Sunday 12 August 2012
Keistimewaan dan Kelebihan Ayat Seribu Dinar
Terjemahannya :
"Sesiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" . (Surah At-Talaq 2-3 )
Hikmah Ayat 1000 Dinar
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:
1) Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2) Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3) Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4) Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5) Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.
Pendapat Ulama’
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak. Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya. Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdullillah terma kasih dengan pekongsian ini
ReplyDeleteBetul,jika diamalkan nescaya tiada lah Robert Kuok dan sekutunya dalam senarai org terkaya di Malaysia. Tidak perlulah GST kerana sudah cukup duit negara hasil org islam beri zakat.
ReplyDelete