Maria Amelia Lopez adalah Blogger tertua di dunia yang berumur 97 tahun berasal dari Sepanyol telah meninggal dunia. Dia telah diperkenalkan oleh cucunya pada dunia blogger 2 tahun lalu. Kebanyakkan entri Maria Amelia Lopez adalah berkenaan dengan pelbagai aspek seperti kehidupannya, politik era Franco dan selalu menyentuh akan kesehatannya yang tidak menentu. Nenek tua ini menulis dari rumahnya ditepi laut di bandar Muxia disitu jugalah tempat dia dilahirkan pada 23 Disember 1911 di rumah petani milik cucunya. Maria mula menulis blog pada 23 Disember 2006 " cucu saya telah memberikan sebuah hadiah kepada saya, blog ini ketika saya berumur 95 tahun...dan hidup saya berubah... sekarang, saya dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan dunia luar".
Blognya di alamat amis95.blogspot.com, mendapat hit lebih 1.5 juta pengunjung. Oleh kerana kepopularitinya itu beliau pernah minum teh bersama dengan Perdana Menteri Sepanyol Jose Luis Rodriguez Zapatero. Pada entri terakhir pada Febuari tahun ini beliau mengatakan " ketika saya berinternet saya lupa akan penyakit saya. Kebingungan adalah perkara yang baik untuk anda - anda mampu berkomunikasi dengan orang lain. meningkatkan daya ingatn dan memberikan kekuatan yang hebat.
Maria menjadi blogger tertua di dunia setelah meninggalnya Oliver Riley berasal dari Australia yang meninggal pada usia 108 tahun di bulan Jun 2008. Pemegang title yang tidak rasmi ini juga masih belum diketahui, karana aktor Kirk Douglas yang berusia 92 tahun yang biasanya menulis blog pada halaman MySpace masih lagi aktif menulis blog hingga sekarang.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:
Friday, 29 May 2009
Blogger Tertua Di Dunia Telah Meninggal Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wow !!
ReplyDeleteTeringin juga nak jadi blogger hebat suatu masa nanti, ekekeke..........
huhhuhu... aku dah baca entry blog dia tu memang menarik entry dia orang ramai tertarik pasal kisahnya hidupnya... tapi blog dia bahasa tak la boleh difahami...huhuhu tengok jek laa gambar tu...
ReplyDelete