1) Bilal akan disaksikan oleh Semua Orang yang Mendengar Suaranya
Keutamaan dan keistimewaan umat Muhammad, antara lain, adalah bahawa Allah SWT mensyariatkan azan hanya kepada umat Muhammad. Dibawah saya ada menyediakan hadis-hadis yang menerangkan tentang keutamaan azan dan kemuliaan Bilal / Muazin serta kurniaan Allah yang khusus diperuntukkan bagi mereka.
Antara hadis-hadis tersebut adalah :
"Tiada mendengar suara azan, baik jin atau manusia atau lainnya, melainkan semuanya menjadi saksi di hari kiamat nanti." (Bukhari) Dalam riwayat lain, "Semua benda yang basah atau yang kering akan menjadi saksi." (HR. Abu Dawud)
2) Keutamaan dan Kemuliaan Azan Tidak ada yang Tahu Kecuali Allah
Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Kalaulah manusia tahu keutamaan azan dan saf pertama dalam solat berjemaah, kemudian mereka tidak akan mendapatkannya kecuali dengan menjalankan undi, nescaya mereka mahu ber undi untuk mendapatkannya." (HR Bukhari)
Nabi bersabda lagi " Dan kalaulah mereka tahu tentang keutamaan Solat Zohor dilakukan tepat pada waktunya, nescaya mereka berlumba-lumba untuk melakukannya. Dan kalaulah mereka tahu keistimewaan Solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, nescaya mereka akan datang untuk berjemaah meskipun dengan merangkak." (HR Bukhari)
3) Bilal Akan Selalu Memperoleh Rahmat Kurnian Allah di Mana Sahaja Mereka Berada
Anas bin Malik ra berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Rahmat kurnian Allah Yang Maha Penyanyang itu selalu di atas kepala Muazin. Dan Muazin akan diampunkan dosanya semana jauh suara azannya." (HR Ath-Thabarani dalam Al-Awsath)
Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih
Terbaik sahabt ku...
ReplyDeleteraqib pun terbaik jugak...
Delete