Lebih kurang 38 tahun yang lalu, iaitu 1974, walaupun saya tidak lahir lagi pada masa itu. Masyarakat melayu telah gempar dengan lahirnya seorang anak melayu yang telah mampu membaca akhbar pada usia tiga tahun. Hampir kesemua media membuat liputan.
Hari ini, perkara sebegini bukanlah sesuatu yang mengkagumkan. Dengan adanya pelbagai kemudahan dan teknologi multimedia, ramai anak-anak yang boleh membaca pada usia sebegini.
Tetapi pada 38 tahun yang lalu, diawal 70an pastilah kebolehan seperti ini dikira sebagai menakjubkan. Hinggakan Prof. Diraja Ungku Aziz membawa anak ini balik ke kampungnya untuk diberikan ujian IQ. Pengarah Jins Shamsudin pula menjadikannya pelakon kecil. Begitulah hebatnya anak yang bernama Mohd Sohkeri Hadapi Aziz.
Melihat kepada kebolehan dan kehebatan anak muda ini maka tidak hairanlah kalau hari ini beliau menjadi doktor atau pensyarah muda.
Tanggal 22 November 1997 masyarakat melayu sekali lagi digemparkan. Kali ini oleh peristiwa seorang anak muda yang bekerja sebagai pembuat roti canai telah didakwa kerana memiliki enam paket kecil ganja. Beliau telah
didakwa dibawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983). Inilah orangnya yang menjadi tajuk perbualan 38 tahun yang silam. Inilah dia Mohd. Sohkeri yang pernah dibanggakan dulunya.
Beliau jauh sekali dari dikatakaan berjaya. Malah apa yang beliau lakukan hari ini langsung tidak menggambarkan kebolehan sewaktu kecil beliau. Rendahkah IQ lelaki ini? Tidak sama sekali. Tidak berkebolehankah lelaki ini? Jauh sama sekali. Yang silapnya kerana ia tidak pernah terdedah kepada ilmu kecemerlangan diri dan pembentukan sikap.
Pastinya lebih ramai lagi. Saya yakin, kalau perkara seperti ini boleh berlaku kepada seorang individu, ia juga telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku kepada ramai lagi manusia lain. Berapa ramai lagi agaknya yang senasib beliau. Kita hanya mendengar cerita Mohd. Sohkeri. Bagaimana pula dengan begitu ramai yang mungkin waktu kecilnya cemerlang kini tidak mampu meneruskan kecemerlangan ini. Saya sendiri telah menemui begitu ramai pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR, atau 8A dalam PMR, akhirnya kecundang salam SPM. Mereka sekadar berpuashati dengan Gred 2 atau Gred 3 sahaja. Ada yang lebih teruk sehingga mendapat SAP.
Persoalannya adakah mereka yang gagal dalam kehidupan hari ini selayaknya gagal? Atau mereka tidak tahu yang sebenarnya dalam diri mereka ada sebutir permata yang tinggi nilainya dan belum digilap. Inilah yang dikatakan sikap. Tidak ada ertinya IQ yang tinggi serta kebolehan yang luarbiasa tetapi malas berusaha. Sentiasa tangguh kerja, main-main dan ambil mudah. Mereka ini berpenyakit tetapi tidak menyedarinya. Kalau AIDS dan BARAH boleh membunuh diri, penyakit sikap ini pula boleh membunuh harapan dan masa depan.
Bagaimana sikap terbentuk? Sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan, pendengaran dan pengalaman. Dengan kata lain, sikap adalah tindakan dan tingkahlaku diri berlandaskan cara fikir seseorang individu. Dua orang yang mempunyai cara fikir yang berbeza akan bertindakbalas secara berbeza juga terhadap sesuatu peristiwa atau persekitaran. Cara fikir merubah tingkah laku seseorang dan mempengaruhi sikap seseorang. Cara fikir sebenarnya sesuatu yang dipelajari dan ditiru.
Antara sumber-sumbernya ialah:
1) Orang sekeliling - Ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, idola
2) Pengaruh media - TV, radio, internet
3) Bahan bacaan - novel, majalah, akhbar, buku-buku.
4) Persekitaran - Agama, bangsa, kebudayaan
5) Peristiwa silam - besar atau kecil
6) Pengalaman - Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan bapa borek anak rintek.
Kalau bapa jenis panas baran maka anaknya berkemungkinan juga demikian. Tetapi tidak pula semua anak berkelakuan serupa seperti bapa. Mungkin anak yang lain pula cukup mengkagumi gurunya dan kebetulan pula guru seorang yang penyabar.
Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih
tq utk nasihat
ReplyDeletesame2..
DeleteSalam. Memang betul apa yang saudara katakan. Tetapi bagi saya ketentuan Allah jugak perlu diambil kira. Sebab apa yang berlaku kepada kita semuanya ditentukan oleh Allah.
ReplyDelete