JANGAN BIARKAN HATI IBUMU MENANGIS...
anak yang terlalu mementingkan diri, mengejar keduniaan hingga lupa masa kecilnya boleh membuat hati ibu bapa terguris, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah menjadi hancur dan berkecai..
Ciri-ciri Si Tanggang Moden :
- Enggan menjaga ibu bapa yang menghadapi masalah fizikal dan mental.
- Membalas dendam kerana sikap dan sejarah lampau ibu bapa.
- Enggan menjaga ibu bapa dengan alasan mempunyai tanggungan yang ramai.
- Mengambil barang kemas, wang dan harta benda ibu bapa.
- Memaksa ibu bapa menukarkan nama harta kepada namanya
- Merajuk kerana tidak sependapat dengan ibu bapa sehingga mengabaikan mereka.
- Bertindak kasar seperti menengking, menampar, ugut dengan senjata, memukul dan membunuh.
- Menyuruh ibu bapa menjaga anak-anak meskipun mampu menghantar meraka ke pusat penjagaan kanak-kanak.
- Tidak memberikan wang, makanan dan perlindungan kepada ibu bapa.
- Meninggalkan ibu bapa sendirian dan tidak menjaga kebajikan mereka.
- Tidak menjenguk ibu bapa.
- Menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.
- Tidak mengaku ada ibu dan bapa.
- Tidak menjaga hati dan perasaan ibu bapa.
Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
0 Comments:
Post a Comment