Mengumpat adalah termasuk dalam sifat-sifat yang dikeji oleh Islam. Mendedahkan keburukan orang lain sama ada dengan secara terang atau tersembunyi adalah ditengah dan dilarang oleh Islam. Ini jkerana perbuatan tersebut bukan saja berdosamalah boleh menimbulkan sifat benci anatar satu sama lain selaian memecahbelahkan perpaduan masyarakat.
Antara ayat-ayat Al-Quran tentang larangan mengumpat adalah :
"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (An-Nisaa' 4:148)
"Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata." (Al-Ahzaab 33:58)
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." (Al-Hujuraat 49:11)
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Al-Hujuraat 49:12)
Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih
Thank you. ! Really help a lot
ReplyDeleteSangat bermanfaat! Syukron katsir
ReplyDeletesyukran..terbaik
ReplyDeletevery informative feeds..di Malaysia ni dah jadi kemestian untuk mencaci tanpa disedari ia mendatangkan kemurkaan Allah.
ReplyDeleteAyat-ayat Al Qur'an tentang mengumpat, menuduh orang lain berbuat negatif tanpa bukti, dsb. perlu disebarluaskan kepada masyarakat.
ReplyDeleteSekarang ini banyak orang menyebarkan kebencian atau suka menuduh dengan tanpa dasar yang jelas. Di antara mereka adalah muslim. Seolah di Alqur'an tak ada ajaran tentang berakhlak baik. Padahal ayatnya banyak sekali.