Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, 9 December 2009

Bagaimana Menjadi Seorang Yang Kreatif

Kreativiti bukanlah hanya untuk artis-artis sahaja. Ia menjadi bagai batu lonjatan untuk kejayaan seseorang dalam segala bidang. Mereka yang tahu bagaimana menggunakan minda kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah akan menjadi seorang yang paling cemerlang dalam kerjaya, membina banyak bisnes yang menguntungkan dan berjaya menarik ramai kawan-kawan yang bijak pandai.
Setiap orang mempunyai daya kreativiti yang tersendiri. Malangnya, mereka tidak belajar bagaimana cara untuk menggunakannya selalu. Daya kreativiti tersebut tersimpan diminda mereka, tidak diguna pakai setiap hari. Laporan ini membongkar rahsia bagaimana untuk menjadi seorang yang kreatif dan berjaya!

Kebijaksaan : Bagaimana Menggunakannya

“Ya lah, macamana aku tidak terfikir sebegitu?”
Bukankah itu yang selalu anda katakan apabila seseorang telah mendapat jawapan kepada masalah yang agak rumit? Apabila masalah seperti tidak boleh diselesaikan macam biasa, orang kreatif tidak teragak-agak untuk memikirkan dengan cara pendekatan yang berbeza.
Contohnya ialah Ulyssess S. Grant. Abraham Lincoln, presiden USA suka bercerita tentang Grant, semasa zaman kanak-kanaknya suka menggunakan akalnya untuk mengalahkan anak lembu yang tidak suka sesiapa pun menunggangnya. Anak lembu tersebut sungguh keras kepala sehingga ia telah dibeli oleh seorang pemain sarkas, yang menawarkan wang kepada sesiapa sahaja yang berjaya menunggangnya pada masa yang ditetapkan.

Grant melihat beberapa orang muda yang lebih tua daripadanya dilempar keatas tanah oleh anak lembu tersebut apabila mereka cuba menunggangnya. Dia mencuba menaiki badan anak lembu itu dan berjaya bertahan beberapa waktu tetapi akhirnya terjatuh juga. Kemudian, beliau menggunakan kebijaksaannya. Selepas mendapat kebenaran untuk mencuba lagi, kali ini beliau akan menyelesaikan masalah ini daripada sudut yang lain.
Daripada menunggung seperti biasa, dia melompat keatas badan lembu itu dengan terbalik, iaitu memandang kearah ekor dan bukannya kepala. Budak itu mencengkam perut anak lembu itu dengan kakinya dan memegang ekor lembu tersebut dengan kedua-dua tangannya. Walau bagaimana cara sekalipun lembu itu mengoncang dan menghentak, ia tetap tidak dapat menjatuhkan budak itu. Anak lembu itu berjaya dikalahkan dan Ulysses S. Grant memenangi hadiah. Selepas membesar, Grant memasuki tentera dan mengetuai battalion serta memenangi perang saudara.

Daripada pengalaman Grant ini telah memberi dua kegunaan penting kreativiti
  1. Mencari jawapan yang pelik untuk satu masalah yang rumit.
  2. Mencetuskan konsep baru.
Lengkapkan diri anda dengan kreativiti

Keyakinan adalah satu kunci kearah kreativiti. Apabila anda tahu bahawa terdapat satu cara untuk menyelesaikan masalah (walaupun anda belum tahu lagi apa caranya) anda mendapat semangat untuk mencari jawapannya. Sesorang yang sentiasa memberikan idea-idea bernas bukanlah lebih kreatif daripada kita semua. Mereka sebenarnya mempunyai lebih keyakinan.


Bagaimana anda boleh mempunyai keyakinan seperti itu? Dengan mengetahui bahawa;

Terdapat penyelesaian bagi setiap masalah dan idea bagi setiap perkara
Jika berkeyakinan adalah prinsip yang pertama, keduanya pula ialah minda yang bebas. Pencipta telefon, Alexander Graham Bell berkata:
Jangan selalu menggunakan jalan awam, pergi dimana orang lain pernah pergi. Pergi ke suatu tempat yang anda tidak pernah pergi. Anda pasti akan berjumpa dengan sesuatu yang tidak pernah anda lihat sebelum ini. Satu penemuan akan membawa anda ke satu penemuan yang lain, dan tanpa anda sedari anda mempunyai sesuatu yang bagus untuk difikirkan. Semua penemuan yang penting adalah berasal daripada pemikiran.
Minda yang bebas tidak terbelenggu dengan cara yang biasa dilakukan. Walau apa juga orang lain kata, beliau tahu terdapat jawapan bagi setiap masalah dan idea bagi setiap perkara, dan dia tidak takut untuk mencuba sebarang bentuk kemungkinan.
Menyelesaikan Masalah Dengan Kreativiti
Terdapat satu cara untuk mempertingkatkan kreativiti anda dalam menyelesaikan apa juga masalah yang sukar. Mula dengan mengetahui rahsia ini;
Apabila satu masalah itu tidak boleh diselesaikan dengan cara konvensional, biasanya itu adalah kerana tiada rantai kaitan.
Masalah Grant yang tidak dapat bertahan lama diatas anak lembu tadi pada mulanya kerana tiada tempat untuk berpegang. Itulah dikatakan tiada rantai kaitan. Oleh itu inilah langkah pertama yang perlu diambil untuk mencari penyelesaian kepada masalah sukar ialah menentukan apakah dia rantai kaitan yang tiada. Objektif anda adalah untuk mencari satu perkara, jika ianya wujud akan menyelesaikan masalah. Jangan bimbang jika pada mulanya anda boleh mengadakan kaitan tersebut atau tidak. Hanya cari apakah kaitan yang tiada.
Pada tahun 1930s, Aramco, syarikat kerjasama Arab-American Oil Company memerlukan satu kenderaan yang boleh berjalan diatas padang pasir. Masalahnya ialah pasir tersebut yang menyebabkan tayar kenderaan tenggelam dan tidak bergerak. Oleh kerana tiada kajian yang dibuat keatas masalah ini, jurutera Aramco, Richard Kerr tidak mempunyai data kejuruteraan untuk mereka bentuk tayar yang dapat mencengkam di atas padang pasir. Jadi, perkara pertama ialah mencari kaitan yang tiada (missing link) iaitu kurangnya data kejuruteraan.
Langkah kedua ialah mencari jalan untuk mendapatkan data yang sesuai. Cuba dan salah adalah satu cara tetapi ia mengambil masa yang agak lama. Sedang beliau mencari idea untuk menyelesaikannya, satu cara ialah dengan meniru unta, yang tidak mempunyai masalah berjalan diatas padang pasir. Walaupun berat dan besar, unta tidak mudah untuk tenggelam dipadang pasir.
Walaupun idea itu agak gila, cengkaman yang digunakan oleh unta pastinya boleh digunakan oleh kenderaan. Dia mengukur luas kawasan bukaan kaki unta tersebut dan mengambil berat unta sekali. Ini memberikan beliau data kejuruteraan untuk menentukan bentuk dan tekanan tayar yang diperlukan dipadang pasir. Akhirnya beliau berjaya mencipta tayar yang sesuai digunakan di padang pasir. Tayar yang dicipta itu masih digunakan sehingga hari ini dipadang pasir oleh kenderaan-kenderaan komersial. 4
Teknik Missing Link adalah satu perkara penting yang perlu anda tahu untuk menyelesaikan apa juga masalah yang timbul. Ia meningkatkan daya kreativiti anda dalam mencari penyelesaian yang mungkin tidak pernah anda fikirkan sebelum ini.

Bagaimana mendapat idea kreatif?

Kita sudah membicarakan dalam menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah. Bagaimana menggunakannya untuk mendapat idea pula, yang dapat memberi kita banyak peluang.
Kebanyakan penemuan terulung didunia ini dijumpai dengan tidak sengaja. Isaac Newton terkejut apabila sebiji epal terjatuh keatas kepalanya, dimana kemudiannya telah menyebabkan beliau menemui teori graviti. William H. Mason pula sedang mencuba untuk mencari cara untuk menanggalkan turpentine daripada kayu balak. Selepas melawat banyak kawasan pembalakan, dia melihat banyak kayu yang dibazirkan. Dia mengambil semua kayu-kayu kecil dan disatukan untuk menjadi sekeping papan yang apabila diberi tekanan tinggi boleh memberikan satu panel kuat, seperti yang kita dapati hari ini iaitu plywood.
Adalah sesuatu yang biasa satu penemuan dan reka cipta ditemui dengan cara yang tidak sengaja ini, dan idea yang asal dilupakan untuk meneruskan projek baru yang lebih menguntungkan.
Ini memberikan kita satu penemuan iaitu idea baru tidak pernah asli. Ia adalah gabungan dan ubahsuai daripada idea yang lain. Bill Gates tidak mencipta komputer seperti Steve Jobs (komputer Apple), tetapi menulis software untuk apple dan kemudian melihat peluangnya lebih cerah jika software itu boleh digunakan oleh semua jenis komputer. Kini Windows ciptaan beliau digunakan hampir kesemua komputer didunia ini. Oleh itu mengapa anda perlu bersusah payah mencipta idea baru, sedangkan idea yang anda perlukan sudah wujud dalam keadaan yang berbeza? Fikirkan kemungkinan yang ada. Jangan tunggu sehingga anda mendapat inspirasi untuk mendapat idea kreatif, pada hal anda boleh mencuba idea yang asal, ubahsuai menjadi satu keperluan yang anda mahukan.

Minda separa-sedar (subconscious) : Berikan anda idea dan penyelesaian

Adalah penting untuk diingatkan bahawa terdapat jawapan bagi setiap masalah dan idea bagi setiap keperluan. Mungkin anda tidak sedar, bahawa idea dan jawapan itu mungkin sudah disimpan dalam minda anda.Para saintis telah membuat kajian dan mendapati terdapat 15 trillion data telah disimpan dalam minda anda sepanjang hidup. Jika trillion data terdapat disini, berapa zillion datakah yang boleh diwujudkan dengan kombinasi daripada data-data tersebut. Dengan potensi ini, kemungkinan terdapat jawapan adalah cukup tinggi.Itu berita baiknya. Berita tidak baiknya ialah 90 peratus dariapda maklumat itu tersimpan dalam minda separa-sedar anda, tiada cara mudah untuk membukanya. Ia terkeluar apabila ia mahu dan tidak pada masa anda sedang sedar dan mahukannya. Jadi apa yang anda perlu lakukan untuk mengambil data-data ini ialah dengan tidur! Banyak idea penting dan penemuan telah dibuat selepas anda tidur nyenyak. Anda seharusnya tahu bahawa ia datangnya daripada minda separa-sedar anda.

Bagaimana ia berlaku adalah seperti berikut;

  1. Semasa anda sedang sedar dan berusaha untuk mencari jawapan kepada masalah anda, minda separa-sedar anda juga sedar akan apa yang anda sedang cari.
  2. Minda separa-sedar anda tidak pernah berehat, walaupun anda sedang tidur. Ia sentiasa memilih data-data yang tersimpan didalamnya.
  3. Minit, jam atau hari selepas anda berhenti daripada memikirkan masalah tersebut, minda separa-sedar anda akan memberikan jawapan sepintas lalu kepada anda, Anda tiba-tiba mendapat idea baru, atau jawapan kepada masalah yang rumit semasa anda sedang membuat perkara lain.
Contohnya Sir Walter Scott mendapat idea baru apabila baru sahaja bangun dari tidur. Einstein dilaporkan mendapat idea terbaiknya semasa sedang bercukur. Thomas Edison pula setelah mencuba beribu kali, akan berhenti selama 24 jam dan pada masa itu beliau akan menemui idea-idea baru. Mozart pula dikhabarkan mendapat idea lagunya ketika sedang berdengkur. Apabila bangun, beliau akan menulis nota lagu tersebut yang beliau dengan semasa tidurnya.Jangan tersalah anggap, satu perkara perlu diambil perhatian: setiap orang diatas adalah mereka yang cukup pakar dalam bidang masing-masing. Mereka tidak menjadi genius dariapda idea yang datang semasa sedang tidur. Minda separa-sedar hanya memilih maklumat yang telah disimpan beberapa tahun dan melaporkan data tersebut seperti yang anda mahukan.
Oleh yang demikian, maklumat berharga yang anda perolehi ini perlu anda lakukan sendiri. Tanpa teknik-teknik ini mungkin idea-idea kreatif anda akan tersimpan begitu sahaja.


Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...