    14 Suka Menyebarkan Khabar Dusta Orang munafik senang memperbesar peristiwa atau kejadian.
    15 Mengingkari Takdir Orang munafik selalu membantah dan tidak ridha dpada takdir Allah SWT.
    16 Mencaci Maki Kehormatan Orang-Orang Soleh
    17 Sering Meninggalkan Sholat Berjamaah
    18 Membuat Kerusakan Di Muka Bumi Dengan Dalih Mengadakan Perbaikan
    19 Tidak Sesuai Antara Zahir Dengan Bathin Secara Zahir
    20 Takut Terhadap Kejadian Apa Saja Orang-orang munafik selalu diliputi rasa takut.
    21 Beruzur Dengan Dalih Dusta
    22 Menyuruh Kemungkaran Dan Mencegah Kemakrufan
    23 Bakhil Orang-orang munafik sangat bakhil dalam masalah-masalah kebajikan.
    24 Lupa Kepada Allah SWT Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT.
    25 Mendustakan Janji Allah SWT Dan Rasul-Nya
    26 Lebih Memperhatikan Zahir, Mengabaikan Bathin
    27 Sombong Dalam Berbicara
    28 Tidak memahami masalah-masalah agama
    29 Bersembunyi Dari Manusia Dan Menentang Allah Dengan Perbuatan Dosa
    30 Senang Melihat Orang Lain Susah, Susah Bila Melihat Orang lain Senang

    Ini yang dimaksud jangan berkawan dgn orang Munafik...

    Berbeza plak dgn orang yang bukan beragama islam, kita digalakkan berkawan dgn orang bukan Islam.Sebagai seorang Islam yang baik dan menghayati ajaran Islam dengan sempurna akan melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan apa yang telah dilarang oleh Allah. Sebagai seorang muslim dia perlu menjadi tauladan atau contoh yang baik sepertimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah.

    Dengan contoh tauladan yang baik, ini dapat menarik minat orang-orang bukan Islam untuk lebih mengenali Islam dengan lebih baik lagi. Hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

    “Sampaikanlah walaupun dengan satu ayat” (Riwayat Al-Bukhari)

    Berkawan atau berjiran dan bekerja dengan non muslim atau bangsa lain itu tidak salah dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.Malah berkawan dengan orang bukan Islam adalah sebahagian metode dakwah yang paling baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada mereka.

    Kalaulah haram kita berkawan dengan mereka bagaimana kita hendak berdakwah kepada mereka dan bagaimana kita hendak mendekati mereka. Tentu mereka akan merasa bahawa Islam telah menyisihkan mereka dan Islam juga adalah agama yang memusuhi semua agama.

    Buktinya dapat kita lihat kewujudan negara Islam yang pertama iaitu Madinah, rakyatnya terdiri dari berbilang kaum dan agama. Malah Islam memberi jaminan keselamatan kepada mereka dengan wujudnya piagam Madinah. Hal ini juga telah dipersetujui oleh mereka dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah.

    Orang non muslim yang ada di negara kita ini bukan kafir harbi sepertimana yang telah didakwa oleh sesetengah pihak yang kononnya mereka ini adalah kafir harbi disebabkan mereka tegas dengan sesuatu kaum. Sepatutnya kita kena faham dan tahu maksud kafir harbi itu dahulu baru mendakwanya. Kafir harbi ini adalah orang bukan Islam yang menentang hukum Allah dan menzalimi atau memusuhi Islam seperti Yahudi yang merampas dan membunuh umat Islam Palestin, Tentera Amerika atau NATO yang menjajah dan membunuh umat Islam Iraq dan Afghanistan. Firman Allah yang bermaksud :

    “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.” (Al-Muntahanah : 8)

    untuk jawapan cik Nazira Rasulullah S.A.W tidak ada kawan BAIK yang bukan beragama islam...tetapi rasulullah berkawan dengan semua orang termasuk dgn non-muslim.

    ReplyDelete
  3. Bagaimana pula kalau kite berkawan dengan orang munafik? Boleh atau tidak? Kalau sy hendak mengubahnya pula bagaimana? Adakah dengan cara berkawan rapat kemudian mengubahnya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...