Tuesday 7 August 2012
Antara Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Ramadhan Di Zaman Rasulullah SAW
Perang Badar Al-Kubra
Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. IbnuHisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertma yang menetukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan musyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah menguruskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi jumaat, 17 Rmadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah SAW ini telah mengalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Makah.
Persiapan Perang Khandaq
Persiapan dilakukan dengan menggali parit (Khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu Muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal n berakhir pada bulan Zulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecah belahkan pasukan musuh.
Fathu Makkah (Pembukaan Kota Mekaah) dan Penghancuran Berhala
Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penakluka Mekah, Rasulullah SAW tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Rmadhan. Rasulullah SAW mengutuskan Khalid bin al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan suwa', dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.
Insert the Special code here Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment