Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sunday, 20 March 2016

Ziarah Kerana Allah Akan Dicintai Allah



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لَا غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW,

"Bahawasanya seorang lelaki mengunjungi saudaranya di kampung lain. Kemudian Allah mengutus malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu ditengah perjalanannya ke kampung yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya; Kemana kamu hendak pergi? ' Orang itu menjawab; Aku ingin mengunjungi saudara ku yang berada di kampung ini.' Malaikat itu terus bertanya kepadanya; 'Apakah kamu mempunyai suatu tujuan yang menguntungkan bila bertemunya? ' Laki-laki itu menjawab; 'Tidak, aku hanya mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata; 'Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan Allah yang diutus untuk memberitahu kepadamu bahwasanya Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu karena Allah.'
(HR Muslim No: 4656)

Pengajaran:
1. Saling menziarahi antara sesama Muslim akan mengeratkan hubungan ukhuwah sesama mereka.

2. Antara adab berziarah ialah menghadirkan niat yang baik semata-mata atas dasar cinta kerana Allah.

3. Orang yang menziarahi saudaranya semata-mata kerana Allah, Allah akan mencintainya seperti cintanya kepada saudaranya.

P/s : Manfaatkan cuti dihujung minggu menziarahi sanak saudara dan sahabat handai kerana Allah.

Insert the Special code here
Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...