Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday 24 August 2010

Perkhidmatan Internet Terbaik - P1 WIMAX


http://1.bp.blogspot.com/_PC-fOLkfAqM/SOlfgI9x0TI/AAAAAAAACd4/xPPlgVgzZzM/s400/a1.jpg


Secara jujurnya sebelum ini saya menggunakan perkhidmatan Maxis Broadband dan Celcom Broadband, tetapi perkhidmatan yang diberikan kedua-dua "Internet Provider" ini sangat mengecewakan saya, malah ada ketika sehinggakan saya ingin mencampakkan Modem saya itu ke dalam longkang. Antara dua "Internet Provider" itu Maxis Broadband boleh diberi pujian sedikit kerana adakalanya kelajuannya agak membanggakan tetapi tidak stabil. Pagi OK masuk je petang KO, hampeh sungguh. Saya tidak juga boleh salahkan mereka semata-mata kerana mungkin di kawasan rumah saya line internetnye kurang atau perlahan, tetapi sekiranya mereka tahu tentang kawasan rumah saya kurang line internetnya, mereka perlulah mengambil tindakan dengan secepat mungkin. Ini tidak, promosi nak hebat saja, kononnya merekalah Broadband NO.1 di Malaysia ni. Kalau rasa-rasa tak boleh sediakan line untuk 1Malaysia janganla gunakan Title NO.1 tu, manyampah betul saya.

http://www.soyacincau.com/wp-content/uploads/2009/05/p1wimax_dv230.jpg

Ok, berbalik pada tajuk asal. selepas bengang dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kedua-dua "Internet Provider" di atas, saya ada terdengar berkenaan pembekal internet terbaru iaitu P1 WIMAX. Setelah mengkaji dan menyoal selidik berkenaan dengan perkhidmatannya pada orang yang telah menggunakannya agak positif. Tanpa membuang masa saya pun mendaftar P1 WIMAX ni Low Yat, kebetulan promosinya ketika itu besar-besaran. Setelah mendaftar saya mengharap ini perkhidmatan internet terakhir yang akan saya gunakan. Pada hari pertama saya menggunakannya ia mengembirakan dan memberi senyuman kepada saya kerana kelajuannya melebihi dari Maxis Broadband dan Celcom Broadband dan mengharap ia berkekalan. Alhamdulillah sehingga sekarang saya menggunakannya tanpa pernah rasa ketidakpuashatian dengan servicenya. Akhir bertemu juga saya pada perkhidmatan yang terbaik sebegini, walaupun saya mengambil pakej yang paling rendah RM49 sebulan, tetapi rasa macam menggunakan untuk yang RM138 punya. Sehingga kini saya telah menggunakannya selama hampir 9 bulan tanpa rase ketidakpuasanhatian kepadanya. Inilah yang saya inginkan.

Tetapi apa yang lebih penting P1 WIMAX yang saya daftar ni ada "Wireless Connection", so kawan-kawanku boleh menggunakannya dan saya pun dapat pahala. Apa yang saya ingin beritahu di sini adalah sebelum anda mendaftar di mana-mana "Internet Provider" anda haruslah membuat soal selidik atau kajian berkenaan dengan perkhidmatan dan linenya. Jangan main daftar je manala tau di kawasan perumahan anda tidak ada line atau line slow ke.

Oleh itu, sebagai pengguna yang berpuas hati anda perlu mendaftar dengan P1 WIMAX sekiranya dikawasan perumahan anda ada line P1 WIMAX daftalah segera kerana saya jamin anda akan puas hati dengan kelajuannya. Tak percaya cuba daftar kalau berani. sekian..wassalam.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...