Monday 23 July 2012
Pesanan Ibu Kepada Anak Yang Bergelar Isteri
Selalunya seorang isteri akan mengambil contoh tauladan dari Ibunya, bagaimana ibunya melayan bapanya. Oleh seorang isteri perlulah mengambil tahu bagaiman menjaga atau melayan suami dengan sebaik mungkin. Di bawah ini saya beberapa pesanan dari seorang ibu kepada anaknya yang bakal menjadi isteri.
1) Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya itu dijadikan oleh Allah Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
2) Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.
3) Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.
4) Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.
5) Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.
Blog Rahman Bashri : Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, InsyaAllah rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia.
Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment