Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday 23 July 2012

Kenapa Islam Melarang Menyetubuhi Isteri Ketika Haid?


Islam melarang suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid, tetapi jika hidup bertuankan nafsu, ada yang tetap melakukannya.

Barangkali kefahaman mengenai darah haid itu kurang, menyebabkan ada suami menyangka tiada masalah jika bersetubuh ketika isteri uzur.

Mengikut pandangan dan kefahaman kuno, darah haid itu berbahaya. Jika jatuh ke tanah, ia membuatkan tanah itu tidak subur. Malah, wanita yang datang haid diasingkan dan kadangkala dikurung dalam bilik sehingga kembali suci.

Ada juga pandangan kononnya jika alat kelamin lelaki terkena darah haid, dia mungkin mati pucuk. Sebahagian besar daripada pandangan itu adalah mitos belaka, tetapi di sebalik mitos, ada juga kebenaran.
Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.

Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.

Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

1 Comments:

  1. Hoo saudara atau saudari sungguh cetek ilmu anda,darah haid dikatakan bau seperti bangkai.darah haid adalah darah dari rahim yg akan keluar setelah cukup kitarannya mmg benar ianya ibarat 'benih mati' yg akan dikeluarkan(kecuali jika mengandung maka darah akan menjadi bayi)sbgai cth:org yg kemalangan/cedera hingga mengalirkan darah dan jika tidak dibilas darahnya bagaimana baunya?sudah tentu hanyir dan meloyakan bgtu jugalah kes darah haid yg dibiarkan lama di tampon/pad tanpa menyuci atau membasuh lama kelamaan darah yg tidak berbau akan menjadi hanyir krn bakteria.ianya begantung pada individu sama ada mereka menjaga kebersihan atau tidak.bangkai tetaplah bangkai tidak sama seperti darah manusia yg didatangi haid..ceteknya akal teserlah pada bahasa..sekian

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...