Hari ini rasa macam rajin je nak menulis. Jadi saya nak beri sedikit nasihat kepada anda pembaca blog saya ini mengenai kesihatan. Walaupun saya mengakui saya bukanlah seorang yang menjaga kesihatan sangat. Tapi tak salahkan jika saya ingin berkongsi pengalaman sebagai panduan kita semua.
Mungkin kita semua agak sibuk dan terlepas pandang atau tidak ambil peduli tentang kesihatan kita sebab kita masih kuat dan sihat buat masa sekarang. Tetapi anda tahu tak yang tubuh manusia adalah seperti sebuah jentera yang sangat kompleks. Memerlukan penjagaan, penyelenggaraan dan juga pembaikan sekiranya ia rosak. Kita biasanya hanya akan memberi perhatian kepada penjagaan luaran sahaja kerana itu yang kita selalu nampak. Kalau Kotor kita boleh bersihkan,kalau luka kita boleh ubatkan,kalau buruk kita boleh elokkan. Namun ramai yang lebih suka mengubati daripada pencegahan. Mungkin kerana kita masih amalkan budaya Takpa.
Kebiasaannya amalan pemakanan yang tidak sihatlah yang banyak membantu kita semua menghadapi pelbagai penyakit seperti kencing manis(gula), darah tinggi(garam), sakit jantung(lemak) dan sebagainya. Tidak kurang juga penyakit yang berpunca dari amalan merokok. Inginkah anda sihat sampai ketua? Pengambilan makanan yang tidak sihat akan dipengaruhi oleh perubahan-perubahan anda di usia tua seperti :
- Kekurangan deria rasa dan bau.
- Kehilangan gigi.
- Kurang kepadatan tulang dan kurang ketahanan bagi melakukan aktiviti fizikal.
- Kurang kekuatan jantung dan paru-pau.
- Kurang keupayaan menghadam dan menyerap makanan.
- Kurang kandungan air badan.
Ketahui Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Anda
Anda perlu mengambil pelbagai jenis makanan, kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua zat atau nutrien yang diperlukan oleh badan.Makanlah makanan berikut setiap hari …
- Bijirin dan hasil bijirin (pilihan yang Merupakan sumber tenaga yang utama.baik adalah bijirinan hasil bijirin mil Selain itu membekalkan karbohidrat, penuh) dan ubi-ubian. protein, vitamin B, mineral dan serat.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan. Membekalkan vitamin A, vitamin C, asid folik, mineral dan serat.
- Daging (pilihan yang baik) adalah Membekalkan protein, vitamin B, mineral. daging tanpa lemak), ayam, ikan, kekacang.
- Susu dan hasil tenusu (pilihan yang Membekalkan protein, kalsium, vitamin D, baik adalah susu dan hasil tenusu vitamin B2, magnesium. rendah lemak).
- Karbohidrat
- Magnesium
- Protein
- Asidfolik
- Vitamin
- Kalsium
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:
Salam.... info yang baik untuk diikuti...
ReplyDeleteBagaimana dengan ibu saudara ? Ada perkembangan ke? Harap2 sudah semakin sihat...
salam...TQ...
ReplyDeleteAlhamdulillah..sekarang ini ibu saya sudah dipindahkan ke wad biasa...